26/12/2025
INFO KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
3. Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama.
Tarikh Penting:
๐ Tarikh Rayuan: 26 Disember 2025 โ 13 Januari 2026
๐ Tarikh Pendaftaran: 13 Januari 2026
๐ Tarikh Semakan Rayuan: 6 โ 10 Februari 2026
10/03/2024
RAMADAN KAREEM!!!
Menghitung Hari Menuju Ramadan 1445H/2024M
โBarangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.โ
Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)
10/01/2024
KELEBIHAN MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH
Daripada Abu Masโud RA bahawa Nabi SAW bersabda:
ู
ููู ููุฑูุฃู ุจูุงููุขููุชููููู ู
ููู ุขุฎูุฑู ุณููุฑูุฉู ุงูุจูููุฑูุฉู ููู ููููููุฉู ููููุชูุงูู
Maksudnya: โBarangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.โ
Riwayat al-Bukhari (5009)
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW mengajar kita antara bacaan yang boleh diamalkan pada setiap malam ialah dengan membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286. Imam al-Nawawi menjelaskan makna cukup bagi orang yang membaca 2 ayat tersebut adalah cukup baginya mendirikan malam tersebut, cukup baginya agar terpelihara daripada kejahatan syaitan dan daripada kebinasaan-kebinasaan serta boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali.
Jangan lepaskan peluang mengamalkan bacaan 2 ayat ini, memandangkan ia amat mudah untuk diamalkan, mempunyai kelebihan yang amat banyak dan lebih-lebih lagi ia bersumberkan dari hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM
06/10/2023
Hari perlawanan!
Sama-sama kita doakan kontinjen PEKDIS Tuaran dapat beraksi cemerlang dalam kejohanan ini ๐คฒ๐ป
28/09/2023
Tahniah Team Bowling PEKDIS Tuaran!
Setinggiยฒ penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua team bowling Pekdis daerah Tuaran atas penglibatan dan komitmen padu sepanjang KSGPI (Acara Bowling) 2023.
Terima kasih kepada Pengurus bowling Pekdis Tuaran Ustaz Hafiz Madnin atas pengurusan terbaik. Terima kasih JU,Fisio dan pemainยฒ atas kerjasama semua.
Tahniah di atas pencapaian dalam acara masingยฒ.Kita tingkatkan usaha dan konsisten lagi dalam latihan selepas ini.
Terima kasih semua..๐๐๐
Pencapaian : ๐ฅTempat ke-3 (trio VIP campuran)
25/09/2023
Debaran Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) 2023 makin terasa. Acara boling tenpin telah pun bermula hari ini hingga 27 September. Sukan lain akan menyusul pada 7-8 Oktober depan.
Sama-sama kita doakan kontinjen KSGPI Tuaran beroleh kejayaan. Insya Allah!
Trivia!
Tahun ini ada dua acara baharu diperkenalkan dalam KSGPI iaitu petanque dan catur ๐
13/09/2023
Majlis Lambaian Kasih โค๏ธ
13/9/2023
Satu majlis makan malam ringkas telah diadakan oleh AJK Kebajikan PEKDIS Tuaran untuk meraikan GPI Tuaran yang akan berpindah ke semenanjung.
Terima kasih buat Ustaz Hanif (SK Baru-Baru), Ustazah Norazimah (SK Saradan) dan Ustazah Siti Armah (SK Pekan Tamparuli) atas segala budi dan bakti di negeri bawah bayu khususnya di Tuaran. Jasa ustaz dan ustazah akan sentiasa diingati. Selamat bertugas di tempat baharu dan selamat maju jaya. ๐น
12/09/2023
Mesyuarat Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Tuaran Bil.2/2023
Tarikh: 8 September 2023
Tempat: Bilik Gamma, PPD Tuaran
Antara agenda yang dibincangkan ialah isu kebajikan ahli PEKDIS Tuaran dan persediaan untuk Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam 2023.