Pembangunan Insan KEMAS Daerah Timur Laut

Pembangunan Insan KEMAS Daerah Timur Laut Aktiviti Pembangunan Insan di KEMAS Daerah Timur Laut

Salam Ramadan 1447H. Semoga Ramadan tahun ini lebih bererti
19/02/2026

Salam Ramadan 1447H. Semoga Ramadan tahun ini lebih bererti

04/02/2026

Hadis 11 Imam Nawawi
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan
orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Menjauhi perkara syubhaat :
menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’.
langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.
2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat.
kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.
3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik.
yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).
4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang.
mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat -
wara’ sesat namanya - kisah darah nyamuk - orang Iraq.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu.
Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama
adalah suatu sifat wara' yang terpuji.
Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan
diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan
mesti diulangi.

22/01/2026
19/01/2026

"Jangan telan biji cili tu! Nanti kena penyakit Appendiks!"

Ayat ini mungkin ayat paling seram yang kita dengar masa kecil dulu.
Sampaikan ada yang sanggup kuis buang setiap biji cili dalam nasi goreng, dan ada yang takut nak makan jambu batu sebab malas nak buang biji.

Tapi, sejauh mana kebenarannya? Adakah sebiji benih kecil mampu membunuh kita?

Jawapannya: Ia adalah MITOS dan FITNAH terbesar dalam dunia perubatan.

Secara anatomi, Appendiks (Umbai Usus) adalah satu tiub kecil buntu yang bersambung dengan usus besar. Penyakit Appendicitis berlaku apabila lubang tiub ini tersumbat, menyebabkan bakteria membiak, bernanah, dan akhirnya pecah.

Tapi, apa yang menyumbatkannya?
Kajian perubatan menunjukkan kebarangkalian untuk biji cili atau biji buah tersangkut di situ adalah sangat-sangat nipis (kurang daripada 0.05%).
Sistem pencernaan kita sebenarnya sangat licin dan cekap untuk menolak biji-biji kecil ini keluar sebagai najis.

Jadi, siapa penjenayah sebenar?
Punca utama Appendiks tersumbat sebenarnya adalah Najis Keras (Fecalith).
Ya, najis anda sendiri yang menjadi keras seperti batu lalu tersangkut di pintu masuk Appendiks. Selain itu, bengkak kelenjar limfa akibat jangkitan kuman (demam/sakit perut) juga boleh menutup lubang tersebut.

Kasihan biji cili dan biji jambu. Bertahun-tahun mereka dipersalahkan, walhal punca sebenar adalah sembelit dan kurang minum air.

Jadi lepas ni, tak payah la susah payah nak bedah sambal belacan tu semata-mata nak buang biji. Makan saja dengan tenang.

Cuma pesan kami, kunyahlah makanan sampai hancur. Bukan sebab takut appendiks, tapi supaya perut tak senak sebab nak hadam benda keras.

Kongsikan fakta ini kepada mak-mak kita yang masih trauma dengan biji cili.

15/01/2026

Hadis 10 Imam Nawawi
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya
Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para
Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik
dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang
beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai
dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Kefahaman Hadis :
1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur.
2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah.
3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
perjalanan yang jauh - (hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm
musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
penjagaan makanan, minuman dan pakaian .
Pengajaran hadis:
lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian,
kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya
menerima perkara yang baik-baik sahaja.
Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat
dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut
menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.
Makanan yang baik ialah makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan
bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.
Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang
doa daripada dimakbulkan Allah.

08/01/2026

Hadis 9 Imam Nawawi
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang
aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kandungan Hadis :
1) Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.
2) Jauhi Larangan :
i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.
3) Buat apa yang disuruh :
i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.
4) Larangan banyak bertanya :
perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’.
pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina.
masaalah yang tidak berlaku.
Pengajaran hadis:
Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang
dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.
Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang
termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya
tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.
Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu
mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau
sakit.
Sifat terlalu s**a bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah
para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa
kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi
kesilapan ini.

Address

Aras 1, Bangunan Mara, 33, Jalan Pengkalan Weld
Georgetown, QLD
10300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembangunan Insan KEMAS Daerah Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category