04/06/2026
Warga SK Ayer Manis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor atas pemberian kek Hari Guru sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru 2026.
Tanda ingatan yang amat bermakna ini telah menceriakan sambutan Hari Guru dan menjadi kenangan indah buat seluruh warga sekolah.
Semoga Dato' Jafni sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan hidup serta kejayaan yang berterusan dalam segala urusan.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang tidak putus-putus terhadap dunia pendidikan.
Ikhlas daripada Warga SK Ayer Manis
16/05/2026
TERIMA KASIH ATAS SEMUA UCAPAN DAN KERJASAMA DARI IBU BAPA.
Semuanya amat bermakna bagi kami.
14/05/2026
11 Mei 2026 Isnin, Program 5 Minit Sekolah Selamat telah dilaksanakan dengan jayanya.
Penyampaian maklumat-maklumat penting kepada warga sekolah khususnya murid-murid dijalankan secara dua hala.
Usaha ini bagi memastikan setiap perincian aspek keselamatan yang perlu diambil maklum oleh murid-murid serta warga sekolah disampaikan secara mudah dan berkesan.
Langkah-langkah susulan turut diambil dengan lebih tegas berdasarkan amalan-amalan terbaik berkaitan sedia ada, bertetapan dengan garis panduan juga SPI yang termaktub.
Kerjasama seluruh warga sekolah serta waris memainkan peranan yang penting agar usaha ini berterusan sekaligus menjamin keselamatan bersama.
Usaha, doa, tawakal.
10/05/2026
Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan tahniah dan syabas kepada atlet-atlet memanah SK Ayer Manis yang telah mencipta kejayaan luar biasa dan penuh kebanggaan dalam Pertandingan Memanah MSSD Kulai Kategori Tradisional bawah 12!
Kali ini, pasukan memanah SK Ayer Manis benar-benar menunjukkan dominasi hebat apabila berjaya menguasai kelompok teratas pertandingan β dan lebih membanggakan, SK Ayer Manis dinobatkan sebagai *JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH!*ππ₯
Kategori Lelaki:
πΉ No. 2 β Fateh
πΉ No. 9 β Khalifah
πΉ No. 12 β Naqeeb
πΉ No. 13 β Arjuna
πΉ No. 17 β Mikhail
πΉ No. 31 β Fahim
Kategori Perempuan:
πΉ No. 1 β Huda
πΉ No. 2 β Rabiatul
πΉ No. 3 β Syasya
πΉ No. 5 β Basyirah
πΉ No. 8 β Indah
πΉ No. 10 β Syaza
Ini bukan sekadar kemenangan β ini adalah penguasaan mutlak!
This is not just a victory β this is total domination!
Anda semua telah membuktikan bahawa SK Ayer Manis bukan sekadar bertanding, tetapi datang untuk menang dan mengungguli!
Teruskan membidik dengan tepat, kekalkan semangat juang dan disiplin tinggi.
Keep aiming high, stay sharp, and continue to dominate the field!
Syabas sekali lagi sokongan & dorongan dari ibu ayah semua memang luar biasa, memang kebaboom! π₯πΉ
10/05/2026
Tahniah kepada murid-murid i-manis yang menyertai pertandingan mewarna sempena karnival SUKSES yang lalu.
Farisya berjaya memenangi pencapaian tempat Pertama dalam pertandingan tersebut.
Terima kasih kepada guru pengiring yang membawa murid-murid ke karnival ini.
Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada rakan murid yang lain.
10/05/2026
Tahniah kepada 4 orang murid i-manis yang menyertai Pertandingan Apresiasi Seni Visual (ASEV 2026) peringkat daerah Kulai dan berjaya memenangi pencapaian tempat ke-5 pada April lalu.
Murid memperoleh pengalaman dan ilmu tambahan sewaktu mengaplikasi kemahiran sedia ada dalam pengkaryaan Teknik Cetakan Lino / lino printing, menghasilkan portfolio perkembangan karya. Murid juga dikehendaki membuat pembentangan apresiasi secara atas talian bersama barisan juri.
Terima kasih atas usaha para guru pembimbing murid-murid.
Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak dan kesinambungan kemenjadian murid-murid dalam bidang PSV.
10/04/2026
Makluman π£οΈππ
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ibu bapa yang dihormati,
Sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Ayer Manis Kali ke-52, pihak sekolah akan mengadakan Potluck Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan potluck makanan/minuman daripada ibu bapa.
Tarikh / Hari : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa : 12:00 Tengah hari
Tempat : Kantin SK Ayer Manis
Tuan/Puan yang berhasrat untuk menyumbang boleh memaklumkan jenis makanan.
Kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan amat kami hargai.
Terima kasihπΌ
01/04/2026
Setinggi ucapan tahniah kepada Tuan Zulkurnain bin Abdul Rahman atas pelantikan ini.
Semoga terus memacu kecemerlangan bersama warga pendidik negeri Johor.