SK Tambun Tulang

SK Tambun Tulang Laman Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang.

🏆 TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG MURID PRASEKOLAH! ⚽🏐Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid prasekolah atas ...
17/08/2026

🏆 TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG MURID PRASEKOLAH! ⚽🏐

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid prasekolah atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Pertandingan Futsal serta penyertaan dalam Pertandingan Bola Jaring sempena Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 pada 25 Julai 2026.

Tahniah dan syabas atas semangat juang, keberanian, kerjasama serta kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan semua pihak yang telah membimbing, melatih serta memberikan sokongan kepada anak-anak sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Teruskan berusaha, teruskan melakar kejayaan!

Setiap penyertaan adalah pengalaman, setiap kejayaan adalah kebanggaan!


Program Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Tambun Tulang anjura...
14/08/2026

Program Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Tambun Tulang anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Tarikh: 14 Ogos 2026
Hari: Jumaat
Masa: 7.40-8.40 pagi
Tempat: Dewan Besar SK Tambun Tulang.

Tentatif program:
- Solat Sunat Hajat
-Solat Sunat Dhuha
- Tazkirah Kemerdekaan
- Doa Mohon Keselamatan Negara

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾SK Tambun Tulang hari ini telah melancarkan Sambutan ...
11/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

SK Tambun Tulang hari ini telah melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia 2026 dalam suasana penuh semangat patriotik dan meriah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perlis serta bacaan Ikrar Rukun Negara, diikuti ucapan dan amanat daripada pihak pentadbir sekolah.

Kemuncak majlis diserikan dengan gimik pelancaran, persembahan silat dan nyanyian lagu-lagu patriotik yang berjaya membangkitkan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Sambutan yang berlangsung dari 10 Ogos hingga 18 September 2026 ini bakal menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh panitia mata pelajaran secara bergilir.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk menyemai semangat patriotisme, perpaduan, rasa bangga sebagai rakyat Malaysia serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan generasi terdahulu.

Ayuh semarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!









PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2026Tahun 4 5 dan 6Tarikh: 4 Ogos 2026Mass: 2-5.30 petang
07/08/2026

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2026

Tahun 4 5 dan 6
Tarikh: 4 Ogos 2026
Mass: 2-5.30 petang

🦷 CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN SK TAMBUN TULANGSenyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang betul. Murid-murid ...
05/08/2026

🦷 CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN SK TAMBUN TULANG

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang betul. Murid-murid SK Tambun Tulang telah mengikuti Ceramah Kesihatan Pergigian yang disampaikan oleh Unit Kesihatan Pergigian Negeri Perlis.

Melalui ceramah ini, murid didedahkan kepada:
• Teknik memberus gigi yang betul.
• Kepentingan pemakanan sihat untuk gigi yang kuat.
• Cara mencegah masalah pergigian.
• Amalan penjagaan kesihatan mulut dalam kehidupan seharian.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan pergigian sejak usia muda, sekali gus membentuk amalan gaya hidup sihat yang berkekalan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit Kesihatan Pergigian Negeri Perlis atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Terima kasih juga kepada Kelab Doktor Muda SK Tambun Tulang serta semua warga sekolah yang telah menjayakan program ini.

Gigi sihat, senyum ceria, masa depan hebat. 🦷



Lawatan SK Tambun Tulang ke Karnival SUKSES KPM 2026 yang berlangsung pada 28/7/2026 bertempat di ILP Kangar Perlis.
29/07/2026

Lawatan SK Tambun Tulang ke Karnival SUKSES KPM 2026 yang berlangsung pada 28/7/2026 bertempat di ILP Kangar Perlis.

25/07/2026
🌟 KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK SK TAMBUN TULANG 2026 🌟📅 10 Julai 2026SK Tambun Tulang telah berjaya menganjurkan Kur...
19/07/2026

🌟 KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK SK TAMBUN TULANG 2026 🌟

📅 10 Julai 2026

SK Tambun Tulang telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik yang melibatkan barisan pemimpin murid sekolah seperti Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua Kelas, dan Penolong Ketua Kelas.

Program ini bertujuan untuk membentuk pemimpin yang berwibawa, berdisiplin, berintegriti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah serta keyakinan diri.

Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, para guru, fasilitator serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“Pemimpin Berwibawa, Murid Berkualiti, Sekolah Gemilang.” 💙




🌟 WARGA BARU SK TAMBUN TULANG 🌟Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang mengalu-alukan kehadiran Cikgu Muhammad Fi...
14/07/2026

🌟 WARGA BARU SK TAMBUN TULANG 🌟

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang mengalu-alukan kehadiran Cikgu Muhammad Firdaus bin Suid sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SK Tambun Tulang.

📅 Berkuat kuasa: 6 Julai 2026

Selamat menjalankan amanah dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Tambun Tulang.

Cikgu Muhammad Firdaus bin Suid!

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH! 🎉Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Yakult Malaysia atas sumbang...
06/07/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH! 🎉

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Yakult Malaysia atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan Program Yakult SK Tambun Tulang 2026.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan pencernaan, mengamalkan gaya hidup sihat serta membentuk tabiat pengambilan probiotik dalam kehidupan harian.

Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan melahirkan generasi yang lebih sihat, cerdas, aktif serta berdaya saing.

Terima kasih Yakult Malaysia! 💙💛

Adresse

Miel
02600

Benachrichtigungen

Lassen Sie sich von uns eine E-Mail senden und seien Sie der erste der Neuigkeiten und Aktionen von SK Tambun Tulang erfährt. Ihre E-Mail-Adresse wird nicht für andere Zwecke verwendet und Sie können sich jederzeit abmelden.

Verknüpfungen

Teilen

Kategorie