10/06/2026
09 Jun 2026
Program Motivasi Sanah 8 yang bertemakan "Bersemangat, Jangan Putus Asa" telah diadakan di Auditorium 2 Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Pengisian utama program ini adalah penyampaian ceramah motivasi yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali Bin Hj Adam, Pegawai Pelajaran di Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan.
Program motivasi Sanah 8 ini bertujuan untuk menyuntik elemen motivasi, membina pemikiran positif dan menanam sifat tiodak mudah berputus asa.
Ceramah antara lain mengingatkan pelajar mengenai kepentingan untuk menitikberatkan pemikiran 'positive mindset' setiap kali menghadapi peperiksaan. Dengan doa dan amalan-amalan sunnah yang di ajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, pelajar juga di ingatkan agar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di sekolah agar dapat di praktikkan di kehidupan sehari-hari.
09/06/2026
08 Jun 2026M
EMPAT PELAJAR SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH WAKILI BRUNEI KE PERTANDINGAN BAHAS PIALA SYED ABDUL RAHMAN ALJUNIED DI SINGAPURA
Empat orang pelajar Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) bersama seorang guru pengiring telah berlepas ke Republik Singapura bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Pertandingan Bahas Piala Syed Abdul Rahman Aljunied (BPSARA) yang berlangsung dari 9 hingga 11 Jun 2026.
Hadir mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Ustaz Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, bersama pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua, guru-guru serta ahli keluarga pelajar.
Penyertaan ini merupakan platform bagi mengasah kemahiran berbahasa Arab, mengembangkan keupayaan berhujah dan meningkatkan keyakinan diri para pelajar. Selain itu, ia turut membuka peluang untuk menimba pengalaman antarabangsa serta mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam di persada serantau.
09/06/2026
30 Mei 2026
Pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1447H kepada peserta-peserta korban dan pelajar-pelajar SER Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
07/06/2026
6 Jun 2026
Unit Perkembangan Dan Kesejahteraan Staf - Guru & Kakitangan bahagian Komiti Sosial telah mengadakan Lawatan ke SMNF Payau Farm, Tutong.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai penjagaan dan pengurusan binatang ternakan serta mengeratkan silaturahim antara warga sekolah.
06/06/2026
Peperiksaan Lisan SPUB 2026.
04/06/2026
4 Jun 2026
Unit Perkembangan Dan Kesejahteraan Staf - Guru & Kakitangan bahagian Komiti Sosial telah mengadakan aktiviti Mengelupis di Teratak Setiawan, Kg Bolkiah A.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara mengelupis di samping mengeratkan silaturahim antara warga sekolah.
01/06/2026
KEJAYAAN SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH DALAM PERTANDINGAN KALAM JAMA’IE DAN VIDEO KREATIF BAGI SEKOLAH-SEKOLAH ARAB DAN UGAMA TAHUN 1447H/2026
Alhamdulillah, SASHHB sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Kalam Jama’ie dan juga Tempat Ketiga dalam Pertandingan Video Kreatif bagi Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama Tahun 1447H/2026.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sempena Program Keagamaan Senegara Bulan Mei 2026 anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop.
Bagi Pertandingan Kalam Jama’ie, seramai 11 orang pelajar telah mewakili SASHHB di bawah bimbingan guru-guru pembimbing sekolah.
Md. Zahran Fattah Arsyad Amali M. Noor – 5 Al-Aswad
Md. Sufi Harraz Salleh / Md. Hanizam – 5 Al-Aswad
Md. Zaim As-Syafi Haji Zulaminshah – 5 Al-Aswad
Md. Aisy Ukasyah Md. Ashviranni – 5 Al-Akhdar
Ahmad Azka Ahmad ‘Afif (Konduktor) – 5 Al-Azraq
Md. Hakeem Ihsanuddin Zulkifle – 5 Al-Azraq
Md. Faeq Izyan Md. Nurayup – 5 Al-Asfar
‘Abd. Khaleeq Rizq ‘Irfan Zoly Indra – 5 Al-Burtuqali
Md. Raziin Farzail – 5 Al-Burtuqali
Md. Arif Ibrahim Md. Abu Sufiyan – 5 Al-Burtuqali
Md. Adam Darwish Aussry – 5 Al-Burtuqali
Selain itu, SASHHB turut berjaya meraih Tempat Ketiga dan Ke-Empat dalam Pertandingan Video Kreatif menerusi penyertaan dua orang pelajar iaitu Md. Amjad Warid bin Md. Azizulfitri dari Sanah 8 As-Sahlab dan Md. Nasir Hanafi Abdullah dari sanah 6 An-Najm.
Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan kerjasama sepanjang persiapan pertandingan dijalankan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta kegiatan keagamaan pada masa akan datang, seterusnya mengharumkan nama SASHHB di peringkat yang lebih tinggi.
01/06/2026
Unit Perkembangan Dan Kesejahteraan Staf - Guru & Kakitangan bahagian Komiti Fizikal telah mengadakan aktiviti riadah di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Aktiviti riadah bagi guru lelaki adalah permainan Futsal manakala aktiviti riadah bagi guru perempuan adalah Zumba.
Antara objektif aktiviti riadah tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah serta menitikberatkan kepentingan aktiviti fisikal dan pergerakan badan.
01/06/2026
29 Mei 2026
Pasukan Kadet Polis Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah berjaya menamatkan Kursus Asas Kawad bagi Ahli Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan dan Pendidikam Swasta serta Institusi Pengajian Tinggi tahun 2026.
Kursus telah berlangsung pada setiap hari Jumaat bermula pada 1 Mei 2026 hingga 29 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Latihan Polis, Gadong.
Antara tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta menjadi pelatih bagi pelajar kadet dan pemimpin pasukan bagi guru-guru pengawas kadet di sekolah.
28/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H.