26/02/2019
Salam sejahtera, salam .
PKPMI Pusat dengan ini berasa berbesar hati untuk mengajak ahli PKPMI dan juga teman teman Indonesia untuk ikut serta di dalam Lomba Video Pendek bertemakan Sahabat Lama Di Era Baru : Hubungan Malaysia-Indonesia.
Sebanyak IDR 75.000.000 hadiah wang tunai untuk dimenangi.
Registrasi Gratis, terbuka kepada warga Malaysia dan Indonesia.
Ayuh, jangan lepaskan peluang. Syarat dan ketentuan ada pada pautan di bawah :
https://m.kumparan.com//kreasikan-video-pendek-terbaikmu-untuk-dapat-puluhan-juta-rupiah-1551064829597875147
โBerilmu. Beramal. Bersatu.โ
PKPMI Pusat
Sesi 2018/2019
21/08/2017
Pertandingan Fotografi
Syarat-syarat adalah seperti berikut:-
๐ฒ๐พCaption haruslah menggunakan
#(pkpmicwgnmasing) [Contoh :
๐ฒ๐พ Layak kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia.
๐ฒ๐พ Setiap penyertaan perlu ada logo PKPMI, WeMalaysia dan Negaraku. (Dapat dimuat turun di pautan tersebut:
https://drive.google.com/open?id=0BxR8GIJ6WksPckhFdUh4aUhoeW8)
๐ฒ๐พ Berlatarbelakangkan ikon/monumen bandar di Indonesia atau acara/program berkaitan seperti perhimpunan pelajar, Malaysia Night dan sebagainya.
๐ฒ๐พ Caption haruslah kreatif dan mempunyai unsur Malaysia ๐ฒ๐พ dan Indonesia ๐ฎ๐ฉ.
๐ฒ๐พ Penyertaan melalui gambar yang diupload di Instagram. Wajib tag .
๐ฒ๐พ Peserta hendaklah FOLLOW Instagram DAN .id
๐ฒ๐พ Penyertaan adalah tidak terhad.
๐ฒ๐พ Peserta dibenarkan menggunakan Adobe Photoshop atau editing software yang lain.
๐ฒ๐พ Penyertaan ditutup pada 30 Ogos 2017 pada pukul 00.00 AM.
โ---
๐ Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada syarat dan kreativiti pada gambar.
โ---
๐ต Hadiah adalah spt berikut:
Kategori PKPMI Cawangan:-
- Gambar dimuat naik di akaun Instagram PKPMI Cawangan masing-masing.
๐
Terbaik: Rp 3.000.000
Kategori Individu:-
- Gambar dimuat naik dimuat naik di akaun individu peserta.
๐
Pertama: Rp 1.000.00
๐
Kedua: Rp 800.000
๐
Ketiga: Rp 500.00
โโ
๐ฒ๐พ Pemilihan pemenang akan diumumkan melalui page PKPMI Pusat
"Sehati Sejiwa"
"Pemerkasaan Intelek Aspirasi Mahasiswa"
PKPMI Pusat Sesi 2016/2017
01/08/2017
NOTIS PEMBERITAHUAN
Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Notis Pemberitahuan bertarikh 1 Ogos 2017 dengan ini telah mengklarifikasi perihal syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda (Strata 1 / S1) di Indonesia khususnya di Perguruan Tinggi Agama Islam.
Sehubungan dengan itu, syarat yang telah diperincikan melalui Notis Pemberitahuan tersebut adalah adalah jelas menerangkan maksudnya.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada pihak EMI melalui [email protected].
Sekian, terima kasih.
Education Malaysia Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta
1 Ogos 2017
25/06/2017
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
24/05/2017
[ INFO S.O.P KETIKA LEDAKAN BOM ]
Salam Sejahtera
Perhatian kepada seluruh Ahli PKPMI khususnya yang masih berada di Jakarta, susulan ledakan yang berlaku pada 24 Mei 2017 anda diminta untuk mengikuti dan mematuhi S.O.P yang telah disediakan seperti berikut ;
1. Semua sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.
2. Sediakan sebuah beg persendirian yang lengkap berisi ;
i. Dokumen penting ( Pasport, KITAS, Kad Pelajar)
ii. Wang tunai
iii. Ubat-ubatan
iv. Air mineral
v. Makanan (seperti biskut dan makanan tin)
vi. Tuala serta pakaian asas
vii. Alat mandian asas
3. Peka dan cakna dengan rakan-rakan anda. Hubungi mereka yang tidak sedar dengan situasi yang cemas
Mohon anda sentiasa memaklumkan keadaan anda kepada pimpinan. Sebarang kecemasan, sila hubungi;
Kavinan Subramaniam
+6281322812467(Call)
+6287739666514 (Wa)
Anda semua diminta supaya tidak panik serta mohon agar tidak menyebarkan berita-berita buruk atau khabar angin kepada keluarga di Malaysia.
"Pemerkasaan Intelek Aspirasi Mahasiswa"
Exco Kebajikan dan Imigrasi
PKPMI Pusat
Sesi 2016/2017
09/04/2017
Hari Sukan IMARAH & PKPMI Kali Ke-2
08/04/2017
[PRE-ORDER BOMBER JACKET PKPMI]
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Hi, semua ahli PKPMI๐.
Pre-order Bomber Jacket PKPMI telah dibuka!
Apa tunggu lagi, rebutlah peluang bagi mendapatkan Bomber Jacket PKPMI yang ekslusif dan bertemakan jiwa serta semangat PKPMI.
Terdapat 3 jenis pilihan Bomber Jacket PKPMI seperti yang tertera pada poster promo pre-order ini, yang mana menampilkan 3 warna yang menarik, material yang berbeza dan harga yang sangat berpatutan.
Pilihlah mana-mana yang berkenan di hati anda!
Buatlah pilihan dengan bijak!
Sila pastikan anda menentukan ukuran badan anda dengan betul berpandukan ukuran yang telah ditetapkan sebelum membuat pilihan dan pemesanan, kerana sistem pesanan yang digunakan adalah pre-order!
Pesanan dan tempahan boleh dibuat melalui YDP PKPMI Cawangan masing-masing.
PRE-ORDER akan ditutup pada 22 April 2017, jam 2359 wib!
Membelilah sebagai tanda anda menyokong penuh projek pembangunan ekonomi PKPMI.
"Ekonomi Memacu Kesejahteraan PKPMI"
Exco Ekonomi dan Keusahawanan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Pusat sesi 2016/2017
20/02/2017
๐ [PENGUMUMAN BIASISWA]
Dimaklumkan bahawa permohonan pinjaman YPJ Sesi 01/2017 bagi peringkat Sijil (Kolej Kemahiran Teknikal Johor sahaja), Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) telah dibuka mulai 12 Februari hingga 28 Februari 2017.
Permohonan adalah secara online di web YPJ www.ypj.gov.my .
Syarat Am :
1. Warga Negeri Johor dan menetap di Negeri Johor ;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon ;
3. Pemohon telah terima tawaran kemasukan atau sedang menuntut di institusi sebelum menghantar permohonan ;
4. Kursus yang diikuti mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ;
5. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu tahun ;
6. Tiada penaja lain ;
7. Kursus yang diikutu mestilah 'Sepenuh Masa'.
Syarat Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga :
- Tidak melebihi RM8,000.00 sebulan (pendapatan kasar)
Keterangan lanjut sila layari laman web tertera.
Sekian, terima kasih.
"Pemerkasaan Intelek Aspirasi Mahasiswa"
PKPMI Pusat Sesi 2016/2017
09/02/2017
Happy Thaipusam to all Indians ๐๐ฝ๐๐ฝ
Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,
Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
Perayaan Thaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai menurut kalendar Tamil. Sewaktu bulan purnama ia melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam.
Thaipusam diraikan sebagai hari kebesaran Dewa Murugan. Dewa Murugan berjaya membunuh seorang raksasa yang bernama Soorapadman pada Hari Thaipusam, menjadikannya sambutan yang kini diraikan meriah di segenap pelusuk dunia. Simboliknya, Hari Thaipusam adalah hari kebaikan menewaskan kejahatan. Hari Thaipusam juga merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun.
Antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga dan kertas berwarna-warni yang dijunjung di atas bahu sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kita sememangnya sangat bertuah kerana dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni. Marilah kita sama-sama menghayati semangat perpaduan dalam kepelbagaian yang telah menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian di negara kita.
"Pemerkasaan Intelek Aspirasi Mahasiswa"
PKPMI PUSAT
SESI 2016/2017
03/02/2017
Assalamualaikum wr wb & Salam sejahtera
PKPMI Pusat diketuai oleh Yang Dipertua, Muhamad Noor Azlan bin Zakaria dan delegasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi pada 31 Januari 2017 bertempat di Presint 5 Putrajaya, Malaysia.
Pada kunjungan hormat tersebut, delegasi pimpinan PKPMI Pusat disambut baik oleh En. Nafizal Harris Ismail, Ketua Penolong Pengarah Education Malaysia dan Pn. Zairina, Penolong Pengarah Kanan. Turut hadir dari Education Malaysia Indonesia adalah En. Megat Samsul, Warden Malaysia Hall Jakarta. Kunjungan hormat ini diadakan dalam rangka mengeratkan hubungan dua hala antara PKPMI Pusat bersama Bahagian Education Malaysia; selain dapat menerangkan tentang visi, misi, hala tuju dan program-program yang akan diadakan dan dianjurkan oleh PKPMI Pusat.
Pihak BEM juga banyak memberikan nasihat dan melontarkan idea bagi membantu meningkatkan mutu sistem, pendanaan dan operasional PKPMI Pusat.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menerima kami sebagai tetamu dan mengharapkan melalui kunjungan hormat ini, hubungan antara PKPMI Pusat dan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia bersama Bahagian Education Malaysia, khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi dan Education Malaysia Indonesia semakin baik dan erat.
"Pemerkasaan Intelek Aspirasi Mahasiswa"
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia
PKPMI Pusat sesi 2016/2017
29/01/2017
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAMBUTAN 60 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-INDONESIA TAHUN 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Education Malaysia Indonesia dengan dukungan Kedutaan Besar Malaysia Jakarta akan menganjurkan pertandingan mencipta logo Sambutan Ulangtahun Ke-60 Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia. Pertandingan ini bertujuan untuk mencipta logo yang akan menjadi citra utama Sambutan Ulangtahun Ke-60 Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia yang akan disambut pada tahun 2017.
Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA PELAJAR MALAYSIA YANG MENUNTUT DI INDONESIA.
Silakan muat turun dokumen di bawah untuk rujukan TERMA & SYARAT PERTANDINGAN beserta BORANG PENYERTAAN.
Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada hari RABU, 8 FEBRUARI 2017. Pemenang Utama akan menerima hadiah sejumlah Rp1,000,000 (Satu Juta Rupiah Sahaja) beserta Sijil Penghargaan.
Ayuh tunjukkan bakat anda!