Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.

Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.

Share

"Kecemerlangan Melalui Islam"
"SRIMAS Dinamik dan Berinformasi"

Photos from Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.'s post 29/04/2026

"Kecemerlangan Melalui Islam"

28 April 2026, Rabu ; SRIMAS menerima kunjungan mesra & lawatan daripada YB. Joseph Ng Soon Siang 黄顺祥 kawasan N.33 Air Itam bagi sesi penyerahan sumbangan dana pelaksanaan aktiviti dan keperluan pendidikan beserta suplimen kesihatan vitamin C untuk warga sekolah terutama anak-anak pelajar.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan YB. bersama staf-staf dan juga Pengerusi MPKK kariah setempat. Salam kesejahteraan dan terima kasih diucapkan. Moga ketemu lagi.

; Penang2030 Pejabat SUK Pulau Pinang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Masjid Negeri Pulau Pinang Kafa Penang

29/04/2026


Photos from ILIPP - Institut Latihan Islam Pulau Pinang's post 28/04/2026
Photos from Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.'s post 23/04/2026

✨𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔✨

Alhamdulillah, pada 18 April 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar anjuran Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri bertempat di Masjid Habib Daerah Timur Laut.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima anugerah atas usaha, kesungguhan dan pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini bukanlah penamat, tetapi satu permulaan untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

Buat para pelajar yang belum berpeluang menerima anugerah, jangan pernah berputus asa. Setiap usaha yang kecil, jika dilakukan secara konsisten, pasti akan membuahkan hasil. Teruskan berusaha, perbaiki diri dan yakinlah bahawa setiap orang mempunyai masa dan rezeki kejayaan masing-masing.

Ingatlah, kejayaan sebenar bukan hanya pada keputusan, tetapi pada akhlak, disiplin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.

Semoga semua pelajar Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri terus melakar kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan, insyaAllah.

; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Masjid Negeri Pulau Pinang Kafa Penang




--------------------

Tekan link di bawah untuk akses ke gambar penuh semasa majlis:
https://drive.google.com/drive/folders/12uwtRP1ZXssz7_G90IgvcW6UPEFxiLm0?usp=sharing

20/04/2026

Video Montaj : Sorotan 2025 - Aktiviti Sepanjang Tahun.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini diberkati Allah s.w.t dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri Pulau Pinang dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

"Kecemerlangan Melalui Islam"

; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Masjid Negeri Pulau Pinang Kafa Penang

20/04/2026
Photos from Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.'s post 09/04/2026

عِيدُكُمْ مُبَارَكٌ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ✨

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

#2026

Photos from Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri- Srimas.'s post 09/04/2026

📸 LENSA JAMUAN AIDILFITRI SRIMAS 2026/1447h🌙✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Jamuan Aidilfitri yang diadakan semalam, 8 April 2026 (Khamis). Suasana penuh ceria dan harmoni jelas terpancar melalui senyuman warga sekolah yang bersama-sama meraikan Syawal dalam suasana warna-warni ukhwah & kebersamaan.

Pelbagai juadah istimewa disediakan secara potluck, menambahkan lagi citarasa serta kemeriahan majlis.

جَزَاكُمُ اللَهُ خَيْرًا كَثِيرًا
Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta waris yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Semoga kenangan indah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan mencipta memori yang bermakna buat kita semua🤍.

03/04/2026

📌𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔

Assalamualaikum wbt.

Tuan, Puan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Jamuan Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 08 April 2026 (Rabu)
🕰 𝐌𝐚𝐬𝐚 : 2.30 petang – 5.30 petang
📍 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : Fasiliti Sekolah Rendah Islam Masjid Negeri

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 : Murid bersama Guru-Guru sahaja
𝐓𝐞𝐦𝐚 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 : Warna-Warni Baju Raya
𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 : Baju Melayu bersongkok dan bersampin/Tradisional Seni Warisan Melayu/Kurta
𝐏𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 : Baju kurung bersesuaian.

🔅Jamuan ini akan diadakan 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐥𝐮𝐜𝐤 🍓🍇🍏🍎🍊🥗🍱🍛🍮🍕🍗🍢🥞🥨🥖🥯🎂🧃🥤, jadi murid digalakkan membawa juadah dari rumah untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pesanan melalui aplikasi dalam talian delivery food dialu-alukan. 🚙🛵🏍📦📬🛍🛒🎁

🔅Mohon juga agar setiap murid 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 (bertanda nama supaya tidak berlaku keciciran). 🍴🍽🍶🥛🥃🥣

Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhwah dan menceriakan suasana Syawal anak-anak murid SRIMAS. 🎉🎊🪅✨🌙

Berjumpa nanti. Sekian, terima kasih.

-Unit Pentadbiran dengan kerjasama Biro Kesenian Islam & Multimedia

21/03/2026

🌙 SALAM SYAWAL PENUH KEBERKATAN 🌙

‎وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥)

Maksudnya : “..Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa, tibalah Syawal sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran atas segala nikmat dan hidayah yang dikurniakan.

‎تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ
‎كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
‎مِنَ الْعَائِدِينَ وَالْفَائِزِينَ

Semoga Allah menerima segala amalan kita, mengurniakan kebaikan berpanjangan, serta menjadikan kita dalam kalangan yang kembali (kepada kebaikan serta fitrah) dan memperoleh kemenangan.

💫Anak rusa lari ke rimba,
Lompat-lompat di tepi kali,
Di hari raya penuh gembira,
Salah dan silap harap dimaafi.

💫Pergi ke kebun memetik bunga,
Bunga melati di tepi halaman,
Hari raya eratkan jiwa,
Mengerat kasih sesama insan.

Di kesempatan ini, kami warga pendidik SRIMAS menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan zahir dan batin. Semoga Aidilfitri ini mengeratkan ukhwah serta silaturahim dan membawa keberkatan di dunia & akhirat.

Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Want your school to be the top-listed School/college in Air Itam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


KOMPLEKS PENDIDIKAN MASJID NEGERI PULAU PINANG
Air Itam
11400

Opening Hours

Monday 14:30 - 17:30
Tuesday 14:30 - 17:30
Wednesday 14:30 - 17:30
Thursday 14:30 - 17:30
Friday 14:30 - 17:30