Ibu bapa yang dihormati,
Assalamualaikum................
Jutaan terima kasih atas minat tuan/puan memilih Tadika Cilik Ilmuwan untuk pembelajaran dan perkembangan anak-anak anda semua. Untuk makluman tuan/puan Tadika Cilik Ilmuwan ialah sebuah tadika yang menggunakan sistem FONETIK dan sistem BACALAH ANAKKU serta READ EASY yang terbukti berkesan untuk membantu anak-anak membaca dengan lancar. Tad
ika Cilik Ilmuwan juga melengkapkan kanak-kanak dengan pengalaman kehidupan harian yang selaras dengan tahap perkembangan mereka, membekalkan asas persediaan untuk menjalani pendidikan formal kelak dan di samping mengekalkan keseronokan anak-anak bermain, berkawan dan menghabiskan masa alam kanak-kanaknya dalam suasana belajar yang menyeronokkan. Namun demikian Tadika Cilik Ilmuwan juga tidak lupa untuk menerapkan nilai-nilai murni dan menekankan amalan praktikal solat, bacaan doa, bacaan Quran serta akidah Islam yang sesuai dengan tahap mereka. Kami juga ingin memaklumkan bahawa guru-guru di sini adalah terlatih dan mempunyai pengalaman dalam mendidik kanak-kanak, Kami percaya dengan latihan dan pengalaman yang telah ada dapat merealisasikan konsep pendidikan Tadika Cilik Ilmuwan. Akhir kata, Tadika Cilik Ilmuwan mengalu-alukan kemasukan anak-anak tuan/puan ke Tadika Cilik Ilmuwan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih Tadika Cilik Ilmuwan.