14/06/2026
KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA: SCRABBLE COMPETITION HULU TERENGGANU 2026.
Tahniah diucapkan kepada Adik Zahin dan Adik Azim Mikael atas penyertaan dalam pertandingan “scrabble” peringkat daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2026 di SMK Jenagor pada pagi tadi.
Moga penyertaan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu dalam diri kalian. Moga terus cemerlang pada masa akan datang!
SK Felda Jerangau Barat.
14 Jun 2026.
14/06/2026
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD HULU TERENGGANU 2026.
Pada hari ini, seramai enam murid SKFJB telah menyertai pertandingan dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Terengganu 2026 di SMK Bukit Diman, Ajil.
Warga J***t mendoakan agar kemenangan menjadi milik kita. Moga dipermudah semuanya!
SK Felda Jerangau Barat.
14 Jun 2026.
12/06/2026
SELAMAT HARI LAHIR. 🥳
Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran buat Cikgu Zarma.
Moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus diberi kekuatan dalam mendidik serta berbakti kepada sekolah dan anak-anak didik.
Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan sentiasa diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi cikgu.
Selamat menyambut hari istimewa! 🎉
Ikhlas daripada:
Pihak pentadbir SK Felda Jerangau Barat.
08/06/2026
SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026.
Insya-Allah, bermula esok, Selasa (9 Jun 2026) hingga Khamis (11 Jun 2026), murid SKFJB akan menduduki Pentaksiran Pentengahan Sesi Akademik 2026.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua. Moga cemerlang semuanya!
Jangan lupa ulang kaji pelajaran. Moga peroleh kejayaan!
SK Felda Jerangau Barat.
8 Jun 2026.
07/06/2026
JADUAL PENTAKSIRAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK SKFJB 2026.
Insya-Allah, pada Selasa-Khamis ini (9-11 Jun 2026), murid SKFJB akan menduduki pentaksiran pertengahan sesi akademik 2026.
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar ibu bapa/ penjaga dapat memantau anak-anak agar mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki ujian ini.
Selamat maju jaya semuanya!
SK Felda Jerangau Barat.
7 Jun 2026.
26/05/2026
SELAMAT HARI LAHIR. 🥳
Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran buat Cikgu Athirah.
Moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus diberi kekuatan dalam mendidik serta berbakti kepada sekolah dan anak-anak didik.
Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan sentiasa diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi cikgu.
Selamat menyambut hari istimewa! 🎉
Ikhlas daripada:
Pihak pentadbir SK Felda Jerangau Barat.
26/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H.
“Aidiladha mengajar erti ketaatan, semangat pengorbanan yang ikhlas serta memupuk nilai keprihatinan dan kasih sayang terhadap masyarakat melalui ibadah korban.”
SK Felda Jerangau Barat.
27 Mei 2026.
23/05/2026
MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026.
Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid dan guru.
Semoga cuti ini memberi ruang untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan mengembalikan semangat serta tenaga untuk sesi pembelajaran yang akan datang.
Gunakan masa cuti dengan perkara yang bermanfaat, jaga kesihatan dan keselamatan walau di mana berada.
Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan dan dipermudahkan segala urusan.
Selamat bercuti dan jumpa lagi nanti dengan semangat yang lebih ceria! 😊
SK Felda Jerangau Barat.
24 Mei 2026.