Ustaz Anwar Kamtumi

Ustaz Anwar Kamtumi

Share

Bekas Guru Jabatan Agama Islam Melaka yang kini mendedikasikan diri, jiwa, masa, hartanya untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi Allah. Bi iznillah.

11/10/2025

Celebrating my 10th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

22/05/2022

🖥️💻 Kelas Mengaji Online 🖥️📱

✅ Belajar secara personal
✅ Terbuka kepada semua peringkat umur
✅ Masa yang fleksibel, anda tetapkan
✅ Boleh belajar dimana-mana sahaja anda berada
✅ Kos yuran yang berpatutan
✅ Guru lelaki & perempuan yang berkelayakan

📚📚 SUBJEK
1️⃣ IQRA / TAHSIN QURAN
2️⃣ FARDHU AIN
3️⃣ HAFAZAN / PRA TAHFIZ

💢 Untuk maklumat lanjut, PM whatsapp 👇🏻👇🏻
https:/wasap.my/+60103403055

04/06/2020

SALAH TELUR RUPANYA...

Telur sememangnya salah satu bahan ramuan yang paling pop**ar digunakan dalam pelbagai jenis masakan di Malaysia, termasuklah menu pencuci mulut yang menjadi sebutan netizen sejak seminggu dua ini iaitu Puding Buih. Semalam, berita telah melaporkan bahawa penggunaan TELUR TAMAT TEMPOH adalah punca utama 99 orang menghadapi kes keracunan makanan puding buih tempoh hari.

Telur mempunyai selaput protein nipis yang wujud secara semulajadi yang dipanggil sebagai 'cuticle'. Selaput ini bertujuan melindungi kandungan dalam telur daripada dicemari oleh bakteria. Manakala kulit telur p**a mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi menahan kemasukan bakteria dan juga udara dari persekitaran.

Menurut satu kajian saintifik, tahap kualiti selaput perlidungan ini mempengaruhi tahap kesegaran telur tersebut. Di mana, telur lama atau telur tamat tempoh akan mempunyai selaput perlindungan yang nipis serta liang-liang halus di permukaan kulit yang semakin terbuka. Keadaan ini menyebabkan telur akan mudah dicemari oleh bakteria!

Jadi sebelum anda memasak menggunakan telur, jangan lupa untuk periksa terlebih dulu tahap kesegaran telur tersebut. Ada empat (4) cara mudah yang anda boleh amalkan untuk kenal pasti tahap kesegaran telur.

#1. RENDAM TELUR DALAM AIR
Ini adalah teknik yang paling pop**ar iaitu dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau terapung. Telur segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa ini berlaku? Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung!

#2. LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
Teknik ini memerlukan telur dipecahkan terlebih dahulu kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur lama p**a agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok), malah kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair makan ianya sudah lama.

#3. HIDU AROMA TELUR
Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk átau orang dulu-dulu panggil ‘Telur Tembelang’. Kalau terpecah telur tembelang ni dalam rumah, mahu pengsan seisi keluarga anda dek tak tahan menahan bau busuknya.

#4. LIHAT TARIKH LUPUT TELUR
Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput sama ada pada kotak bungkusan atau permukaan kulit telur itu sendiri. Namun, jika anda membeli dari kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tidak ada ditandakan dengan tarikh luput tapi anda boleh bertanya bilakah tarikh telur tersebut diterima oleh penjual tersebut. Sekurang-kurang tarikh itu dapat dijadikan rujukan kepada anda.

KESIMPULANNYA, jom kita ambil peduli tahap kesegaran telur sebelum memasak! Kita tidak memerlukan alat analisis yang mahal atau canggih untuk memeriksa tahap kesegaran telur tersebut, malah kita juga tidak perlu menjadi seorang doktor atau saintis untuk mengenal pasti sama ada telur tersebut masih segar ataupun sudah rosak. Semuanya boleh dilakukan sendiri dengan mengamalkan empat cara mudah tadi.

Ingat, keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama!

Kredit: Food Safety Malaysia

20/09/2019

Assalamualaikum.

Plan saya nak buat kem smart solat/khemah ibadat. Ada sesiapa yg minat nak jadi sukarelawan/urusetia tak?

16/08/2019

《 URUT TRADISIONAL MELAKA 》 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada pelanggan2 yg nk berurut, Pastikan anda book awal sehari ye. Wasap abam anwar -->> www.wasap.my/601110278979 Kami juga menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah ( OUTCALL ). URUT UTK LELAKI SHJ ( AREA MELAKA DAN SEKITARNYA ). MASA MENGURUT DARI 1 JAM KE 2 JAM SETIAP SESI. 》》 KAMI JUGA MENGURUT SEMUA JENIS SAIZ BADAN ( S, M, L, XL, XXL, # # ). ( HARGA URUT ADALAH SAMA, TIADA CAS TAMBAHAN ) 《《《 OPERASI DARI 10Pagi - 10Malam SETIAP HARI 》》》 www.wasap.my/601110278979 • LENGUH SENDI DAN OTOT • BUANG ANGIN DALAM BADAN • SAKIT PINGGANG • URUT REFLEKSOLOGI

28/09/2018

Najib Asaddok : Copywriting Yang Memukau Untuk Bisnes Takaful & Unit Trust

08/08/2018

Pengertian Hibah Menurut Hukum Islam

Pengertian Pakar

Pengertian Hibah adalah pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembagiannya biasanya dilakukan pada waktu penghibah masih hidup. Biasanya pemberian-pemberian tersebut tidak akan pernah dicela oleh sanak keluarga yang tidak menerima pemberian itu, oleh karena pada dasarnya seseorang pemilik harta kekayaan berhak dan leluasa untuk memberikan harta bendanya kepada siapapun.

Adapun Menurut Asaf A. A. Fyzee, Pengertian Hibah ialah penyerahan langsung dan tidak bersyarat tanpa pemberian balasan. Selanjutnya diuraikan dalam Kitab Durru’l, Muchtarmemberikan definisi Hibah sebagai pemindahan hak atas harta milik itu sendiri oleh seseorang kepada orang lain tanpa pemberian balasan.

Salah satu syarat dalam hukum waris untuk adanya proses pewarisan ialah adanya seseorang yang meninggal dunia dengan meninggalkan sejumlah harta kekayaan. Sedangkan dalam hibah itu sendiri, seseorang pemberi hibah itu harus masih hidup pada waktu pelaksanaan pemberian.

Di dalam Hukum Islam dipebolehkan untuk seseorang memberikan atau menghadiahkan sebagian atau seluruhnya harta kekayaan ketika masih hidup kepada orang lain disebut “intervivos“. Pemberian semasa hidup itu sering disebut sebagai ‘hibah”. Di dalam hukum islam Jumlah Harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak dibatasi. Berbeda halnya dengan pemberian seseorang melalui surat wasiat yang terbatas pada sepertiga dari harta peninggalan yang bersih.

Berkaitan dengan Hibah ini, terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan yaitu :

a. Hibah merupakan perjanjian sepihak yang dilakukan oleh penghibah ketika hidupnya untuk memberikan sesuatu barang dengan cuma-cuma kepada penerima hibah.;

b. Hibah harus dilakukan antara dua orang yang masih hidup;

c. Hibah harus dilakukan dengan akta notaris, apabila tidak menggunakan akta notaris, maka hibah dinyatakan batal;

d. Hibah antara suami dan isteri selama dalam perkawinan dilarang, kecuali jika yang dihibahkan itu benda-benda bergerak yang harganya tidak terlampau mahal.

Terdapat tiga syarat yang harus dipenuhi dalam hal melakukan Hibah Menurut Hukum Islam, yaitu :

1. Ijab, adalah pernyataan tentang pemberian tersebut dari pihak yang memberikan;

2. Qabul, ialah pernyataan dari pihak yang menerima pemberian hibah itu;

3. Qabdlah, merupakan penyerahan milik itu sendiri, baik penyerahan dalam bentuk yang sebenarnya maupun secara simbolis.

Hibah Menurut Hukum Islam dapat dilakukan baik secara tertulis maupun lisan, bahkan telah ditetapkan dalam Hukum Islam, pemberian yang berupa harta tidak bergerak dapat dilakukan dengan lisan tanpa mempergunakan suatu dokumen tertulis. Namun jika ditemukan bukti-bukti yang cukup tentang terjadinya peralihan hak milik, maka pemberian tersebut dapat dinyatakan secara tertulis. Jika pemberian tersebut dilakukan dalam bentuk tertulis, bentuk tersebut terdapat dua macam yaitu :

1. Bentuk tertulis yang tidak perlu didaftarkan, jika isinya hanya menyatakan bahwa telah terjadinya pemberian;

2. Bentuk tertulis yang perlu didaftarkan, jika surat tersebut merupakan suatu alat dari penyerahan pemberian itu sendiri. Artinya, apabila penyerahan dan pernyataan terhadap benda yang bersangkutan kemudian disusul oleh dokumen resmi tentang pemberian, maka yang demikian itulah yang harus didaftarkan.

Seseorang yang hendak menghibahkan sebagian atau seluruh harta kekayaannya semasa hidupnya, menurut Hukum Islam harus memenuhi beberapa persyaratan sebagai berikut :

1. Orang tersebut harus sudah dewasa.

2. Harus waras akan pikirannya.

3. Orang tersebut haruslah sadar dan mengerti tentang apa yang diperbuatnya.

4. Baik Laki-laki maupun perempuan diperbolehkan melakukan hibah.

5. Perkawinan bukan merupakan suatu penghalang untuk melakukan hibah.

Tidaklah terdapat persyaratan tertentu bagi pihak yang akan menerima hibah, sehingga hibah dapat saja diberikan kepada siapapun dengan beberapa pengecualian sebagai berikut :

1. Bila hibah terhadap anak di bawah umur atau orang yang tidak waras akal pikirannya, maka harus diserahkan kepada wali atau pengampu yang sah dari anak di bawah umur atau orang yang tidak waras itu;

2. Bila hibah dilakukan terhadap anak di bawah umur yang diwakili oleh saudaranya yang laki-laki atau oleh ibunya, hibah menjadi batal;

3. Hibah kepada seseorang yang belum lahir juga batal.

Pada dasarnya segala macam harta benda yang dapat dijadikan hak milik dapat dihibahkan, baik harta pusaka maupun harta gono-gini seseorang. Benda tetap maupun bergerak dan segala macam piutang serta hak-hak yang tidak berwujud itu juga dapat dihibahkan oleh pemiliknya.

Demikianlah pembahasan mengenai pengertian hibah menurut hukum islam, semoga tulisan saya mengenai pengertian hibah menurut hukum islam dapat bermanfaat.

18/07/2018

LUCY?? BUKAN GADIS👱, BUKAN JANDA👩, BUKAN AMOI😛..
TAPI LUCY NI PRODUK TERBARU COWAY.. PRODUK YANG LAIN DARI YANG LAIN..
FUNGSI PENAPIS AIR💦 YANG MAMPU MENGHASILKAN AIS.. TEKAN JE KELUAR AIS!
Berminat nak pasang terus call saya 01110278979

14/07/2018
11/06/2017

RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI

Seorang siak masjid saya bertanya, "Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?." Jawabnya, "Saya rugi banyak tahun lalu, bukan rugi duit tapi rugi peluang yg Allah beri. rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan."

Jom kita ulas sikit jawapan ini.

Ada yg melihat ramadan sebagai pintu rezeki sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh kita merebut rezeki yg kononnya melimpah di ramadan. Berapa ramai orang sibuk nak buka pasar ramadan, nak niaga itu ini, fikir makanan yg unik yg dibulan lain pun tak dijual. Bulan ramadan baru nak niaga, bulan lain tidak p**a.

Benar... Berniaga itu sunnah tetapi niaga yg cenderung ke arah merosak amal kebajikan, dgn mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa, dirasakan kurang elok. Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu. Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini, nak meronda pasar ramadan, sedangkan waktu bulan lain tidak demikian. Itu bukti pengunjung pasar ramadan adalah penurut hawa nafsu dan penjualnya mengambil kesempatan untuk keuntungan dan menyumbang ke arah meruntuhkan ibadat seseorang.

Ramadan sepatutnya menjadi bulan rehat dari merebut dunia dan menumpukan kpd pelbagai ibadat.... Puasa itu satu ibadat mengekang hawa nafsu. Makan sepatutnya dikurangkan quantitinya, dikurangkan jenisnya sbg bukti menentang hawa nafsu, bukan melayannya dgn berbagai juadah.

Ada yg melihat ramadan sebagai bulan perayaan. Bergelutlah dgn baju raya, perabut baru, kuih raya dsbnya sedangkan semua perkara ini tidak diberi penekanan oleh nabi. Diserata pejabat, orang dah sibuk tempah kuih raya, telah ada yg meronda mencari baju raya, telah diperuntukan duit utk sambut raya. Hakikatnya bukan raya yg nabi suruh disambut, tetapi mengimarahkan bulan ramadan dgn ibadat siang dan malam... itu yg disuruh.

Ramadan melatih diri selama sebulan utk belajar beristiqamah dgn ibadat. Peruntukanlah wang utk sedekah jariah, memberi makanan berbuka, mengkhatam al-quran, menghidupkan malam dsbnya.

Jangan rosakkan ramadan dgn budaya yg bercanggah spt Membakar mercun, bunga api, meriam karbait bahkan memasang lampu dan pelita yg berlebihan dgn fahaman yg bercanggah. Ia memcemar kesucian ramadan.

Nabi SAW tidak pernah berbuat demikian. Budaya mercun dan meriam adalah budaya Cina utk menghalau hantu, Budaya pasang pelita adalah mirip Hindu.

Ramadan sepatutnya SUNYI daripada perkara perkara yang bersangkutan dgn hawa nafsu kerana orang beribadat di masjid, surau dan di rumah... bukannya meriah dgn letupan, bunga api.

Ramadan sepatutnya bulan yg emosional kerana kita dituntut beribadat, menghisab diri, memohon ampun dsbnya.

Hari raya bukan disambut dg nyanyian tetapi disambut dgn pujian kpd Allah.

Jika nak sambut hari jadi, jika nak kenduri sambut menantu, jika nak kenduri cukur jambul, kita sudah bersiap berminggu minggu sebelum itu. Apakah ramadan yg merupakan bulan rahmat kita tidak mahu bersedia menyambutnya. Bahkan Nabi SAW bersabda yg bermaksud akan datang kpd kamu ramadan. Ucapkankah selamat datang kpdnya.

Buktikan anda bersedia menyambut ramadan dan ramadan tahun ini akan lebih sepi kerana kita sibuk dg ibadat.

MARHABAN YA RAMADAN!

Want your school to be the top-listed School/college in Air Molek?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Air Molek
Air Molek