Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan

Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan

Share

العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمر

31/10/2025

اللهم صل على محمد عبدك ورسولك وعلى المؤمنين والمؤمنات والمسلمين
والمسلمات

ماشاء الله تبارك الله
الحمد لله

Semoga Allah memberi keberkahan di seawal pagi buat semua yang telah menginfaq/mewakafkan sebahagian rezeki kalian pada harta penginfaq/pewakaf semua

Doa Nabi ﷺ buat ummat
"Ya Allah, berkatilah ummatku pada seawal pagi mereka"

🤲🏻dan kami mendoakan agar semua penginfaq/pewakaf mendapat habuan yg pernah didoakan Nabi ﷺ kepada sahabat Baginda yang kaya raya iaitu S Abd Rahman b Auf

*بارك الله فيما أعطيت وفيما أمسكت*

Moga Allah memberkati harta yg telah kamu berikan dan harta yang masih kamu simpan. 🤲🏻

Semoga Allah ganti berlipat kali ganda harta barakah buat kalian 🤲🏼

آمين يا رب العالمين
في خير ولطف وعافية

29/10/2025

*بسم الله الرحمن الرحيم*
*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى سيدنا محمد*

👳 *Assalamualaikum wbt* :

▪️Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya" (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

▪️ *Pengajaran:*

(1): Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya.

(2.): Imam an-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa kemuliaan seseorang tidak diukur pada kedudukan, harta atau keturunan, tetapi pada akhlaknya yang baik.

(3.): Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW. Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih

(4.): Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menegaskan bahawa akhlak yang baik adalah ukuran utama dalam menentukan keutamaan seseorang di sisi Allah dan manusia.

(5): Akhlak yang baik adalah sifat-sifat terpuji seperti sabar, lemah lembut, jujur, amanah, rendah hati, menahan marah, memaafkan kesalahan, serta memberi manfaat kepada orang lain.

(6): Setiap Muslim dituntut memperbaiki akhlaknya kerana ia menjadi asas kepada hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

(7 ): Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.

Jazakumullahu Khairan Kathiran

24/10/2025
24/10/2025

Assalamualaikum wtb
Salam Jumaat

Kelebihan belajar ilmu agama adalah mendapatkan pahala besar, dimudahkan jalan ke surga, ditinggikan derajatnya, dan menjadi pribadi yang lebih baik dengan pengetahuan untuk membedakan yang benar dan salah. Selain itu, belajar ilmu agama juga meningkatkan pemahaman tentang kehidupan, mempermudah ibadah, dan menumbuhkan akhlak mulia.

Manfaat dan keutamaan belajar ilmu agama

*Mendapat pahala dan kemuliaan:
-Orang yang menuntut ilmu agama mendapat pahala yang besar dan ditinggikan derajatnya di sisi Allah.
-Segala sesuatu di langit dan bumi memintakan ampun untuk penuntut ilmu.
-Malaikat pun bershalawat dan membentangkan sayapnya untuk menaungi para pencari ilmu.
*Memudahkan jalan ke surga:
-Setiap langkah untuk menuntut ilmu adalah jihad di jalan Allah.
-Allah akan memudahkan jalan seseorang untuk menuju surga.
*Membentuk kepribadian yang baik:
-Ilmu agama mengajarkan kebaikan dan membuat seseorang menjadi pribadi yang lebih baik serta memberikan pengaruh positif bagi orang lain.
-Membantu seseorang mengurangkan kecintaan pada dunia dan menumbuhkan rindu pada akhirat.
-Membantu untuk bermuhasabah dan menjauhi perbuatan tercela.
*Meningkatkan pemahaman spiritual:
-Membantu mengenal Allah dengan lebih sempurna dan mengembangkan sifat takutnya.
-Memberikan panduan yang jelas tentang arti dan tujuan hidup.
-Menghasilkan pemahaman yang lebih baik tentang akidah, ibadah, dan akhlak.
*Menjaga ilmu agar tidak hilang:
-Belajar ilmu agama adalah salah satu cara untuk melestarikan dan menjaga eksistensi ilmu yang bermanfaat.

18/09/2025

SEDEKAH

Kelebihan Sedekah Jumaat dan Sedekah pada Subuh Jumaat
1. Kelebihan Sedekah Jumaat. Hadis adalah sumber inspirasi bagi umat Islam. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi sedekah pada hari Jumaat, baginya ...

Bersedekah Pada Hari Jumaat Sangat Dianjurkan Islam

Hadis menggalakkan sedekah Jumaat kerana Jumaat adalah hari yang mulia dan lebih berkat, dengan beberapa hadis yang menukilkan ganjaran besar bagi yang bersedekah pada hari itu, seperti pahala berganda atau seperti sedekah sepanjang tahun. Antara hadis yang berkaitan termasuklah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesiapa yang memberi sedekah pada hari Jumaat, baginya pahala seperti memberi sedekah sepanjang satu tahun" (HR. Ibnu Khuzaimah).
Dalil-dalil yang Ditekankan
Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah:
"Sesiapa yang memberi sedekah pada hari Jumaat, baginya pahala seperti memberi sedekah sepanjang satu tahun".
Sebutkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jawziyah:
Dalam kitabnya, beliau menyatakan bahawa sedekah pada hari Jumaat adalah lebih mulia berbanding hari-hari lain, dan gandaan pahalanya setara dengan pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.

Keistimewaan Hari Jumaat
Hari Keberkatan: Hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dalam Islam.
Hari Mustajab Berdoa: Hari Jumaat juga merupakan hari mustajabnya doa,
Hari Kiamat: Hari Jumaat juga dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat, dan pada hari itu, permintaan orang beriman akan dikabulkan Allah SWT.
Manfaat Sedekah Jumaat
Melipatgandakan Pahala: Amalan bersedekah pada hari Jumaat berpotensi melipatgandakan pahala.
Menambahkan Harta: Sedekah tidak mengurangkan harta, malah ia dapat menambahkan harta dan menjauhkan kefakiran.

Mendekatkan Diri Kepada Allah: Melalui sedekah, seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Cara Melaksanakan Sedekah Jumaat
Bersedekah Secara Sulit:
Menggambarkan amalan bersedekah secara sulit (rahasia).
Memberi Makan Orang Lain:
Program sedekah Jumaat yang memberi makan kepada anak yatim, tahfiz, dan masjid adalah amalan sosial yang mulia, menurut Amal till Jannah.

Photos from Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan's post 03/09/2024

12 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

1) Solat awal waktu
2) Jangan buat mak dan ayah marah
3) Rajin tolong orang
4) Rajin Bersedekah
5) Tidak mengungkit pemberi
6) Niat cari rezeki kerana Allah SWT
7) Rajin buang sampah atau halangan di jalan raya
8) Baca Surah Al-waqiah
9) Selawat ke atas Nabi Muhammad 1000 hari sehari
10) S**a menyampaikan ilmu walaupun sedikit
11) Rajin Berpuasa sunat
12) Istighfar 100 kali sehari

Semoga bermanfaat :)

MADRASAH TAHFIZ ANAK YATIM AL-IHSAN KEMBOJA

25/07/2024

Assalamualaikum wbt
Salam jumaat

3 Anak Diiktiraf sebagai Hafiz Termuda Dunia.
Ibubapa Ini Berkongsi Teknik Didikan Mereka.


Berjaya menyelesaikan hafalan Al Quran 30 juzuk pada usia yang sangat muda iaitu 5 tahun. SubhanaAllah.
Suatu yang luar biasa tetapi ianya tidak mustahil.


Mungkin anak - anak kita seusia 5 tahun sedang asyik bermain dan menonton cerita - cerita kartun.


Pasangan suami isteri, Dr Kamil El Laboody dan isterinya Dr Rasya Abdul Mun'in El Gayyar membongkar rahsia mendidik anak - anak sehingga bergelar hafiz dan hafizah.


Dalam melalui tempoh kehamilan,
Isterinya sangat melazimi beberapa perkara berikut.


1. Memperbanyakan membaca Al Quran dan berusaha untuk khatam sebanyak yang mungkin.


2. Waktu yang sesuai untuk menambahkan hafalan Al Quran.


3. Demi menjaga hafalannya, beliau melazami membaca didalam solat fardhu dan solat - solat sunnat.


4. Doa khusus yang diamalkan pada waktu hamil. Beliau berdoa sepertimanaa doa isteri Imran yang mulia:


رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang ada dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan memberi khidmat. Oleh kerana itu, terimalah (nazar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Ali Imran: 35)

5. Membiasakan Solat Tahajud sebagai sumber kekuataan diri dan satu proses penyucian jiwa agar ayat - ayat Al Quran lebih mudah terpahat di hati.


Fasa tarbiah atau didikan anak - anak bermula di alam rahim. Kemudian meneruskan didikan saat lahirnya anak - anak kedunia.


Saat hari pertama dilahirkan, beliau memperdengarkan alunan Al Quran bermula juzuk pertama dan diulang sebanyak 5 kali sehari.


Hari kedua dengan rutin yang sama, memperdengarkan Alunan pada juzuk 1 dengan 5 kali ulangan.


Sehingga pada usia 1 bulan anaknya sudah mendengar alunan juzuk pertama sebanyak 150 kali ulangan.


Usia 2 bulan, beliau beralih memperdengarkan alunan kepada juzuk 2 dan seterusnya.


Ringkasnya.
1 bulan = 1 juzuk
1 Juzuk x 5 kali ulangan setiap sehari
1 juzuk = 150 ulangan dalam sebulan


Untuk menghabiskan 30 juzuk dengan teknik memperdengarkan alunan Al Quran. Beliau memerlukan tempoh 30 bulan iaitu 2 tahun 6 bulan.


Seterusnya.


Setelah usia 2 tahun 6 bulan mereka suami isteri mula ajarkan hafalan secara berperingkat - peringkat.
Hafalan harian bermula separuh atau satu mukasurat diulang sebanyak 5 kali.


Berkat konsistan dan keazaman yang tinggi untuk melahirkan anak - anak penghafaz Al Quran.
Akhirnya ketiga - tiga anaknya berjaya menyelesaikan hafalan 30 juzuk pada usia seawal 5 tahun.


Anak pertama, Tabarak Kamil El Leboody pada umur 4 tahun 6 bulan.


Anak kedua, Yazid Tamammudin El Leboody juga pada usia 4 tahun 6 bulan.


Anak ketiga iaitu anak perempuan, Zeenah El Laboody pada usia 5 tahun.


Kejayaan anak - anak mereka diraikan sehingga diiktiraf sebagai hafiz termuda dunia serta beberapa anugerah lain.


SubhanAllah.


Kesemua mereka berjaya menyelesaikan hafalan 30 juzuk dirumah dengan bimbingan ibu dan ayah tercinta.
Madrasah yang terbaik bermula dari rumah.


Mewajibkan "wirid harian" sebagai sesi muraja'ah hafalan. Wirid harian mereka sekeluarga ialah membaca 3 juzuk sehari agar hafalan sentiasa dijaga.


Mengambil masa 2 - 3 jam sehari untuk menyelesaikan "wirid harian".


Pasangan suami isteri ini membuktikan bahawa kerjaya mereka sebagai pensyarah tidak menjadi penghalang dalam mendidik anak - anak untuk hafal Al Quran.


Kisah kejayaan ini sewajarnya menjadi sumber inspirasi dalam menyuntik semangat agar kita terus mendidik generasi yang cintakan Al Quran.

Photos from Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan's post 16/06/2024

SEMBELIHAN.

1- Sembelihan bermaksudkan menghilangkan nyawa dari binatang dengan alat tertentu dengan syarat tertentu untuk tujuan dihalalkan binatang tersebut.

2- Rukun sembelihan ada 4.Pertama perbuatan menyembelih. Kedua Penyembelih. Ketiga Binatang sembelihan & keempat alat sembelihan.

3- Binatang ada dua jenis.

Pertama : Binatang yang dibawah penguasaan kita. Maka, wajib kita sembelih sehingga putus halqum(urat keluar masuk udara) dan urat merih iaitu urat masuk nya makanan & minuman ke dalam perut binatang.

Kedua : Binatang yang tidak berada dibawah penguasaan kita, contohnya kijang liar, lembu yg terlepas yang tidak dapat ditangkap semula, kerbau jatuh dalam perigi yang jika dibiarkan dia akan mati. Maka, cara sembelihan nya ialah dengan cara menusuk alatan tajam ke mana² bahagian binatang sehingga ianya mati.

4- Sunat sembelih binatang yang mempunyai leher panjang seperti unta, burung unta & angsa pada labbah iaitu pada pangkal leher.

5- Sunat sembelih pada halqum pada binatang yang tidak mempunyai leher panjang seperti lembu, kambing & ayam.

6- Syarat sah sembelihan ialah dengan memutuskan halqum & urat merih.

7- Sunat memutuskan urat² disekeliling halqum.

8- Syarat penyembelih ialah muslim atau ahli kitab iaitu penganut agama Yahudi atau Nasrani.

9-Sah sembelihan budak kecik yang mumayyiz, wanita, orang gila & orang mabuk.

10 - Alat sembelihan disyaratkan tajam & boleh melukakan. Maka, tidak memadai kalau sekadar paling batu, menembak & ketuk kepala binatang sehingga mati. Juga tidak memadai mengggunakan pisau yang diperbuat dari tulang, kuku dan gigi sekalipun tajam & boleh melukakan.

Rujukan

- Al Imta' Syarah Matan Abi Syuja'
- Al Jawahir Azhariah syarah Abi Syuja'

06/06/2024

Assalamualaikum wtb
Salam Jumaat
Alhamdulillah Esok kita akan bertemu bulan Zulhijjah iaitu pada 8 Jun 2024 (Sabtu).

•Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang istimewa dan memberi banyak kelebihan kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini.

Antara amalan pada 10 hari awal ini ialah puasa dari 1-9 Zulhijjah.

📌 Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2024

✅ SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH :

1 Zulhijjah = Sabtu, 08.06.2024
2 Zulhijjah = Ahad, 09.06.2024
3 Zulhijjah = Isnin, 10.06.2024
4 Zulhijjah = Selasa, 11.06.2024
5 Zulhijjah = Rabu, 12.06.2024
6 Zulhijjah = Khamis, 13.06.2024
7 Zulhijjah = Jumaat, 14.06.2024
8 Zulhijjah = Sabtu, 15.06.2024 (Hari Tarwiyah)
9 Zulhijjah = Ahad, 16.06.2024 (Hari Arafah)

❌ HARAM PUASA :

Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Isnin, 17.06.2024
Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Selasa, 18.06.2024
Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Rabu, 19.06.2024
Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Khamis, 20.06.2024

📌 Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah

🍀 Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

🍀 Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

🍀 Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

❤️ Jom kita berniat, siapkan diri dan rebut peluang keemasan ini. Perbanyakkan amalan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah ini dengan berpuasa sunat, perbanyakkan berzikir, berdoa, bersedekah, membaca Al-Quran, melakukan ibadah korban bagi yang mampu, menghidupkan suasana hari raya dengan takbir dan memperbanyakkan pelbagai lagi amal soleh.

📌 Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad.
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.
(Fath al-Bari)

2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.
(Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287)

3. Hari Yang Dicintai Allah
Rasulullah ﷺ bersabda:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”
(Hadis Riwayat al-Tabrani)

Semoga Allah SWT pilih kita dan menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini iaitu 10 hari awal Zulhijjah. Aamiinn 🤲
Pilih kami Ya Allah.....

Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan

Ahmad Al Badawi

097 661 2434

31/05/2024

Assalamualaikum wtb
Salam jumaat
31/05/2024

KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Bagi penghafaz al-Quran (Hamalatul Quran), atau secaraumumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Qurandengan gelaran "al-Hafiz", akan mendapat 2 ganjaran:

•Ganjaran di dunia.•Ganjaran di akhirat.

GANJARAN DI DUNIA

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalamHadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran,terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadapmereka.

•Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia."Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya dikalangan manusia. Lalu mereka bertanya: Siapakah merekaya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda: Mereka adalah ahli alQuran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orangorang pilihannya." (Riwayat Ibnu Majah)

•Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin."Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyakhafalannya." (Riwayat Muslim)

•Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dariNabi S.A.W.

"Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhadaUhud kemudian beliau bersabda, "Manakah di antarakeduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjukkepada salah satunya, maka beliau mendahulukanpemakamannya di liang lahat." (Riwayat Bukhari)

•Al-Quran menjanjikan kebaikan.

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur'an danyang mengajarkannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

GANJARAN DI AKHIRAT

•lbu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yangterkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akandipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkotaitu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpunmatahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud)

•Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)Dari Abi Umamah ra. ia berkata, "Aku mendengar RasulullahSAW bersabda, "Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya iaakan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada parapembacanya (penghafalnya)."(Riwayat Muslim)

•Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (alQuran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran)pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Akutidak kata bahawa "alif laam mim" itu satu huruf tetapi alifsatu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (RiwayatTarmizi)

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar dalam keluargakita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz alQuran

Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan

Mudir Madrasah ustaz
Ahmad Al Badawi

Whatsapp
097 661 2434

Photos from Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan's post 23/05/2024

Assalamualaikum wtb
Salam Jumaat
24/05/2024

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR :

1. Gelisah walaupun tak memiliki masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan memandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan ingkar janji.

5. Selalu mengintai aib² orang dan menyebarkannya.

6. S**a mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. S**a menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang lain.

11. Menyampaikan 'ilmu dengan riya'.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji serta pamer.

14. Durhaka kepada orang tua.

15. Bermuka Dua (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. S**a menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang dimiliki.

17. Shalat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak ridha dengan suratan taqdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistis.

21. Mudah berperasangka buruk terhadap orang lain.

22. Membesar - besarkan hal yang remeh temeh.

23. S**a bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Mementingkan diri sendiri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan s**a cari muka.

29. Sangat tamak serta bakhil/kikir/pelit serta sangat perhitungan dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.


👆🏻 Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (sifat keji).

❣ Mari bermuhasabah diri, apakah hati masih terhijab kepada AllaaH dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak?

Jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal AllaaH, banyak mengingati AllaaH, berdampingan/bersahabat dengan guru pembimbing dan senantiasa berperasangka baik kepada AllaaH dan makhluq'Nya.😌

Madrasah Tahfiz Anak Yatim Al-Ihsan

Mudir Ahmad Al Badawi

Whatsapp 097 661 2434

Want your school to be the top-listed School/college in Kâmpóng Cham?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Kampong Cham