05/03/2013
~AKTIVITI AMAL BAGI TABUNG KEMANUSIAAN MANGSA KEBAKARAN KAMPONG SETIA A~
Jabatan Belia dan Sukan akan mengendalikan aktiviti amal bagi mengutip tabung kemanusiaan mangsa Kebakaran di Kampong Setia A yang terjadi pada 26 Januari 2013 lalu. Aktiviti amal ini adalah di atas kerjasama dengan Pejabat Daerah Brunei Muara, Jabatan Bandaran dan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Tujuan Aktiviti Amal ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bantuan kewangan bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kampong Setia A dan dapat memberikan kesedaran kepada rakyatdan penduduk di Negara Brunei Darussalam mengenai cara-cara pencegahan kebakaran serta dapat menanamkan sikap bantu-membantu di kalangan masyarakat di samping melakukan aktiviti riadah dan sihat.
Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah:
1. Aktiviti: Golf Amal
Tarikh: 1, 2, dan 3 Mac 2013
Jam & Tempat: Pantai Mentiri Golf Club
Borang / Tiket Penyertaan: $80.00 ahli / $100.00 bukan ahli
2. Ekspedisi Berbasikal (18.2KM) dan Larian Amal (5KM)
Tarikh: 9 Mac 2013
Jam & Tempat: Jam 8.00 malam. Tempat Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan
Borang / Tiket Penyertaan: $20.00 setiap kategori
Borang penyertaan boleh didapati di setiap cawangan Jabatan Belia dan Sukan atau boleh melayari laman http://belia-sukan.gov.bn/amal/KgSetia.htm
Pada 26 Januari yang lalu satu bencana kebakaran telah berlaku bertempat di Kampung Setia 'A', Kampung Air dan kebakaran berkenaan telah meranapkan 10 buah rumah yang melibatkan 146 orang mangsa kebakaran terdiri daripada 27 buah kelamin (keluarga). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Kebawah Duli Yang…