31/12/2014
Janganlah kamu wahai manusia menggunakan agama utk mendapatkan dunia! Memperjudikan agama utk mendapatkan habuan drpd dunia! Menggunakan medan agama utk memuaskan hawa nafsumu kpd dunia! . .
Hiduplah kamu di atas muka bumi dgn hidupnya seorang hamba yg hina. Berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dgn menundukkan pandangan dan jgn ada diantara kamu yg mendabik dada kesombongan. Aib kamu ditutup oleh Allah Robbulalamin, maka apa yg perlu kamu banggakan? . .
Di akhirat kelak, akan Allah berfirman kpd mereka; "Wahai fulan, apa yg telah engkau lakukan di dunia?" Lalu mereka yg berilmu dan membaca al-Quran bukan kerana Allah menjawab; "Aku lakukan ini semua kerana Engkau ya Allah." Lalu Allah berfirman; "Engkau dusta!" Malaikat juga berkata; "Kamu dusta!" Lalu akan Allah perintahkan kpd Malaikat yg bertugas utk campakkan golongan ini ke dalam Neraka. . .
Kerana Allah tahu apa yg ada di dalam hati manusia. Apa niat mereka dalam melakukan kebaikkan. Kerana orang pertama yg akan dicampakkan ke dalam Neraka adalah orang alim yg mengajarkan ilmu dan al-Quran hanya utk disanjung dan dipuji, bukan kerana Allah Taala. . .
Maka lihat semula, apakah kita menggunakan al-Islam utk peroleh nikmat dunia? Menggunakan Allah dan Rasul utk mendapatkan habuan dunia demi memuaskan nafsu? Maka lihat dimana kedudukan kita dalam melakukan kebaikkan. . .
Moga moga Allah jauhkan dalam hati kita sifat riya' tikamana melakukan suatu perkara kerana Allah, dijauhkan drpd bala dan fitnah ilmu. Moga Allah perkenan dan makbulkan.
Salam Alfaqir Ilmu