Nota Kentang

Nota Kentang Nota yang random

09/05/2025

"Untuk benda baik apa salah"
"Niat dah baik bolehlah buat"

Niat semata-mata tak menghalalkan cara. Sebahagian periwayat hadis memalsukan hadis dengan niat mendekatkan manusia kepada agama, terutamanya berkenaan hadis ganjaran surah itu dan ini. Para ulama' hadis melabel golongan ini antara pemalsu hadis yang paling teruk disebabkan manusia tsiqah terhadap mereka walhal hakikatnya mereka berdusta atas nama nabi Muhammad SAW.
(Taysir Mustolah Hadis Mahmud at-Thahhan)

Sungguh, tanpa ilmu takkan selamat amal seorang 'abid, dan ilmu tanpa amal akan binasa seorang 'alim. Kata Imam Ibn Ruslan di dalam matan Zubad:

فَاعْمَلْ وَلَوْ بِالْعُشْرِ كَالزَّكَاةِ
Maka beramallah walau dengan sepersepuluh seperti zakat (zakat tanaman)
تَخْرُجْ بِنُورِ الْعِلْمِ مِنْ ظُلُمَاتِ
Keluar—dengan cahaya ilmu—daripada kegelapan (kegelapan; kejahilan, perumpamaan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya seperti yang disebut di dalam surah al-Baqarah: 257, dan menyamakan cahaya dengan ilmu juga digunakan dalam bait syair Imam Syafie bersama gurunya Waki')
فَعَالِمٌ بِعِلْمِهِ لَمْ يَعْمَلَنْ
Dan seorang 'alim yang dengan ilmunya tidak beramal
مُعَذَّبٌ مِنْ قَبْلِ عُبَّادِ الْوَثَنْ
Akan diazab sebelum penyembah tuhan selain Allah SWT (ada isykal bahagian قبل عباد الوثن, cuma bukan perbahasan penulisan ini)
وَكُلُّ مَنْ بِغَيْرِ عِلْمٍ يَعْمَلُ
Dan setiap yang tanpa ilmu beramal (seperti solat tanpa mengetahui kaifiat dan syarat-syaratnya)
أَعْمَالُهُ مَرْدُودَةٌ لَا تُقْبَلُ
Amalan-amalannya tertolak tidak diterima (Amalan seorang muqallid; bukan perbahasan penulisan ini)

*

Ilmu hanya akan terwujud daripada nas-nas agama yang selamat daripada inhiraf dan akal yang sejahtera daripada kezaliman. Zalimlah mereka yang mendakwa "Nabi SAW bersabda" walhal dia menokok tambah, mencampur aduk, dan memutarbelitkan hadis demi menampakkan dia berada di jalan yang benar sedangkan hakikatnya tidak sama sekali!

قال المصنف رحمه الله :ثم المياه على أربعة أقسام .... وطاهر مطهر مكروه استعماله، وهو الماء المشمسBait pendek, syarahannya...
28/04/2025

قال المصنف رحمه الله :

ثم المياه على أربعة أقسام .... وطاهر مطهر مكروه استعماله، وهو الماء المشمس

Bait pendek, syarahannya jauh lebih panjang, lebih-lebih lagi syarat كراهة ada khilaf dlm mazhab Syafie sendiri. Sedangkan mengikut ikhtiar Imam Nawawi pun tak berpendapat air musyammas sebagai makruh syar'an, tetapi makruh dari sudut perubatan.

Nak kata, jalan menuntut ilmu tiada penghujung. Imam Nawawi rahimahullah habiskan seumur hidup demi agama sampai tak sempat berkahwin pun tak sampai garisan tamat ilmu agama, inikan kita yang jauh lebih leka. Putus asa sebab lemah ingatan? Ambillah ibrah dari Imam Mahalli rahimahullah, di dalam biografi beliau selalu disebut tentang kecerdasan yang tiada banding sehingga diberi gelaran Jalaluddin, tetapi pada masa yang sama beliau juga terkenal dengan ketidakmampuan dan kesukaran beliau dalam menghafal sesuatu. Kalau halangan kita sebab susah faham? Contohilah Imam Ibn Hajar al-Asqalani, hingga digelar dengan pelbagai gelaran yang tak elok seperti jahil ketika beliau masih mula-mula belajar kerana beliau sangatlah lambat faham pelajaran, tetapi sebab nikmat Allah SWT dan istiqamahnya beliau menuntut ilmu, tanpa menjadikan rasa segan sebagai penghalang kerana beliau belajar dengan mereka yang jauh lebih muda dari beliau, akhirnya dengan izin dan nikmat Allah SWT beliau dikurniakan kecerdasan dan akhirnya menabur bakti sebagai seorang ulama yang terkemuka di dalam bidang fiqh Syafie dan bidang hadis.

Berpegang teguhlah dengan ayat ini :
{ وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ }
al-Ankabut : 69
"Dan mereka yang berusaha untuk kami pasti Kami akan pandu mereka ke jalan-jalan Kami. Dan Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan."

Janji Allah itu benar.

Wallahua'lam.

Menarik sebenarnya kalau tahu mendalam bab sombong ni. Hakikatnya, terdapat khilaf antara 'ulama tentang siapakah yang p...
21/03/2025

Menarik sebenarnya kalau tahu mendalam bab sombong ni. Hakikatnya, terdapat khilaf antara 'ulama tentang siapakah yang pertama kali melakukan dosa sombong ini, dan ada yang berpendapat bahawa yang pertama disebut secara sorih melakukannya ialah iblis laknatullahi 'alaih. Seringkali dirakamkan perbuatan takabbur dan sombong iblis sehingga mengingkari perintah Allah SWT seperti yang disebut di dalam al-Quran;
{ وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ }
_Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah (tanda hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir._
[Surah Al-Baqarah: 34]

dan secara lebih tafsil di dalam ayat lain;
{ قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَیۡرࣱ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِی مِن نَّارࣲ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِینࣲ }
_Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."_
[Surah Al-Aʿrāf: 12]

dan di dalam ayat lain;
{ قَالَ یَـٰۤإِبۡلِیسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسۡجُدَ لِمَا خَلَقۡتُ بِیَدَیَّۖ أَسۡتَكۡبَرۡتَ أَمۡ كُنتَ مِنَ ٱلۡعَالِینَ }
{ قَالَ أَنَا۠ خَیۡرࣱ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِی مِن نَّارࣲ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِینࣲ }
_Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "_
_Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah "._
[Surah Ṣād: 75-76]

Lebih parah, akibat egonya terlalu tinggi bahkan sanggup meminta untuk dipanjangkan umurnya—dalil :
{ قَالَ أَنظِرۡنِیۤ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ }
_Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)"._
[Surah Al-Aʿrāf: 14]—

bukan untuk dia bertaubat/beristighfar, bahkan untuk menyesatkan bani Adam bagi membuktikan bahwa dia lebih sempurna dari Adam—dalil :
{ قَالَ فَبِمَاۤ أَغۡوَیۡتَنِی لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَ ٰ⁠طَكَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ }
{ ثُمَّ لَـَٔاتِیَنَّهُم مِّنۢ بَیۡنِ أَیۡدِیهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَیۡمَـٰنِهِمۡ وَعَن شَمَاۤىِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِینَ }
_Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;_
_"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur"._
[Surah Al-Aʿrāf: 16-17]

Maka, Allah SWT telah menurunkan hukuman-Nya,
{ قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡهَا مَذۡءُومࣰا مَّدۡحُورࣰاۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِینَ }
_Allah SWT berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;_
[Surah Al-Aʿrāf: 18]

Dan frasa مذءوما مدحورا p**a membawa beberapa makna, dan aku beri makna مذءوما terlebih dahulu—seperti yang dinyatakan di dalam تفسير البغوي—;
مَعِيبًا، وَالذَّيْمُ وَالذَّأْمُ أَشَدُّ الْعَيْبِ

dan aku datangkan perbandingan tiga kalimah ini;
العيب –
Kekurangan atau kecacatan, baik dalam bentuk fizikal, moral, atau perbuatan seseorang.
الذيم –
Celaan yang lebih berat daripada sekadar aib, ia membawa makna penghinaan terhadap seseorang.
الذأم –
Celaan yang paling keras, yang bukan sekadar menunjukkan kekurangan tetapi membawa unsur penghinaan dan pelecehan yang lebih kasar dan menusuk.

Dan celaan keras ini menimpa iblis laknatullahi 'alaih disebabkan tiga punca utama :
1) Melanggar perintah Allah SWT
2) Sombong dan takabbur
3) Tidak bertaubat, bahkan tidak ingin pun untuk bertaubat walhal dipanjangkan umur.

Selain itu terdapat juga penafsiran daripada Ibn Abbas RA bahawa مذءوما membawa makna ممقوتا/مقيتا (kebencian dan kemurkaan yang sangat keras) —rujuk تفسير الطبري dan تفسير ابن كثير— yang diakibatkan oleh tiga punca yang telah disebutkan tadi.

Manakala perkataan مدحورا juga membawa beberapa makna, antaranya seperti yang termaktub di dalam تفسير السعدي;
"مبعدا عن اللّه وعن رحمته وعن كل خير"
_"Dijauhkan dari Allah, dari rahmat-Nya, dan dari segala kebaikan."_

Jika kita teliti uslub bahasa yang digunakan di dalam tafsir ini, terdapat dua poin utama yang kita boleh ambil :
1) التكرار
yakni berlakunya pengulangan makna dijauhkan dengan tiga bentuk berbeza— jauh daripada Allah SWT, jauh daripada rahmat-Nya dan jauh daripada segala kebaikan —kerana ingin menegaskan bahawa memang dijauhkan sejauh-jauhnya
2) التدرج
yakni berlakunya peningkatan makna tersebut kerana Allah SWT merupakan sumber kepada segala kebaikan, dan rahmat-Nya bermaksud kasih sayang-Nya terhadap makhluk, dan kesemua kebaikan yang mencakupi seluruh di dunia dan di akhirat.

selain itu terdapat juga yang menafsirkan مدحورا dengan makna lain, dan aku petik dari تفسير الطبري;
وأما المدحور: فهو المُقْصَى، يقال:"دحره يدحَرُه دَحْرًا ودُحُورًا"، إذا أقصاه وأخرجه، ومنه قولهم:"ادحَرْ عنكَ الشيطان
_"Adapun 'المدحور' bermaksud dijauhkan dan disingkirkan (=diusir). Dikatakan:_
'دَحَرَهُ يَدْحَرُهُ دَحْرًا وَدُحُورًا',
_apabila seseorang itu menghalau dan menjauhkan sesuatu. Oleh itu, antara ungkapan yang sering digunakan ialah:_
'ادْحَرْ عَنْكَ الشَّيْطَانَ'
_(Usirlah syaitan dari dirimu)."_
yang jelas menyatakan bahawa مدحورا membawa makna diusir.

Agak sidetrack sikit dari hadaf utama aku tulis haha, apa yang aku nak sampaikan, janganlah menjadi golongan yang mencontohi iblis —nauzubillahi min zalik— dengan menjadi sombong. Sehinggakan ada qaul ulama' mengatakan bahawa faktor terbesar dosa Iblis tidak diampunkan ialah kesombongannya, kerana akibatnya dia menghalang dirinya dari memohon keampunan Allah SWT, bahkan mendoakan dirinya dipanjangkan umur supaya dapat menyesatkan manusia, bukan untuk bertaubat dan beristighfar. Aku tutup dengan hadis qudsi yang direkod di dalam الجميع الصغير li al-Imam as-Suyuti dan صحيح الجامع li al-Imam al-Albani melalui riwayat Abu Hurairah;
قال اللهُ تعالَى : الكبرياءُ رِدائِي ، فمَنْ نازعَنِي في رِدائِي قَصَمْتُهُ
_Kesombongan ialah selendang-Ku, maka sesiapa yang mencabar-Ku dalam selendang-Ku, Aku akan mematahkannya (menghancurkannya)."_

Dan di dalam mafhum hadis lain, bahawa tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada kesombongan seberat atau sebesar sawi.

Intabih, tidaklah sombong itu terhad kepada hubungan kita dengan Allah SWT, bahkan sesama manusia pun. Jangan biar amalanmu menjadi sia-sia akibat kau merasakan dirimu lebih mulia dari yang lain. Ini pesanan penting lebih-lebih lagi kepada yang belajar agama, sebab kita belajar agama bukanlah untuk menunjuk-nunjuk "aku ni 'alim semua hormat aku" "aku ni pandai lagi dari dia" bahkan jauh sekali dari mencapai tujuan sebenar menuntut ilmu jika berlaku sedemikian. Sungguh, semakin seseorang itu berilmu semakin itu dia akan sedar kejahilan dirinya, begitulah mafhum kalam Imam Syafi'e. Tak dinafikan, darjat orang yang berilmu sangatlah dijulang tinggi di dalam Islam, firman Allah SWT :
{ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِذَا قِیلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُوا۟ فِی ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُوا۟ یَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِیلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ یَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتࣲۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ }
_Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, *supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.*_
[Surah Al-Mujādilah: 11]

Tetapi amaran keras juga bagi mereka yang tidak beramal seperti ilmu yang mereka ada, kerana ke atas mereka taklifan sesuatu hukum yang lebih berat dan terperinci.

Dan satu lagi, bukan semua benda kita boleh label, sebab kanta orang awam dan orang berilmu amatlah berbeza. Ingatlah, sepertimana hadaf utama ciri-ciri orang munafiq dijelaskan di dalam hadis ialah bukan untuk kita sebagai umat Islam cop orang Islam yang lain tetapi yang utamanya kita sendiri terhindar dari ciri-ciri tersebut, begitu juga dengan sombong, mizan yang wujud untuk menentukan seseorang itu sombong atau tidak bukan digunakan untuk cop orang lain, tapi pertama dan utamanya untuk menjauhi diri dari terjerumus di dalamnya. Aku harap walaupun tujuan asal penulisan ini samar-samar, tetap dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Wallahu a'lam.

{ وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا یُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِیٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِینَ }[Surah Al-ʿAnkabūt: 6]...
21/03/2025

{ وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا یُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِیٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِینَ }
[Surah Al-ʿAnkabūt: 6]

Menurut تفسير البغوي, takrif jihad :
هُوَ الصَّبْرُ عَلَى الشِّدَّةِ، وَيَكُونُ ذَلِكَ فِي الْحَرْبِ، وَقَدْ يَكُونُ عَلَى مُخَالَفَةِ النَّفْسِ
_Ia adalah kesabaran dalam menghadapi kesukaran, dan ini berlaku dalam peperangan, atau ketika melawan nafsu diri._

Dan Imam al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya menyebut :
وَمَنْ جَاهَدَ فِي الدِّينِ، وَصَبَرَ عَلَى قِتَالِ الْكُفَّارِ وَأَعْمَالِ الطَّاعَاتِ، فَإِنَّمَا يَسْعَى لِنَفْسِهِ، أَيْ ثَوَابُ ذَلِكَ كُلِّهِ لَهُ، وَلَا يَرْجِعُ إِلَى اللَّهِ نَفْعٌ مِنْ ذَلِكَ
_Dan barangsiapa yang berjihad di (atas jalan) agama, dan bersabar di atas peperangan dengan kuffar (harbi) dan (bersabar dalam melakukan) amal-amal ketaatan, maka dia telah berusaha untuk dirinya sendiri, yakni ganjarannya kesemuanya bagi dirinya, dan tidak membawa sedikit manfaat pun (mahupun kerugian) kepada Allah SWT (kerana Dialah yang Maha Kaya)_

Dan antara أعمال الطاعات yang dimaksudkan ialah menuntut ilmu, dengan dalil :
عن أبي هريرة رضي الله، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ... وَمَن سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فيه عِلْمًا، سَهَّلَ اللَّهُ له به طَرِيقًا إلى الجَنَّةِ ...
_... dan barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. ..._
(2699، وهذا الحديث من أفراد المسلم على البخاري)

Telah masyhur penafsiran ini :
يحتمل طريقا حسيا بالسير في الأرض إلى مجالس العلماء، ويحتمل طريقا معنويا وهو سلوك طريق التعلم والاجتهاد في العلم والتفقه في الدين، وهذا أصح، وهو شامل للأمرين.
_Hadis ini boleh bermaksud jalan secara hissi (fizikal), iaitu berjalan di atas bumi menuju ke majlis para ulama. Dan ia juga boleh bermaksud jalan secara maknawi, iaitu menempuh jalan pembelajaran, berusaha dalam menuntut ilmu dan mendalami agama. Dan tafsiran yang lebih kuat adalah bahawa hadis ini memenuhi kedua-duanya._

Prinsip al-Qadhi 'Iyadh mengenai ilmu juga telah dijelaskan di dalam kitab _Tuhfah al-Abrar_ :
العلم زاد لا يفنى، ومن سار في طريق طلب العلم نُورٌ زاده الله به دربه إلى الجنة.
_Ilmu adalah bekalan yang tidak akan habis, dan barangsiapa yang berjalan di jalan menuntut ilmu, Allah akan menambahkan cahaya kepadanya dan memudahkan jalannya menuju syurga._

Dan di dalam kitab lain seorang 'alim yang lain (maaf lupa setepatnya siapa) telah menerangkan konsep ilmu di dalam hadis ini secara lebih terperinci :
(أي: بسبب العلم الشرعي الذي يطلبه، فإنه يعرف به ما يرضي الله فيعمل به، فيدخله الجنة، ويعرف ما يسخط الله فيجتنبه، فينجو من النار.)
_Maksudnya: Dengan ilmu syar’i yang dituntutnya, dia akan mengetahui perkara yang diredhai oleh Allah, lalu dia mengamalkannya, sehingga dia masuk syurga. Dia juga mengetahui perkara yang dimurkai oleh Allah, lalu dia menjauhinya, sehingga dia terselamat dari neraka._

Di samping itu, Ibn Qayyim di dalam Zad al-Ma'ad juga mensyarahkan hadis ini dan berkata :
إن طلب العلم عبادةٌ عظيمةٌ، وهو نور يضيءُ قلب العبد ويهديه إلى سبيل الله، فمن سلك طريقَ طلب العلم فقد فتح الله له به أبواب الجنة.
_Sesungguhnya menuntut ilmu adalah ibadah yang agung, dan ilmu itu adalah cahaya yang menerangi hati hamba dan membawanya ke jalan Allah; maka barangsiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu, Allah akan membuka baginya pintu-pintu syurga._

Dan apabila kita mendalami kitab Ihya' 'Ulum ad-Din karya Imam Ghazali, kita akan mendapati satu konsep utama berkaitan ilmu—seperti yang telah diajar guruku—;
العلمُ نُورٌ يُضيءُ طريقَ العبدِ إلى اللهِ، وهو مفتاحُ الجَنَّةِ، فَالسَّعيُ في طَلَبِ الْعِلْمِ مِنْ أَفْضَلِ العِبَادَاتِ
_Ilmu ialah cahaya yang menerangi jalan hamba menuju Allah, dan ia adalah kunci syurga, maka usaha dalam menuntut ilmu adalah salah satu ibadah yang terbaik._

Cukuplah aku bawakan syair masyhur Imam Syafie :
شَكَوتُ إِلى وَكِيعٍ سوءَ حِفظي
فَأرشَدني إِلى تَركِ المَعاصي
وأخبرني بِأنَّ العلمَ نورٌ
ونورُ اللّهِ لا يُهدى لِعاصي
_Aku mengadu kepada (guruku) Waki' tentang buruknya hafazanku_
_Maka dia mengajarkanku untuk meninggalkan maksiat_
_Dan mengkhabarkanku bahawa ilmu itu cahaya_
_Dan cahaya Allah tidak akan menerangi orang yang bermaksiat_

Dan intabih, tidaklah ingin mengisyaratkan bahawa seorang pendosa tidak layak untuk menuntut ilmu, cuma ihzar (amaran) bahawa seseorang yang bergelumang di dalam kemaksiatan takkan mampu untuk mencapai ghayah ilmu sehingga dia sekurang-kurangnya berusaha untuk menyelamatkan dirinya dari terus tenggelam. Aku tutupi dengan firman Allah SWT :
{ ۞ قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ }
_Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani._
[Surah Az-Zumar: 53]

Wallahu a'lam.

Address

Amman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Kentang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share