22/08/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Memperingati Maulidul Rasul ﷺ Peringkat PASTI DUN Ajil. 🤍
Program berlangsung dengan penuh meriah dengan penglibatan anak-anak PASTI, ibu bapa serta para guru. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan Maulidul Rasul ﷺ dan cabutan bertuah yang pastinya menambahkan lagi kemeriahan program.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru, anak-anak PASTI serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.Mohon maaf andai ada salah silap dari pengurusan.
Semoga program ini menjadi asbab untuk kita terus menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dalam diri anak-anak sejak usia kecil. 🌹
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ