09/09/2026
KEBERANGKATAN PELAJAR BAHARU AL QASIMIA UNIVERSITY ๐ฆ๐ช
๐
22 Ogos 2026
๐ KLIA, Sepang
Alhamdulillah, tiga orang pelajar baharu Alqasimia University telah berangkat dari Malaysia diiringi Presiden PPM EAB sendiri, Ahmad Irfan Arief yang juga merupakan Pelajar Tahun 4 Alqasimia University. Antara pelajar baharu yang turut berjaya melanjutkan pelajaran di Alqasimia University ini termasuklah:
โข Ahmad Muhaffiz Shafi bin Ahmad Zuki (Kuliah Sastera Arab & Kemanusiaan)
โข Mohamad Nur Azani bin Mohd Nor Azan (Kuliah Syariah)
โข Hannan binti Bani Amin (Kuliah Sastera Arab & Kemanusiaan)
PPM EAB mengalu-alukan kedatangan kalian dan semoga permulaan perjalanan menuntut ilmu ini dipermudahkan dan berada dalam lindungan Allah SWT. Berbekalkan doa, usaha dan tawakal dan dengan izin Allah, mereka akan pulang dengan segulung ijazah yang menjadi harapan semua.
Salam Persatuan ๐ฒ๐พ