08/12/2017
๐ณ MAJLIS HI-TEA FUNDRAISING ๐
KOMPLEKS AKADEMI AL AMIN
SEKOLAH ISLAM - RENDAH & MENENGAH
MAKLUMAT TERKINI
*************************
Majlis ini ditanguhkan ke awal tahun 2018
memandangkan ramai yang bercuti pada penghujung tahun ini.
Tarikh dan lokasi terkini akan di wara2kan apabila ianya telah di tetapkan.
**************************************************************************************
Program Hi-Tea ini adalah salah satu usaha pengumpulan dana, majlis penghargaan penyumbang dan melancarkan plan pembangunan kompleks Akademi Al Amin.
OBJEKTIF
1.Mengumpul sumbangan untuk tabung Dana
2.Melancarkan & mewara-warakan plan pembagunan Kompleks Akademi Al Amin Bukit Quarza yang terkini
3.Mengeratkan serta meningkatkan hubungan antara JK Dana dan penyumbang/panaja.
4.Mendapatkan maklumbalas dan cadangan untuk penambahbaikan kepada usaha โFundraising'/ pembangunan dana untuk pembangunan Kompleks Akademi Al Amin.
ATURCARA MAJLIS
2.00pm Ketibaan
2.15pm Bacaan Doa
2.30pm Ucapan Alu-aluan
2.50pm Ucapan VIP & Pelancaran Plan Pembangunan
3.30pm Penyampaian Cenderahati Penghargaan kepada Penyumbang/Penaja
3.00pm Jamuan Makan
3.45pm Acara Ramah Mesra & Santai & Acara Istimewa
5.00pm Penutup
* [+] Acara Istimewa Perkongsian Pengalaman
26 jam hanyut di Laut China Selatan, kisah inspirasi dan kesyukuran
Oleh: En. Suhaimi b. Muhammad, bapa pelajar SRIAAWP & SMUAAUK
TIKET MEJA/KERUSI:
1 Meja ( 10 kerusi): RM 950
1 Kerusi : RM 100
PENGENALAN AKADEMI AL AMIN
Akademi Al-Amin Sdn Bhd (AAA) ditubuhkan pada 12 Oktober 2011 bagi mengendalikan rangkaian Sekolah Islam Al Amin di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kini tiga buah institusi sekolah telah beroperasi iaitu
* Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP),
* Sek Men Usahawan Al Amin Ulu Klang (SMUAAUK) dan
* Al-Amin Early Childhood Centre (AAECC).
AAA adalah sebuah syarikat ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Al Amin Berhad (PPAA). PPAA telah beroperasi lebih 30 tahun dan telah berjaya membangunkan institusi pendidikan Islam swasta di bawah rangakaian Pendidikan Al Amin.
JK DANA AKADEMI AL AMIN
Jawatankuasa Dana Akademi Al Amin telah di tubuhkan bagi menggerakkan pengumpulan dana untuk pembangunan dan pembinaan Kompleks kekal Akademi Al-Amin. Pembinaan Kompleks Kekal ini bertujuan menaiktaraf struktur pembangunan SRIAAWP, SMUAAUK & AAECC yang kini menyewa bangunan di Dataran Wangsa Melawati dan bangunan di Taman Melawati. Pembinaan ini bakal memberi impak yang besar buat warga sekolah bagi mengendalikan operasi persekolahan dengan lebih sistematik dan efektif.
Untuk pembelian meja/kerusi, sila hubungi:
๐ Talian Hotline (Tel/WA):
03-4142-0607 / 012-227-2961 ( Cik Dana)