Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat

Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat, Religious school, Maahad Tahfiz Abu Bakar, D402 Jalan Ismail Petra 17500 Tanah Merah Kelantan, .

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat's post 30/04/2026

Gambar-gambar Majlis Syahadah Nur irdina Nadhirah Binti Muhammad Radhi

28/04/2026

✨ PERMATA AL - QURAN MEMBANGGA : INSPIRASI KEJAYAAN✨

Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Nur Irdina Nadhirah binti Muhammad Radhi atas kejayaan lulus Ujian Syahadah yang telah diadakan pada 25–26 April 2026.

Sesungguhnya, usaha tidak akan mengkhianati hasil. Segala keazaman dan kesungguhan yang dicurahkan akhirnya membuahkan kejayaan yang membanggakan. Bukan mudah untuk mencapai tahap ini tanpa kesungguhan yang tinggi serta pengorbanan air mata, tenaga, dan masa.

Semoga Irdina terus istiqamah dalam menghafaz Al-Quran dan sentiasa dipermudahkan urusan dalam menjaga hafalan.

Diharapkan juga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada sahabat-sahabat lain.

✨ Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang amat bermakna ini.

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat's post 23/04/2026

[Aktiviti Ko-kurikulum]

Latihan dalam kumpulan(LDK)

Photos from Maahad Tahfiz  Al-Quran Abu Bakar Kubang Gendang - MATAB's post 20/04/2026
19/04/2026

✨PERMATA HUFFAZ YANG MEMBANGGAKAN✨

Pihak tahfiz mengucapkan jutaan tahniah kepada saudari Siti Soffiyah binti Mohd Zainuri atas kejayaan memperoleh Johan (Kategori Hafazan dan Tarannum Juzuk 1–10) dalam pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah / 2026.

Sesungguhnya kejayaan ini amat membanggakan pihak sekolah. Diharapkan saudari Soffiyah terus istiqamah dalam menuntut Kalam Allah serta menjadi inspirasi kepada para huffaz di luar sana.

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan untuk terus mendalami ilmu hafazan dengan lebih cemerlang.

Sekali lagi, tahniah diucapkan!

19/04/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Johan Hafiz Dan Hafizah Kategori Hafazan 1-10 Juzuk Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M:

Johan Hafiz
Encik Muhammad Amnan bin Muhammad Sani - Selangor

Johan Hafizah
Puan Siti Sofiyyah binti Mohd Zainuri - Kelantan

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah dalam memelihara, menghayati dan menyebarluaskan kalam Allah SWT.

“Kalam Ilahi Tradisi Diwarisi”

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.




08/04/2026

[ JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MATAB 2026 ]

Assalamualaikum wbt.

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin menjemput kepada semua ibubapa pelajar MATAB KG , MATAB TM , MTBP TM dan MATASRI Salor untuk sama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada :

TARIKH : 18 April 2026
HARI : Sabtu
MASA : 1:30 Tengahari - 4:30 Petang
TEMPAT : Kompleks Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar

Justeru,ibubapa dialu-alukan untuk membawa potluck bagi memeriahkan lagi juadah raya yang akan dikongsikan kepada para pelajar. Bagi ibubapa pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri juga dialu-alukan untuk berkongsi sumbangan bagi juadah raya yang akan disediakan kepada para hadirin dan para pelajar.

Akhirnya, pihak MATAB sekali lagi mengalu-alukan kedatangan daripada pihak ibu bapa dan keluarga pelajar bagi menghangatkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Matab 2026 dengan tangan yang terbuka.

Siruu ala barakatillah.

Sekian terima kasih.

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat's post 01/04/2026

🌸 DARI HATI KE AL- QURAN : KEJAYAAN KHATAM HAFAL 30 JUZUK NUR HAFIZAH 🌸

Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada Nur Hafizah binti Zuraimi atas kejayaan menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran 📖✨.

Detik penuh kegembiraan dan kebahagiaan dirasai bersama keluarga yang hadir menyaksikan pencapaian ini ❤️.

Kejayaan ini adalah hasil daripada kesungguhan, disiplin, dan doa yang tidak putus-putus.💪

Semoga Nur Hafizah terus istiqamah dalam menjaga hafalan, beramal dengan Al-Quran, dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan serta ummah 🤲.

🌟 Tahniah atas pencapaian yang membanggakan!

24/02/2026

[ JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR PERDANA MATAB 2026 ]

Assalamualaikum wbt.

Dengan sukacita Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin menjemput semua ibubapa pelajar MATAB untuk sama-sama hadir ke Majlis Iftar Perdana 2026 sepertimana berikut :

- TARIKH : 7 MAC 2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447H
- HARI : Sabtu
- MASA : 5:30 Petang - 10:30 Malam

Diharapkan juga supaya ibubapa dapat hadir untuk Majlis Berbuka Puasa dan bersedia untuk solat terawih berjemaah di sekolah.

Justeru,semoga makluman Majlis Berbuka Puasa kali ini mendapat perhatian daripada ibubapa untuk sama-sama menghadirkan diri ke majlis yang berkah iaitu berbuka puasa dan solat berjemaah bersama dengan anak-anak pelajar.Semoga ikatan ukhwah sentiasa terjalin diantara pihak ibubapa,pihak sekolah dan para pelajar.

📝 *MAKLUMAN PENTING* :

1. Ibubapa digalakkan untuk membawa pakaian solat dan sejadah masing-masing.
2. ⁠Menu utama untuk berbuka disediakan oleh pihak sekolah justeru ibubapa digalakkan untuk membawa ‘potluck’ atau kuih muih sebagai menu sampingan untuk berbuka dan juadah moreh.
Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak. Siiruu ala barakatillah.

Photos from Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar -Lilbanat's post 10/02/2026

🌟 Kecemerlangan Pelajar dalam Tilawah & Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1447H / 2026M🌟

Majlis telah berlangsung pada Khamis, 17 Sya‘ban 1447H bersamaan 5 Februari 2026M
bertempat di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama dengan pencapaian membanggakan dalam pertandingan tersebut. Antara kejayaan yang diraih ialah:

🥇 Siti Soffiyah binti Mohd Zainuri – Johan Tahap 1 (1-10 juzuk & taranum)
🥈 Nursyahirah binti Ibrahim – Naib Johan Tahap 1 (1-10 juzuk & taranum)
🥈 Wiedaad binti Izzaddiin– Naib Johan Tahap 2 (1-20 juzuk)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, memperbaiki bacaan dan hafazan serta istiqamah bersama al-Quran.

Tahniah sekali lagi diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua pelajar. 🤲📖

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Website