Biro Dakwah & Kaunseling MAMKA

  • Home
  • Biro Dakwah & Kaunseling MAMKA

Biro Dakwah & Kaunseling MAMKA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Biro Dakwah & Kaunseling MAMKA, Education, Jalan Masjid, .

04/02/2026
04/02/2026
Kuliah MuslimatTarikh 17/1/26Penceramah: Daie HakimTajuk : Sambungan Surah Al A'la Surah Al-A‘la (87): 7–11﴿٧﴾ إِلَّا مَ...
27/01/2026

Kuliah Muslimat
Tarikh 17/1/26
Penceramah: Daie Hakim
Tajuk : Sambungan Surah Al A'la

Surah Al-A‘la (87): 7–11
﴿٧﴾ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ
Kecuali allah Menghendaki
إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ
Allah menegaskan bahwa segala sesuatu terjadi atas kehendak-Nya. Dia mengetahui yang tampak maupun yang tersembunyi. Ini menekankan ilmu dan kekuasaan Allah yang sempurna.
﴿٨﴾ وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ
Allah menjamin akan memudahkan jalan Nabi ﷺ dalam menyampaikan ajaran. Ini menunjukkan bahwa Islam adalah agama yang membawa kemudahan, bukan kesulitan.
Allah sentiasa permudahkan kepada Nabi Muhammmad dalam setiap perkara dalam agama
Beza amalan yang diterima dengan amalan Mumtaz
﴿٩﴾ فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ
Nabi diperintahkan untuk terus memberi peringatan, selama peringatan itu bermanfaat.
Tugas menyampaikan tetap dijalankan, hasilnya diserahkan kepada Allah.

﴿١٠﴾ سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ
Orang yang takut kepada Allah dan memiliki hati yang sadar akan menerima peringatan dan mengambil pelajaran darinya.
Hidupkan budaya tegur menegur saling menasihati
3 Pancaindera yang Allah berikan : Melihat, Mendengar dan Berfikir

﴿١١﴾ وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَىٰ
Sebaliknya, orang yang paling celaka—keras hati dan menolak kebenaran—akan menjauhi peringatan tersebut.
Allah memaksa kaum muslimin datang ke masjid untuk mendengar nasihat/ taklim dalam solat Jumaat

Anjuran Biro Muslimat 2026-2030

SolluAlanNabi Muhammad💕Tarikh : 31 JANUARI 2026Hari : SABTUMasa : 8.30 pgLokasi : Dewan Masjid Al Makmuriah kg Sg Kayu A...
24/01/2026

SolluAlanNabi Muhammad💕

Tarikh : 31 JANUARI 2026
Hari : SABTU
Masa : 8.30 pg
Lokasi : Dewan Masjid Al Makmuriah kg Sg Kayu Ara
https://maps.app.goo.gl/nzTs8DS6A1THKv9U6

PENCERAMAH JEMPUTAN:
TUAN HAZLI BIN TUAN HASSAN
TAJUK: MENGURUS EMOSI SEJAHTERA DIRI
PROGRAM :PSIKOEMOSI DAN KESEJAHTERAAN DIRI

*Kepada yang berminat boleh berdaftar di QR Qode yang dipaparkan di poster.*

Tenang Emosi, Sejahtera Diri
Kadang-kadang kita kelihatan kuat di luar, namun sebenarnya keletihan emosi dipendam di dalam. Sehubungan itu Masjid Al Makmuriah Kayu Ara Damansara menjemput semua meluangkan masa untuk diri sendiri dengan menyertai Program Psikoemosi Kesejahteraan Diri, sebuah program yang bertujuan membantu peserta memahami serta mengurus emosi dengan lebih sejahtera dan berkesan.
Program ini akan disampaikan oleh Tuan Hazli bin Tuan Hassan, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang kesejahteraan emosi dan pembangunan diri.

Sasaran
▪️Student psikologi dan kaunseling,
▪️Ibu tunggal,
▪️anak kariah muslimin dan muslimat
▪️orang awam

Didoakan Program seumpama ini dapat membantu mereka diluar sana yang dalam kecelaruan dan keserabutan fikiran menghadapinya dengan jiwa yang tenang dan pemikiran yang cedas In Sya Allah

صلُّوا علَى النَّبِي محمد ﷺ
ﺍٓﻣﻴﻦ ﺍٓﻣﻴﻦ ﺍٓﻣﻴﻦ ﻳﺎﺭﺑّﺎﻟﻌٰﻠﻤﻴﻦ
Admin :
Biro Bimbingan Khidmat Nasihat Dan Motivasi 2026
*Sebarang pertanyaan sila hubungi*
*Pn. Nora 01110085354*

Jamuan akan disediakan kepada semua peserta.

20/01/2026

Alhamdulillah, bulan Ramadan yang penuh keberkatan bakal menjelang.

Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Ramadan adalah peluang terbaik untuk kita menambah amal dan merebut ganjaran besar daripada Allah SWT. Masjid Al Makmuriah Kayu Ara Damansara dengan penuh hormat mengajak Dato’, Datin, Tuan, Puan dan para dermawan untuk bersama-sama menyokong pelaksanaan program Ihya’ Ramadan melalui tajaan dan sumbangan.

Pilihan Tajaan:
1. Iftar
• 1 hari @ 25 slot : RM2,500
• 1 slot : RM100
2. Bubur Lambuk
• 1 hari @ 25 slot : RM1,300
• 1 slot : RM52
3. Sahur 10 Malam Terakhir
• 1 hari @ 25 slot : RM1,000
• 1 slot : RM40

Setiap infaq yang disalurkan bukan sahaja membantu kelancaran program, malah menjadi amalan jariah yang berpanjangan pahalanya serta bekalan terbaik untuk akhirat insya-Allah.

Anda boleh sertai infaq melalui Google Form dengan menekan pautan di bawah atau dapatkan borang di beranda masjid.

https://forms.gle/bznWsVZy7YwAPLsj8

Sebarang pertanyaan:
011-5757 6719 (Pejabat Masjid)
019-391 1129 (Ustaz Yusrizal)
013-634 9993 (En. Jawakher)

18/01/2026

CERAMAH ISRAK MIKRAJ 2026
Hayati kembali perjalanan agung Rasulullah ﷺ dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha, sebuah kisah yang sarat dengan hikmah, ujian dan keteguhan iman.
Tajuk: Dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha: Hikmah Perjalanan Rasulullah ﷺ
Penceramah: Imam Muda Aran
Tarikh: 23 Januari 2026 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Lokasi: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Makmuriah
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi menambah kefahaman serta kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.
Siaran langsung turut disediakan melalui Facebook Masjid Al-Makmuriah Kayu Ara Damansara.

Address

Jalan Masjid

47400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Dakwah & Kaunseling MAMKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share