Maruan Mohd Yusoff Atase Pendidikan Kelantan Timur Tengah

  • Home
  • Maruan Mohd Yusoff Atase Pendidikan Kelantan Timur Tengah

Maruan Mohd Yusoff Atase Pendidikan Kelantan Timur Tengah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maruan Mohd Yusoff Atase Pendidikan Kelantan Timur Tengah, Education Website, .

03/04/2026
01/04/2026

Seramai enam pelajar dari Maahad Sains Tok Guru (MSTG), Pengkalan Chepa mencatat pencapaian cemerlang apabila meraih keputusan 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, sekali gus menyerlah dalam senarai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Keenam-enam pelajar tersebut merupakan sebahagian daripada sembilan pelajar terbaik YIK yang memperoleh semua 12A dalam setiap mata pelajaran.

Mereka ialah Arshad bin Rushdan, Faris Sufi bin Saidi, Irfan Zuhdi bin Noor Hisham, Mohamad Anas bin Che Mohamed Daud, Muhammad Adli bin Mohd Khairul Bahri dan Wan Afiq Darwisy bin Wan Shahrabudin.

Daripada senarai tersebut, Muhammad Adli bin Mohd Khairul Bahri muncul sebagai pelajar terbaik keseluruhan apabila bukan sahaja memperoleh 12A, malah mencatatkan 10A+.

Berdasarkan analisis keputusan SPM 2025, MSTG merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.69, dengan taburan pencapaian seperti berikut:

12A: 6 pelajar
11A: 5 pelajar
10A: 6 pelajar
9A: 10 pelajar
8A: 5 pelajar
7A: 11 pelajar
6A: 13 pelajar

Pencapaian ini mencerminkan konsistensi kecemerlangan akademik MSTG dalam melahirkan pelajar berprestasi tinggi di bawah sistem pendidikan YIK.

Warga MSTG turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2025, dengan harapan kejayaan tersebut diberkati serta menjadi pemangkin kecemerlangan berterusan pada masa hadapan.

Sementara itu, tiga lagi pelajar yang turut meraih keputusan 12A ialah Farah Zulaikha binti Mohd Faiz Faizul, Wan Aisyah Humaira' binti Wan Faisal dan Wan Nur Qarirah binti Wan Ahmad Yusri dari Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.

01/04/2026

يأسى #الأزهر الشريف، ويعرب عن استيائه الشديد من انهيار منظومة القانون الدولي، وعجزها عن التصدي لإقدام الاحتلال الصهيوني على إقرار مشروع قانون لتنفيذ عقوبة الإعدام بحق الأسرى والمعتقلين الفلسطينيين، ويدعو المجتمع الدولي، ومنظمات حقوق الإنسان، إلى تحمُّل مسؤولياتهم الأخلاقية والقانونية تجاه هذه الإجراءات التي تضرب بالقانون الدولي والأعراف الدولية عرض الحائط، ويهيب بهذه المؤسسات أن تسارع، وعلى الفور، بوقف هذه الإجراءات، ومحاسبة مرتكبيها، وإنقاذ الأرواح البريئة من هذا المصير الجائر.

29/03/2026

PERINGATAN KEPADA SEMUA MAHASISWA MAHASISWI MALAYSIA TENTANG PERATURAN PENUTUPAN KEDAI TEPAT JAM 9.00 MALAM HINGGA JAM 9.00 PAGI DI MESIR

Penutupan kedai bermula secara rasmi…
Profesor undang-undang: denda bagi yang melanggar boleh mencecah 50 ribu pound.

Sebagai sebahagian pelan negara untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan mengurangkan tekanan ke atas sumber tenaga, pelaksanaan keputusan penutupan kedai lebih awal bermula hari ini, Sabtu. Kerajaan menyasarkan pengurangan penggunaan semasa waktu puncak demi menstabilkan rangkaian elektrik dan memastikan perkhidmatan terus berjalan.

*Butiran waktu tutup kedai*
Keputusan penutupan kedai mula dikuatkuasakan sebentar tadi: tutup pada pukul 9 malam hingga 9 pagi setiap hari bekerja, dan dilanjutkan sehingga 10 malam pada hari Khamis dan Jumaat. Langkah ini berkuat kuasa selama sebulan sebagai prosedur sementara.

Denda boleh mencecah 50 ribu pound serta penutupan pentadbiran

Hukuman mungkin termasuk penutupan kedai secara pentadbiran atau penarikan lesen jika kesalahan diulang, dengan denda antara 20 ribu hingga 50 ribu pound bagi pengoperasian kedai tanpa lesen, serta kemungkinan hukuman penjara 6 bulan hingga setahun jika kesalahan berulang.

*Peningkatan pengawasan untuk pematuhan*

Ditekankan bahawa keputusan penutupan kedai dilaksanakan serius oleh Kementerian Pembangunan Tempatan, dengan operasi pemeriksaan dipertingkatkan bagi membanteras pelanggaran, bagi memastikan disiplin pasaran dan menyokong pelan negara menjimatkan tenaga.
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir - KPKM Menteri Besar Kelantan Yayasan Islam Kelantan Yayasan Kelantan Darulnaim

19/03/2026

🌺SALAM AIDILFITRI DARI MESIR🌺

ALHAMDULILLAH
DARUL IFTA’ AL-MASRIAH telah mengumumkan sebentar tadi bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 H ditetapkan pada Jumaat 20 Mac 2026

Untuk semua ahli keluarga, sanak-saudara, rakan taulan, sahabat handai, muslimin muslimat dan khususnya anak-anak perantauan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ; SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
من العائدين والفا ئذين
كل عام وأنتم بخير
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
“KETERANGKUMAN DAN KEBERSAMAAN ASAS KEKUATAN”




RABU 25 FEBUARI 2026Alhamdulillah saya telah membuat kunjung hormat ke atas YBhg. Dato' Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Me...
27/02/2026

RABU 25 FEBUARI 2026
Alhamdulillah saya telah membuat kunjung hormat ke atas YBhg. Dato' Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), turut serta dalam kunjungan hormat ini Mantan Pegawai Atase Pendidikan Kelantan Ustaz Che Khairul Afendi dan Penolong Pegawai Ustaz Nawi Saleh dan Ustaz Lukman. Semoga segala bentuk perancangan demi kebajikan para mahasiswa Kelantan dipermudahkan oleh Allah swt dengan kerjasama yang terjalin ini .

ISNIN 22 FEBUARI 2026Alhamdulillah saya telah hadir ke satu pertemuan ramah-mesra dengan TYT Duta Malaysia ke Mesir, Dat...
24/02/2026

ISNIN 22 FEBUARI 2026
Alhamdulillah saya telah hadir ke satu pertemuan ramah-mesra dengan TYT Duta Malaysia ke Mesir, Dato’ Mohd Tarid Sufian di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaheran, Maady City, Cairo. Turut serta dalam pertemuan ini Mantan Pegawai Kebajikan Kelantan Timur Tengah Ustaz Che Khairul Afendi dan Penolong Pegawai Ustaz Nawi Saleh.

Moga Allah swt memberkati ukhuwwah yang terjalin dari pertemuan ini dan memudahkan semua urusan kebajikan anak-anak Kelantan di sini.

Yayasan Amal MalaysiaSABTU 21 FEBUARI 2026Alhamdulillah saya menerima kunjungan dari NGO Yayasan Amal ke Wisma Tengku Ma...
24/02/2026

Yayasan Amal Malaysia
SABTU 21 FEBUARI 2026
Alhamdulillah saya menerima kunjungan dari NGO Yayasan Amal ke Wisma Tengku Mahkota, Nasr City. Rombongan seramai 8 orang ini diketuai oleh En. Norazman Ishak, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia dalam misi menyampaikan bantuan ke GAZA melalui jalan darat Port Ismailiah - Sempadan Rafah. Juga menyampaikan bantuan kepada pelarian warga Palestin di Kaherah, Mesir. Turut serta dalam rombongan kali ini Sdr. Nazman Che Ibrahim, Ustazah Norhaiti Ibrahim dan lain-lain.

Semoga dengan kunjungan ke Wisma Tengku Mahkota ini mampu menyuntik semangat baru kepada kami supaya terus menuntut ilmu dan berkhidmat untuk ummah.

“KETERANGKUMAN DAN KEBERSAMAAN ASAS KEKUATAN”

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maruan Mohd Yusoff Atase Pendidikan Kelantan Timur Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share