Smart Mind Home Centre - Alor Gajah / Durian Tunggal

Smart Mind Home Centre - Alor Gajah / Durian Tunggal Menyediakan perkhidmatan pembelajaran Home Tuition dan Quranic Home terus di rumah anda
(1)

๐ŸŒฟ BANYAKKAN DOA DI PETANG JUMAAT ๐ŸŒฟPetang Jumaat adalah antara waktu yang sangat istimewa. Jangan biarkan ia berlalu tanp...
07/08/2026

๐ŸŒฟ BANYAKKAN DOA DI PETANG JUMAAT ๐ŸŒฟ

Petang Jumaat adalah antara waktu yang sangat istimewa. Jangan biarkan ia berlalu tanpa memperbanyakkan doa, istighfar dan selawat.

ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุงุจูุฑู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ๏ทบ ู‚ูŽุงู„ูŽ:

"ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุงุซู’ู†ูŽุชูŽุง ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ุณูŽุงุนูŽุฉู‹ุŒ ู„ุงูŽ ูŠููˆุฌูŽุฏู ูููŠู‡ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏูŒ ู…ูุณู’ู„ูู…ูŒ ูŠูŽุณู’ุฃูŽู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุฅูู„ุงูŽู‘ ุขุชูŽุงู‡ู ุฅููŠูŽู‘ุงู‡ูุŒ ููŽุงู„ู’ุชูŽู…ูุณููˆู‡ูŽุง ุขุฎูุฑูŽ ุณูŽุงุนูŽุฉู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุนูŽุตู’ุฑู."

Daripada Jabir bin Abdullah RA, Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Hari Jumaat mempunyai dua belas waktu. Tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah pada salah satu waktu tersebut melainkan Allah akan mengurniakan apa yang dimintanya. Maka carilah waktu itu pada penghujung hari selepas Asar."

โ€” Riwayat an-Nasa'i (1400)

๐Ÿคฒ Semoga Allah menerima setiap doa kita, mengampunkan segala dosa, melapangkan rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik, serta menetapkan hati kita di atas jalan yang diredai-Nya.

Jangan lupa doakan ibu bapa, keluarga, sahabat, dan seluruh umat Islam. Moga Allah memperkenankan doa-doa kita pada saat yang penuh keberkatan ini. ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†.

#

01/08/2026
24/07/2026

โœจ Selamat Malam ๐ŸŒ™

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan sepanjang hari ini.

Sebelum memejamkan mata, mari kita muhasabah diri, memohon keampunan atas segala khilaf, dan titipkan segala kegusaran kepada Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

Semoga malam ini menjadi malam yang penuh ketenangan, hati yang damai, rezeki yang diberkati, kesihatan yang baik, dan doa-doa yang diangkat ke langit.

๐Ÿคฒ **ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูŠ ุฃุณุชูˆุฏุนูƒ ู†ูุณูŠ ูˆุฃู‡ู„ูŠ ูˆู…ู† ุฃุญุจุŒ ูุงุญูุธู†ุง ุจุญูุธูƒ ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ูŠุถูŠุน.**

*"Ya Allah, aku serahkan diriku, keluargaku dan insan yang aku kasihi kepada-Mu. Maka peliharalah kami dengan penjagaan-Mu yang tidak pernah sia-sia."*

Selamat berehat. Semoga esok kita dipertemukan lagi dengan hari yang lebih baik, penuh rahmat dan keberkatan.

Good night & fi amanillah.๐Ÿค๐ŸŒ™

PENGAMBILAN HOME TUTOR - ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐ ๐“๐”๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ“ขKami di Smart Mind Home Centre sedang mencari individu yang berminat untuk meny...
20/07/2026

PENGAMBILAN HOME TUTOR - ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐€๐ ๐“๐”๐๐†๐†๐€๐‹ ๐Ÿ“ข

Kami di Smart Mind Home Centre sedang mencari individu yang berminat untuk menyertai kami sebagai :

๐ŸŽ“ Home Tutor / Guru Mengaji (Part-Time)
Mengajar secara terus di rumah pelajar di sekitar Durian Tunggal, Melaka

๐Ÿ“š ๐Š๐„๐๐„๐‘๐‹๐”๐€๐ ๐“๐”๐“๐Ž๐‘
โ€ข Membaca BM & English Reading (Pra Sekolah)
โ€ข 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
โ€ข Bahasa Melayu
โ€ข Bahasa Inggeris
โ€ข Matematik / Sains
โ€ข Pendidikan Islam / Bahasa Arab
โ€ข Sejarah / Geografi / RBT
โ€ข Prinsip Akaun / Perniagaan / Ekonomi
โ€ข Fizik / Kimia / Biologi / Add Math

๐Ÿ•Œ Guru Mengaji
โ€ข Iqraโ€™ / Al-Quran
โ€ข Tajwid
โ€ข KAFA / UPKK
โ€ข Asas Fardhu Ain

๐Ÿ“ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘
Sekitar Durian Tunggal dan kawasan berhampiran seperti :

โ€ข Krubong Perdana
โ€ข Belimbing
โ€ข Melaka Pindah
โ€ข Krubong Permai
โ€ข Taman Desa Idaman
โ€ข Kampung Pulau

(Termasuk lain-lain kawasan yg berhampiran)

๐Ÿ’ฐ ๐„๐‹๐€๐”๐ & ๐๐€๐˜๐€๐‘๐€๐
โ€ข RM20 โ€“ RM40/ jam
โ€ข Anggaran: RM80 โ€“ RM160 sehari
โ€ข Bergantung kepada bilangan kelas & tahap pelajar dlm sehari

๐ŸŒŸ ๐Š๐„๐‹๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐
โœ” Pelajar disediakan oleh pihak kami
โœ” Lokasi berhampiran tempat tinggal
โœ” Jadual fleksibel (Part-Time)
โœ” Sistem tersusun & mudah diurus

๐Ÿ“ฒ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐
๐Ÿ“ž 013-739 8269 (WhatsApp sahaja)
Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Terhad kepada calon yang benar-benar berminat sahaja !

Sekian, terima kasih.

๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ฑ ๐—›๐—ผ๐—บ๐—ฒ ๐—–๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฒ
๐‘Œ๐‘œ๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘‡๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘’๐‘‘ ๐ป๐‘œ๐‘š๐‘’ ๐‘‡๐‘ข๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› ๐‘๐‘’๐‘ก๐‘ค๐‘œ๐‘Ÿ๐‘˜

17/07/2026

๐ŸŒธ Salam Jumaat Mubarak๐Ÿ’“

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(Surah At-Talaq: 2โ€“3)

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam mencari ilmu dan mendidik generasi akan datang.
Jangan lupa:

๐Ÿคฒ Perbanyakkan selawat.
๐Ÿ“– Membaca Surah Al-Kahfi.
๐Ÿ’š Mendoakan anak-anak agar menjadi insan yang soleh dan berjaya.

13/07/2026

Banyak masalah kecil dalam hidup sebenarnya boleh jadi lebih ringan dengan perkara asas:

Basuh muka.
Mandi.
Ambil wuduk.
Tukar baju.
Duduk sekejap dan tarik nafas.

Kadang-kadang kita rasa serabut, malas, mengantuk, cepat marah, badan berat dan kepala penuh.

Bukan semua perlu diselesaikan dengan overthinking.

Ada masa, badan cuma perlukan rasa bersih.
Minda perlukan sedikit ruang.
Emosi perlukan jeda.

Mandi bukan sekadar membersihkan badan.
Ia boleh jadi satu bentuk reset.

Wuduk bukan sekadar ritual.
Ia juga mengajar kita berhenti sekejap, perlahan, dan kembali sedar pada diri.

Jangan pandang kecil perkara asas.

Kadang-kadang, sebelum cari penyelesaian besar, mulakan dengan yang paling mudah:

Bangun.
Basuh muka.
Mandi.
Ambil wuduk.
Kemudian cuba hadap hidup semula dengan lebih tenang.

Kredit FB : PublicHealthMalaysia

12/07/2026

10 sebab kenapa anak tak boleh fokus masa belajar.

Baik dekat sekolah mahupun di rumah, dia belajar main-main dan tak minat belajar.

1. Mudah terganggu

Ada anak memang sensetif dengan External Distration. Dia memang tak boleh tahan naluri nak main bila dengar suara budak-budak.

2. Jarang buat latihan fokus

Fokus bukan skil yang tiba-tiba pandai je, skil fokus perlu di pelajari. Kena banyak berlatih baru tak lemah.

3. Tak faham

Ini antara punca terbesar anak susah fokus. Dia tak faham, bila tak faham โ€œapa yang nak di fokus?โ€

4. Konflik Learning Style

Ramai anak-anak ada konflik dengan learning style mereka. Anak kinestetik contohnya, dia susah nak ngadap papan hitam sehari suntuk, mengelabah jiwa dia gitu. Kena tahu learning style anak dan latih anak belajar ikut style masing-masing.

5. Tak jelas tujuan belajar

Belajar, belajar, belajar. Itu la arahan yang selalu anak dapat. Kenapa kena belajar? Apa tujuan belajar? Semua anak tak tahu โ€œbig whyโ€ kenapa dia kena belajar.

6. Tak minat belajar

Minat datang dari motivasi & inspirasi. Bila kurang bagi motivasi & inspirasi maka kurang la anak nak minat belajar. Sama macam baca buku, anak-anak nampak kita rajin membaca baru timbul minat dia nak membaca.

7. Learning anxiety

Selain tak minat ada anak yang rasa resah gelisah bila di suruh belajar. Selalunya terjadi bila ibu ayah terlalu perfectionist & high expectation. Anak resah sebab takut di label tak pandai, loser & putus asa.

8. School anxiety

Anak yang jenis temperament sukar akan sangat sukar untuk sesuaikan diri dengan suasana baru & orang baru. Dia akan cepat rasa resah gelisah.

9. Tertekan / stress

Anak-anak tak pandai lagi urus emosi & tekanan, jika di sekolah cikgu terlalu garang atau suasana terlalu stress anak akan rasa terhimpit & lemas. Fokus memang ke laut, lagi risau emosi anak terganggu.

10. Kurang tidur & kurang nutrisi

Tidur yang tak cukup walau sejam sehari akan membuat anak lemah bukan setakat daya fokus malah daya untuk belajar juga. Sama juga jika selalu skip breakfast, memang anak tak mampu nak fokus dalam keadaan lapar.

Bukan nak takut takutkan tapi ini realiti dan ramai anak-anak yang terpaksa harung masalah ini sendirian.

Kasihan, anak kita semua cerdik cerdik belaka. Cuma kadang-kadang nasib tak menyebelahi mereka, tak jumpa cara belajar yang kena dengan jiwa mereka.

Terima kasih buat mereka yang sudi berkongsi!

Tidur Bukan Membazir MasaRamai orang mengorbankan waktu tidur untuk bekerja lebih lama.Tetapi sebenarnya, tidur yang ber...
11/07/2026

Tidur Bukan Membazir Masa

Ramai orang mengorbankan waktu tidur untuk bekerja lebih lama.

Tetapi sebenarnya, tidur yang berkualiti membantu:
โœ” Menguatkan daya ingatan
โœ” Meningkatkan fokus
โœ” Menstabilkan emosi
โœ” Membantu tubuh dan otak pulih

Tidur bukan membazir masa.

Ia adalah pelaburan untuk prestasi yang lebih baik pada keesokan harinya.

09/07/2026

Salam jumaat semua!

Teknik Fokus 25 MinitPernah dengar tentang teknik 25 minit?Caranya mudah:๐Ÿ“Œ Fokus bekerja selama 25 minit.๐Ÿ“Œ Berehat selam...
09/07/2026

Teknik Fokus 25 Minit

Pernah dengar tentang teknik 25 minit?

Caranya mudah:
๐Ÿ“Œ Fokus bekerja selama 25 minit.
๐Ÿ“Œ Berehat selama 5 minit.
๐Ÿ“Œ Ulang semula beberapa pusingan.

Teknik ini membantu mengurangkan gangguan dan meningkatkan fokus.

Cubalah hari ini.

Mungkin anda akan terkejut melihat hasilnya.

Address

Alor Gajah
71350

Telephone

+60137398269

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Mind Home Centre - Alor Gajah / Durian Tunggal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Smart Mind Home Centre - Alor Gajah / Durian Tunggal:

Shortcuts

Share

Category