Taska Rofa Nuruddin

Taska Rofa Nuruddin

Share

Disini lahirnya anak-anak pintar quran

Photos 06/07/2019

✨PLAYING LEARNING SMART ⚽📚🎓🤩 AT TASKA DIRUMAH ROFA NURUDDIN✨

👶BABY (3M - 12 M)
🧒TODDLER (1-2 Years)
👧PLAYSCHOOL (3-4 Years)
🧑TRANSIT SEKOLAH (5-12 Years)

Waktu beroperasi :
Ahad - Khamis = 7pagi - 6 petang

Kelebihan :
✔ Memiliki KAP *kursus asuhan permata 2015*
✔ Bekas *pendidik guru pintar quran di tadika yayasan islam*
✔ Memiliki *kursus lead4 teacher*
✔ Memiliki *kursus bengkel tugas pengasuh dan urutan bayi*

menyediakan perkhidmatan :
❤ jagaan harian & bulanan
❤ ready easy
❤ bacalah anakku
❤ Transit sek rendah
❤ Transit tadika
❤ Aktiviti modul permata
❤ Membuka kelas Al quran (membaca iqra' , membaca al-quran , menghafaz al-quran)

🔥 Lokasi di KAMPUNG BATU 4 DALAM BINJAI , berdekatan kolej vokasional kemaman 🔥

Jom daftar sebelum tempat penuh 😍 tempat adalah terhad

Tekan link http://www.wasap.my/60183274482/AssalamualaikumNakDaftarAnak

15/05/2019

Assalamualaikum , selamat bersahur 😊
-------------------------------------------------------------
Sahur Itu Barakah

Dari Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur."

(HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan

Photos from Taska Rofa Nuruddin's post 01/05/2019

Anak anda patut diberi peluang untuk bermain, meneroka dan belajar tentang sekeliling. Tapi, bagaimana nak wujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka?

Ibu bapa perlu biar anak bermain dan meneroka persekitaran.. Bayi dan kanak-kanak belajar melalui interaksi. Sebaik sahaja lahir, otak bayi sudah mula menyerap infomasi tentang persekitarannya melalui pengalaman harian.

Setiap pengalaman, sama ada bermain ba-cak dengan ibu bapa, atau rasa buah-buahan baru, semuanya akan merangsang neuron atau sel-sel otak anak.

Selain itu, mereka juga akan memahami dunia kita dengan lebih baik setiap kali pengalamannya berulang.

Tetapi inilah cabarannya.
Bagaimanakah ibu bapa boleh memastikan keselamatan kanak-kanak bermain sambil memberi mereka kebebasan untuk meneroka?

Jawapannya ialah dengan membiarkan kanak-kanak bermain dan meneroka dalam persekitaran yang sengaja dicipta.

Ini bukan hanya memberi mereka kebebasan untuk memilih apa yang mereka minat, malah ia juga mewujudkan rasa ingin tahu dan menggalakkan mereka untuk meneroka dalam persekitaran yang selamat.

1. Kanak-kanak bermain untuk menggalakkan:
Rangsangan otak
Pembangunan kognitif awal
Kemahiran untuk menyelesaikan masalah
Harga diri yang baik
Keyakinan diri
Pemikiran kritikal, dan kepintaran

2. Bagaimana nak jaga keselamatan ketika kanak-kanak bermain?
Bagi bayi yang belum pandai merangkak, kawasan tikar kanak-kanak yang kecil sudah cukup untuk mereka bermain.
Ibu bapa boleh meniarapkan anak dan meletakkan beberapa mainan berdekatan dengannya.

Sumber: The New Age Parents

Jom daftarkan anak anda ke Taska Dirumah Rofa Nuruddin pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik disediakan utk anak² 😊



Photos from Taska Rofa Nuruddin's post 01/05/2019

[IBU BAPA WAJIB TAHU: Mengapa kanak2 perlu belajar sambil bermain?]

Semua kanak2 yg normal s**a bermain. Kanak2 perlu diberi peluang utk bermain. Bermain adalah penting bagi kanak2 kerana ia memberi sumbangan kpd perkembangan kanak2 dr segi aspek fizikal, akal, bahasa, emosi n sosial. Bermain merupakan peluang utk kanak2 belajar.

perkembangan fizikal yg berlaku ialah , kanak2 mengimbangi badan , menguatkan otot2 motor kasar n motor halus, kordinasi mata dan anggota badan lain.

perkembangan akal p**a, mereka dapat memberi tumpuan kpd permainan, memahami cara n peraturan permainan n menyedari fungsi soalan n jawapan . Mereka juga belajar mengira nombor n masa mengikut urutan n kenalpasti masa / jam yg mereka perlu berhati2 iaitu pukul duabelas. Sepanjang permaianan ini, kanak2 dlm keadaan alert utk menghadapi cabaran iaitu penyelesaian masaalah

perkembangan bahasa, kanak2 dapat menambah perbendeharaan kata. Mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap n bertanya soalan n menjangkakan (expect) jawapan utk soalan yg ditanya.

Emosi kanak2 akan menjadi stabil dgn perasaan gembira, puas hati dan seronok.

Kemahiran bersosial akan meningkat semasa bermain dgn rakan2. Kanak2 dapat belajar mengikut peraturan permainan, s**a kpd pergaulan , membina yakin diri, bertolak ansur dgn rakan , membentuk harga diri yg tinggi n menyesuaikan diri utk bekerjasama dgn rakan2.

Ini adalah sedikit Tips, bagaimana pendekatan, kami mmbawa anak² bermain sambil belajar

Hantar anak anda utk merasakan pengalaman bermakna dalam semua bidang aspek perkembangan 😊👶👧👦🎒📝💪💕

"Dan disini lahirnya kanak² pintar quran 📖"

Jom daftar sebelum tempat penuh 😍
Tempat adalah terhad ☺

Tekan link di bawah 👇🏿👇🏿
http://www.wasap.my/60183274482/Nakdaftaranak

30/04/2019

- Best places to " kiss " your baby -

Goodnight , Assalamualaikum 💕😊

Photos from Taska Rofa Nuruddin's post 30/04/2019

Berapa usia bayi anda ?
Adakah mereka berkembang mengikut usia mereka ?

Photos from Taska Rofa Nuruddin's post 30/04/2019

Pendaftaran Taska Dirumah Rofa Nuruddin , di Binjai kemaman (berdekatan kolej vokasional) masih dibuka🎊🎉

Kami menyediakan perkhidmatan :

❤ jagaan harian & bulanan
❤ 3bulan- 4tahun
❤ bacaan iqra'
❤ amali solat
❤ ready easy
❤ bacalah anakku

Kelebihan

✔ Memiliki KAP (kursus asuhan permata 2015)
✔ Memiliki pengalaman lebih 4tahun dalam bidang asuhan & pendidikan awal kanak-kanak*
✔ Bekas pendidik guru pintar quran di tadika yayasan islam
✔ Memiliki kursus lead4 teacher
✔ Memiliki kursus bengkel tugas pengasuh dan urutan bayi

✔ Membuka kelas Al quran (membaca iqra' , membaca alquran , menghafaz al quran)
✔ Transit sekolah rendah
✔ Transit tadika
✔ Aktiviti modul permata

ILMU ADALAH CAHAYA KEHIDUPAN
(ALQURAN & ASSUNNAH☝🏻)

"Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman bermakna dalam semua bidang perkembangan fizikal , intelek , bahasa , awal matematik , sosioemosi , moral dan kreativiti "

Jom daftar sebelum tempat penuh 😍
Tempat adalah terhad ☺

Tekan link di bawah 👇🏿👇🏿
http://www.wasap.my/60183274482/Nakdaftaranak

Photos from Taska Rofa Nuruddin's post 30/04/2019

Kanak-kanak di taska bermain sambil belajar .
Aktiviti yang disediakan mestilah bantu merangsang kemahiran motor kasar & motor halus kanak-kanak .

Memberi peluang kepada kanak kanak untuk menimba pengalaman yang bermakna dalam semua bidang perkembangan fizikal , intelek , bahasa , sosioemosi , deria , moral , awal matematik , kreativiti .

Jom daftar sebelum tempat penuh 😍
Tempat adalah terhad ☺

Tekan link di bawah 👇🏿👇🏿
http://www.wasap.my/60183274482/Nakdaftaranak

Photos 29/04/2019

[JANGAN DIBUNUH JIWA ANAK-ANAK]


Pada setiap kali hari laporan murid di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia, seringkali banyak drama yang berlaku. Kebanyakan guru-guru mengambil peluang untuk melepaskan geram terhadap murid kepada ibubapa. Bagi anak-anak murid yang cemerlang dan baik, mereka beruntung, bergunung pujian diberikan. Nasib tidak seperti itu bagi murid-murid di kelas corot ataupun mereka yang hyper aktif atau di dalam bahasa lainnya, yang nakal.


Saya masih lagi teringat peristiwa hampir 27 tahun yang lalu apabila ibu saudara saya yang membela saya menghadiri hari laporan di sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (English College) sebagai penjaga saya. Di hadapan saya, guru kelas mengatakan, “Maszlee ni memang pandai, tetapi dia nakal, banyak cakap dan berjiwa rebelious…”. Bukan sekadar itu sahaja, disebutkan juga kelemahan saya di dalam matematik, Geografi dan kegemaran saya hanya untuk melukis walaupun ketika guru sedang mengajar.


Apa yang menimpa saya itu jugalah selalu menimpa murid-murid lain di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia. “Anak anda malas, anak encik s**a buat bising, anak puan malas membaca, anak pakcik lemah matematik, anak makcik tak membuat kerja rumah…” dan seribu satu lagi komen negatif kehadapan ibubapa atau penjaga di hadapan anak-anak mereka. Ibubapa Melayu p**ak s**a bersikap dramatik dan emosional. Bukan hendak mencermin diri, malah meletakkan segala kesalahan ke atas anak-anak. Maka berlakulah babak-babak drama swasta di hari laporan. Ada yang berjujuran air mata, “Sampai hati kau buat mak macam ini, mak habiskan duit untuk kau belajar….tapi kau jadi syaitan…”, “Hah dengar tu kata cikgu!”, “Kau memang degil, tak dengar cakap mak!” dan bermacam lagi gaya yang sebenarnya hanya helah bela diri tidak mahu menyalahkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan kepada orang lain.


Jika para bapa p**a, ada yang terlebih emosi dan menunjukkan egonya dengan memukul anaknya di hadapn guru yang melaporkan hanya kerana mendapat E ataupun kerana anaknya dikenakan tindakan disiplin di atas kesalahan yang dilakukan berdasarkan laporan-laporan negatif sang guru. Pada waktu itu cikgu menarik nafas lega, ibu bapa dapat melepaskan amarah…dan anak-anak tersiksa tanpa mendapatkan sebarang panduan apakah yang patut dilakukan untuk melalui hari-hari ke depan! Apa yang pasti, tertanam di dalam jiwa mereka, bahawa mereka adalah makhluk yang tidak berguna dan tiada secebis kebaikan mahupun harapan untuk mereka menjadi lebih baik…


Hal seumpama ini merupakan satu jenayah dan antara dosa besar untuk dilakukan di negara-negara maju. Adalah tidak berintegriti bagi seorang guru untuk memberikan komen negatif anak-anak kepada ibubapa mereka dengan kehadiran anak-anak itu. Menjadi satu sikap tidak bertanggungjawab juga untuk ibubapa memarahi apatah lagi memukul anak-anak di hadapan guru. Bagi mereka, itu merupakan sikap tidak bertamadun dan jauh sekali menyelesaikan masalah. Komen negatif guru di hadapan murid dan ibubapa hanya akan menyebabkan murid-murid hilang keyakinan diri, hilang punca dan tidak akan dapat menghargai dirinya sendiri. Sikap tersebut juga menunjukkan kegagalan guru untuk mendidik dan melihat bakat atau kebaikan dan sudut positif di dalam jiwa murid-murid. Seolah-olah pandangan mata mereka hanya kepada perkara-perkara negatif semata-mata. Ini bukannya sikap masyarakat yang maju dan masyarakat yang menang. Ini merupakan sikap orang kalah dan jiwanya lemah. Hanya kelemahan, kesalahan dan juga sudut negatif sahaja yang mereka nampak.


Di negara-negara maju, mentaliti kelas pertama mengajarkan para guru untuk bertanggungjawab untuk mencungkil kehebatan terpendam anak-anak murid. Guru juga berperanan untuk memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak mereka istimewa, dan mereka juga hebat. Maka, kerana mereka hebat dan anak-anak mereka itu istimewa, mereka perlu menggandakan usaha untuk memperbaiki satu dua kelemahan di dalam diri anak-anak mereka. Pokok pangkalnya, mereka mampu dan anak-anak mereka mampu untuk menjadi orang hebat. Tiada anak-anak murid yang tidak hebat pada mata guru-guru di engara-negara maju. Tiada ibubapa yang gagal pada mulut guru-guru negara maju. Maka, anak-anak murid, lemah manapun akademik mereka, nakal mana pun mereka, mereka akan diberikan harapan dan diberikan kepercayaan bahawa mereka istimewa di mata guru dan ibubapa.


Saya teringat lagi pertama kali menghadiri hari laporan murid di UK. Buku rekod murid tidak dihiasi dengan keputusan peperiksaan, kerana tiada peperiksaan untuk murid-murid sekolah rendah kecuali peperiksaan SAT di penghujung darjah enam sahaja. Keduanya, perkataan pertama yang diungkapkan oleh para guru kepada para penjaga ialah, “You son is such an excellent student”, atau “Your daughter is undoubtedly outstanding”, dan juga kadangkala, “Your child is a very hardworking student”…seterusnya guru akan menceritakan segala yang positif mengenai anak-anak walaupun anak-anak tersebut mempunyai 1001 masalah. Apabila sampai kepada kelemahan murid p**a, para guru tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa ‘Anak kamu lemah dalam…”, atau “anak kamu malas…”, sebaliknya para guru akan mengatakan, “Pada agakan saya, anak anda akan menjadi cemerlang di dalam pelajaran sekian jika…”, ataupun “Anak anda ada potensi untuk menjadi pakar matematik jika dia berikan tumpuan yang lebih untuk menghafal sifir…”, dan lain-lain kritikan konstruktif tanpa merendahkan para pelajar. Apa yang lebih utama, semua laporan itu tidak dilakukan di hadapan para pelajar. Ianya dianggap sebagai tidak membantu para pelajar itu sendiri…


Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan guru-guru kita sepenuhnya. Para guru dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak masuk akal. Guru-guru tidak diberikan ruang rehat yang secukupnya di sekolah. Waktu mengajar mereka terlalu beban apatah lagi ditambah dengan 1001 kerja-kerja pejabat yang hanya dilakukan untuk menaikkan nama pengetua dan menteri pelajaran. Guru-guru di Malaysia hanya dijadikan alat untuk menghasilkan murid-murid yang cemerlang di dalam menjawab periksa untuk mendapatkan sebanyak mungkin A di dalam peperiksaan mereka, hatta semenjak anak-anak berada di dalam darjah satu lagi!


Maka, jika di peringkat pembentukan awal syakhsiyah anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah lagi anak-anak sudah tidak dibina self-esteem mereka, maka apabila mereka memasuki dunia kampus, mereka hanya akan menjadi pelajar-pelajar yang average ataupun pelajar-pelajar yang pasif. Di tambah p**a dengan kekangan yang pelbagai di dalam menganjurkan program-program yang membina minda dan membuka ufuk pemikiran…sistem pendidikan kita hanya melahirkan siswa dan siswi yang menjadi robot untuk pasaran pekerjaan. Jarang di dapati siswa-siswi yang berfikiran kritis, analitikal dan juga inovatif. Jika adapun, hanya seorang dua, dan amat sedikit jumlah mereka.


Sesuatu perlu dilakukan untuk merubah minda dan jiwa masyarakat kita untuk benar-benar menjadi masyarakat berminda kelas dunia. Ia harus bermula dari peringkat sekolah lagi. Ia perlu dilakukan sedari rumah lagi. Ia perlu disemaikan terlebih dahulu di dalam jiwa guru-guru yang mendidik di dalam bilik darjah dan juga ibubapa yang mencorakkan pemikiran dan minda anak-anak di rumah…


“Your worth consists in what you are and not in what you have.” Thomas A. Edison
-Petikan dari Dr Mazlee

Want your school to be the top-listed School/college in Binjai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Lot 3815 B Kampung Batu 4 , Dalam Binjai
Binjai
24000