13/05/2026
Taklimat Keselamatan di Sekolah Siri 2 Tahun 2026
Pada pagi ini telah berlangsung sesi Taklimat Keselamatan di Sekolah Siri 2 Tahun 2026 yang melibatkan semua murid dan guru SRIDI Ajil bertempat di Dewan Abu Umair, SRIDI Ajil.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta peringatan kepada warga sekolah tentang aspek keselamatan yang perlu sentiasa dipatuhi demi memastikan persekitaran sekolah kekal selamat, harmoni dan kondusif untuk pembelajaran.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan dapat dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam kehidupan seharian.
11/05/2026
๐ข MAKLUMAN PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 ๐โจ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Pertengahan Tahun 2026 bagi murid SRIDI Ajil akan berlangsung bermula 14 Mei 2026 sehingga 21 Mei 2026.
๐ Marilah sama-sama kita memberi semangat dan sokongan kepada anak-anak untuk membuat persediaan terbaik dengan mengulang kaji pelajaran, menjaga disiplin serta sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan sepanjang pentaksiran berlangsung.
โBersedia dengan ilmu, usaha dan doa pasti melahirkan kejayaan gemilang.โ ๐
Semoga semua murid diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. ๐
10/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Alhamdulillah, perhimpunan mingguan SRIDI Ajil telah berlangsung dengan lancar pada pagi ini bertempat di Dewan Abu Umair melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta seluruh warga guru.
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, nyanyian lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar, diikuti ucapan daripada wakil guru bertugas serta PK Pentadbiran.
Turut berlangsung sesi pengenalan guru baharu yang bakal bersama warga SRIDI Ajil.
Semoga kehadiran guru-guru baharu ini dapat terus memperkukuhkan kecemerlangan pendidikan dan sahsiah di SRIDI Ajil.
03/05/2026
๐ธ Selamat Datang ke Keluarga Besar SRIDI Ajil! ๐ธ
Warga SRIDI Ajil dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran lima orang guru baharu yang mula berkhidmat secara rasmi pada 3 Mei 2026.
Semoga kehadiran para guru akan menambah lagi kecemerlangan, memperkukuh semangat kerja berpasukan, serta membawa inspirasi dan dedikasi dalam mendidik anak-anak SRIDI Ajil.
Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga SRIDI Ajil. Bersama-sama kita melakar kejayaan yang gemilang! โจ
03/05/2026
๐บ๐ฌ๐ฒ๐จ๐ณ๐ผ๐ต๐ฎ ๐ท๐ฌ๐ต๐ฎ๐ฏ๐จ๐น๐ฎ๐จ๐จ๐ต & ๐ผ๐ช๐จ๐ท๐จ๐ต ๐ป๐ฌ๐น๐ฐ๐ด๐จ ๐ฒ๐จ๐บ๐ฐ๐ฏโจ
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada lima orang guru Sekolah Rendah Islam Darul Iman Ajil yang akan meneruskan khidmat bakti di tempat baharu.
๐น Ustaz Ahmad Raslan bin Sidek (Guru Besar SRIDI Ajil) โฉ JPINT
๐น Ustazah Nur Hanani binti Kamaruzaman (Penolong Kanan HEM) โฉ SRIDI Kuala Berang
๐น Ustaz Shaikh Mohd Shahmeir bin Shaikh Abdul Karim โฉ SRIDI Kuala Berang
๐น Ustaz Abdul Qayyum bin Zainal โฉ MTQT
๐น Ustazah Sofiah binti Abdul Rahman โฉ SRIDI Pengkalan Berangan
Terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SRIDI Ajil. Segala tunjuk ajar, kepimpinan dan pengorbanan yang diberikan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah. Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus cemerlang di tempat baharu.
Rasulullah SAW bersabda:
"ุฎูููุฑู ุงููููุงุณู ุฃูููููุนูููู
ู ููููููุงุณู"
Maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar walau dipisahkan oleh jarak. Selamat maju jaya, terus melakar kecemerlangan, dan semoga sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.
01/05/2026
Tanggal 30 April 2026 warga SRIDI Ajil merelakan satu perpisahan,
bukan dengan air mata semata,
tetapi dengan doa yang tidak putus-putus.
Tidak terhitung jasa-jasa guru,
SRIDI Ajil terus melakar kejayaan demi kejayaan dengan asbab pengorbanan dan keikhlasan kalian.
Segala usaha, ilmu dan didikan
akan terus menjadi legasi yang berpanjangan. ๐คโจ
Terima kasih atas segala jasa, ilmu dan pengorbanan yang dicurahkan:
๐น Ustaz Ahmad Raslan bin Sidek (Guru Besar SRIDI Ajil) โฉJPINT
๐น Ustazah Nur Hanani binti Kamaruzaman (Pen Kanan HEM)โฉSRIDI Kuala Berang
๐น Ustaz Shaikh Mohd Shahmeir bin Shaikh Abdul KarimโฉSRIDI Kuala Berang
๐น Ustaz Abdul Qayyum bin ZainalโฉMTQT
๐น Ustazah Sofiah binti Abdul RahmanโฉSRIDI Pengkalan Berangan
Kenangan bersama akan sentiasa terpahat,
langkah kalian akan terus kami iringi dengan doa.
Semoga terus cemerlang di tempat baharu dan diberkati setiap urusan. ๐คฒโจ
27/04/2026
MAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEMASA MUSIM CUACA PANAS