17/10/2013
Sejarah Ringkas Malcom X
Malcom X merupakan anak kepada pasangan Louise Norton Little dan Earl Little. Dilahirkan pada 19 Mei 1925 di Nebraska,Amerika Syarikat serta mempunyai 8 adik-beradik. Latar belakang keluarganya adalah beragama kristian.Ayah beliau yang merupakan aktivis hak kemanusiaan telah di bunuh oleh pelampau perkauman kulit putih (Black Legion/Ku Klux Clan) semasa beliau berumur 6 tahun. Selepas peristiwa itu,ibunya mengalami masalah mental kerana tidak dapat menerima kematian suaminya dan mengakibatkan kesemua adik-beradiknya dipisahkan ke pusat kebajikan dan keluarga angkat.
Malcom X diperkenalkan kepada Islam oleh abangnya selepas keluar dari penjara pada tahun 1953. Abangnya iaitu Reginald merupakan anggota Nation of Islam(NOI). NOI di ketua oleh Elijah Muhamad yang membawa kepada ajaran Islam yang bersifat perkauman dimana NOI mengatakan bahawasanya muslim-afrika merupakan bangsa terpilih dan masyarakat kulit putih melakukan sedaya upaya mereka untuk menghalang masyarakat kulit hitam dari berjaya dalam pelbagai sektor seperti ekonomi,pertanian,pendidikan dan lain-lain. NOI juga turut berjuang untuk mewujudkan negara khusus untuk orang kulit hitam.
Malcom X mula terpengaruh dan di beri peluang menjawat jawatan sebagai menteri serta jurucakap bagi NOI kerana kebijaksanaannya. Malcom X membantu meningkatkan pengaruh NOI dimana beliau berjaya merekrut ahli baru dari 500(1952) kepada 30,000 (1963) ahli. Peningkatan pengaruh NOI serta ketegangan kaum tahun 1960 menyebabkan Federal Bureaua Intelligent(FBI) mula mengawasi tindak tanduk NOI dengan memasang peranti,pepijat dan perisik(bodyguard) pada Malcom X.
Namun ,Malcom X mula berubah fikiran sekembalinya beliau dari menunaikan Haji di Mekah pada April,1964. Di sana, beliau melihat masyarakat berlainan kulit berada dalam satu perhimpunan tanpa kasta dan merupakan saudara antara satu sama lain. Sekembalinya beliau ke Amerika Syarikat, beliau mengisytiharkan keluar NOI kerana merasakan NOI tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.Beliau mula mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan sunnah wal jammah dan akibat dari tindakan beliau itu telah mewujudkan permusuhan dengan NOI terutamanya ketuanya Elijah Muhammad. Beliau terselamat dari cubaan bunuh yang pertama namun akhirnya beliau mati semasa sedang memberi ucapan di Manhattan's Audubon Ballroom pada 21 Febuari 1965. Beliau ditembak sebanyak 15 das tembakan dalam jarak dekat oleh 3 ahli NOI. Jenazah beliau dikebumikan di Ferncliff Cemetery in Hartsdale, New York.