Fikir-fikirkanlah
Kalam Alam
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kalam Alam, Educational consultant, .
Operating as usual
𝔸𝕃-ℍ𝔸𝔻𝕀𝔻 | 𝔹𝔼𝕊𝕀 𝕐𝔸ℕ𝔾 𝕄𝔼ℕ𝔻𝕌ℕ𝕀𝔸
"Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami turunkan bersama mereka Kitab dan neraca supaya manusia dapat menegakkan keadilan. Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa."
(QS. Al-Hadid 57:25)
Tidaklah mungkin seseorang manusia dapat menjadi penolong Sang Raja Alam Semesta dan RasulNya, jika tidak memahami objektif yang haq mengapa ia dicipta, tidak memahami dan meyakini mengapa para utusan dibangkitkan pada setiap zaman.. puncanya kerana kitabNya yang diabaikan. Bukan tidak membaca, namun tak betah memahami, apatah lagi hendak diperdengar dan diperjelaskan.
Ramai yang tertanya, "Apa penting sangatkah perlu sampai memahami kitabNya?", "Tidak cukupkah sudah melaksanakan semua ritual ibadah, bukankah itu yang paling terutama?", "Hal memahami kitabNya biar orang² tertentu sahaja yang uruskan, ya sudah, ikut sahaja".
Guys, bangunlah dari lena..kitab itu untuk manusia, bukan khas semata² untuk golongan yang dikatakan ahlinya, natijah manusia terdahulu jadikanlah pelajaran agar tak berulang kesilapan. Apa kesilapan dan azabnya? Di dalam kitabNya lah telah jelas segala penerangan. Andai benar golongan yang dikatakan ahlinya benar² memahami, dunia pasti tidak sepertinya hari ini.
Memahami kitabNya bukanlah sebuah kerjaya atau profession sehingga ia menjadi pilihan. Hakikatnya ia adalah sebuah kewajipan. Mengapa? kerana DIA hendak memberikan petunjuk sebuah kehidupan Darussalam serta jalan keselamatan.. namun seperti sunnatullah yang berlaku kepada bangsa² terdahulu, menjadi manusia yang meyakini memang tidak dapat dipaksakan.
Sekalipun telah datang pelbagai bentuk maklumat serta tanda² jelas pada alam, baik yang sudah menjadi garis masa sejarah mahupun yang sedang melanda dunia sebagai bantuan hendak memulihkan penglihatan dan hendak membangkitkan kesedaran, manusia sepertinya begitu sulit hendak belajar kesilapan bangsa² terdahulu, malah mengulangi kesalahan.
Jika ditanyakan pasti ramai yang mengaku dan mengatakan dirinya hamba. Namun guys bagaimana dapat kita mengatakan diri sebagai hamba, jika KEHENDAK dan KEMAHUAN SEBENAR Tuan, tidak difahami apatah lagi dapat dilaksana? Di mana lagi DIA menerangkan kalau bukan dengan kitabNya. Masihkah manusia ragu-ragu dan berkira²?
Al-Fatihah itu sebagai kunci utamanya.
Dengan kitabNya Sang Raja Alam Semesta menunjuki manusia yang tidak menzalimi diri menjadi bangsa yang mendunia. Dengan kitabNya jugalah menjadi asbab konkrit DIA menurunkan azab dan seksa kepada yang golongan yang sebaliknya.
Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi minda yang terjajah dan pusat kesedaran yang sudah lama lena.
DENGAR DULU | SESAL KEMUDIAN - PILIHAN
"Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu?"
"Mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar."" (Al-Mulk)
Ayat ini terlalu jelas untuk tidak dapat difahami oleh manusia khususnya di era ini. Namun mengapa majoritinya "memilih" untuk sesal di kemudian hari.. berbanding mahu mendengar, melihat, menilai dan memahami?
Mudah - kerana mereka sangat meyakini bahawa mereka sudah pun berada di atas jalan kebenaran, sehingga tidak merasakan perlunya memahami pengisian kitab dan sejarah dengan lebih jelas - itulah bentuk keyakinan manusia iaitu "Islam itu mudah, jangan disusahkan". Pemahaman inilah yg kemudiannya diwariskan kepada generasi demi generasi. Akhirnya terbentuklah sebuah generasi bangsa yg ummi, iaitu manusia yg buta kitab - kerana tidak memahami apakah pengisian sebenar kitab tersebut. Sejarah itu tidak pernah gagal untuk berulang, itulah sebahagian dari sunnatullah yg tidak berubah semenjak dahulu. Tidakkah anda pernah memikirkan?
Apakah sebenarnya berita yg dibawa oleh para pembawa peringatan..? Adakah tidak cukup peringatan² yg dibawa oleh para ahli kitab/agamawan pada masanya masing² trmasuk di zaman ini? Bukankah mereka juga adalah org² yg menjadi kepercayaan masyarakat kerana diyakini tentang keilmuan yg dibawa oleh mereka? Bukankah mereka juga berbicara tentang kitab?
Lalu demikian, siapakah golongan manusia yg menyesali di atas, sedang mereka adalah org² yg mengenali Allah lantaran mereka meyakini bahawa Allah tidak menurunkan apa² perintah, malah berita yg dibawa kepada mereka dikatakan suatu kesesatan.
Persoalannya, apakah dasar keyakinan manusia untuk menolak atau tidak mahu mendengarkan atau lebih dari itu mendustakan berita yg disampaikan? Tak lain dan tak bukan, pasti jawapannya kerana kegusaran mereka terhadap nilai aqidah mereka. Namun, bukankah Dia telah mengurniakan pendengaran, penglihatan dan aqal agar manusia bisa "iqra"? Nak "iqra" tentang apa? Mulai dari situasi diri seterusnya lihatlah masyarakat sekeliling, dan situasi dunia semasa - apakah fitrah, apakah selari dengan kehendakNya? Apakah anda meyakini bahawa anda tidak mngkin akan menjadi sebahagian dari yg menyesali di atas?
"Dan mereka berkata, "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala." (Al-Mulk)
"Maka mereka mengakui kesalahan mereka. Dan binasalah para penghuni neraka." (Al-Mulk)
Al-Quran ini begitu dinamis sehinggakan dapat memberitahu bahawa apa yg akan berlaku pada masa mendatang apabila tiba saahnya. Namun, hari ini sejauh manakah manusia mahu memahami beritanya, andai keilmuannya "dibataskan" kepada tafsiran para ahli kitab, sebagaimana halnya yg berlaku kepada kitab²Nya yg lain sebelum ini. "Keterbatasan" inilah yg nantinya menjadikan manusia itu 'buta' dan 'mati', tidak dapat menilai lalu akhirnya mendustakan kebenaran yg datang kepada mereka pada setiap zamannya. Mengapa demikian? Kerana berita yg sampai kepada mereka berlawanan dgn apa yg diyakini dan difahami sekian lama, tak selari dgn keilmuan para cendiakawan mereka.
Demikianlah pengulangan yg terjadi - manusia membaca kitab yg sama, namun hasilnya berbeza. Kerana itu perintahNya agar bacalah dgn bacaan yg sebenar (QS 2:121).
Demikianlah, semua kitabNya tidak ada keraguan, namun hanya akan menjadi petunjuk bagi manusia yg benar² bertaqwa dan meyakini.. bukan sebatas percaya (QS 2:2). Apalah nilaian "percaya" seandainya tidak ada keyakinan.. kerana hanya dengan keyakinan yg ikhlas sahajalah, anda akan mahu mendengar dan memahami.. dan hanya dengan keyakinan yg jitu sahajalah perlaksanaan aturanNya dapat dilakukan.. hari ini.. apakah situasi anda.. dan bagaimanakah p**a situasi masyarakat dan dunia semasa?
Mahukah kita membuka ruang untuk memahami.. atau selesa menutup telinga dan memilih utk menyesali di kemudian hari?
MODEL DUNIA | MAHU SYURGA / NERAKA?
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." (QS. 3:185)
Ayat ini sememangnya jelas dan tdak sukar utk difahami. Fitrah penciptaanNya, manusia atau makhluk yg bernyawa pasti menemui mati. Masakan tdak, sdang ummat sekalipun ada tempoh ajalnya, tiada ummat yg kekal selama²nya tatkala peradabannya sudah runtuh atau dilenyapkan. Yang hidup selepas itu, bukanlah "ummat" tetapi hanyalah sebatas lanjutan kelahiran manusia, sehinggalah kebangkitan peradaban dan ummat baru yg berikutnya .
Bukankah umum tahu bahawa "iman itu tdak boleh diwarisi"? Maka, seorang ayah atau leluhur atau keturunan yg bertaqwa blum tentu menjamin kelahiran generasi yg sedemikian. "Iman" itu tdak hanya boleh dicapai atau diperakui hanya dgn mengatakan "saya percaya", kerana jika sebatas percaya.. iblis sekalipun percaya adanya Tuhan, bukankah dia pernah berdialog terus dgn Tuhan?
Lalu bagaimanakah yg dikatakan "iman" itu yg sebenar²nya? Iaitu.. manusia yg tidak sebatas percaya, tetapi penuh yakin, dan melaksanakan. Apa yg diyakini.. dan apa yg dilaksanakan? Tak lain dan tak bukan ialah meyakini bahawa sgala apa yg tertulis dan diberitakan dlm kitab itu adalah benar, bukan sekadar penceritaan bangsa terdahulu.. tetapi pemberitahuan kepada manusia pada hari ini bahawa mereka juga akan mendapat natijah yg serupa jika mengulanginya.. mendustakan dan tidak melaksanakan apa yang sudah digariskanNya, sepertimana yg telah dilaksanakan oleh para RasulNya (sunnah) dan mukmin terdahulu.
Persoalannya, apakah manusia dpat meyakini seterusnya melaksanakan sekiranya tdak mengenal dan memahami apa yg tertulis..? Doktrin umum hari ini, manusia menyangka bahawa apa yg sudah diajar, dipraktiskan dan kehidupan yg mereka jalani saat ini pastilah bersumber dari kitabNya. Sedangkan persepsi mereka itu sebenarnya berdasarkan situasi ramai org yg sama seperti mereka (mainstream), dan bukan kerana mereka memahami apakah kandungan dari kitabNya. Nanti ada yg mengatakan, bukan kemampuan mereka utk memahami kitab dan cukup dengan meyakini sepenuhnya apa yg sudah mereka dapati dari temurun dan sistem semasa.
Manusia beranggapan bahawa bukanlah sesuatu hal yg serius dan kritikal sekiranya mereka tdak memahami kitabNya, asal shaja mereka 'beriman' kepada Tuhan. Tahukah, bahawa semua bangsa² yg diceritakan dlm kitabNya itu merupakan manusia yg mengenal, menyembah dan 'beriman' kepada Sang Pencipta? Nah, jika begitu mengapa sedemikian nasib dan azab yang menimpa mereka, bukankah mereka sudah menyembahNya? Sekali lagi, ingatlah Iblis juga pernah menjadi malaikat, kesalahannya hanyalah tdak tunduk patuh yakni taslim (aslama) kepada perintahNya.
Dia sudah pun menurunkan panduan kepada manusia untuk menyeru kepada jalan keselamatan, namun bagaimanakah manusia hendak mengenal jalanNya (yang sehari² dipinta), jika beranggapan bahawa jawapan itu tidak pun tertulis dan kitab itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebatas penceritaan kaum dahulu. Jika tidak mengenal apakah sebenarnya perintah dan larangan yg telah tertulis, apakah manusia hari ini benar² dapat mengatakan bahawa mereka telah beriman (QS 42:52)? Selesakah hidup dalam persangkaan, dan panduan dari sumber² yg juga tidak benar² memahami apakah sebenarnya visi Al-Quran itu?
Tuhan tidak zalim hndak menghukum manusia secara sembrono, namun bagaimanakah manusia hendak dijauhkan dari kehidupan neraka andai mereka sendiri yg mendekatinya baik secara tidak sedar atau sebaliknya. Bagaimana hndk dapat membezakan model kehidupan neraka dan syurga jika tidak membuka ruang diri untuk memahami kitabNya. Usahlah diperdayakan dgn kehidupan dunia yg tidak fitrah, iaitu model kehidupan yg dibentuk oleh sistem manusia, yg berasaskan kehendak dan keinginan yg tidak berlandaskan wahyuNya. Apa yg baik.. belum tentu benar, sebaliknya yg benar dari Sang Pencipta pastilah yg terbaik bagi manusia.
Bacalah....
Apakah hari ini kondisi terang(Damai sejahtera) atau kondisi gelap(ditindas)?
Bagaimana untuk manusia dapat keluar dri kegelapan?🤔tidak ada pilihan lain selain memohon pertolongan Allah.. pergunakanlah pendengaran,penglihatan dan akal fikiran untuk memahami perintah dari ayat-ayat Allah sehingga kita mendapat petunjuk .
"Rules are made to be broken"
pernah dengar ayat ini?
apakah tujuan peraturan / undang2 diwujudkan?
bilakah ia mula dikuatkuasakan?
kepada siapa ia diwujudkan?
bagaimana undang2 itu berfungsi?
Dimana suatu undang2 itu terlaksana?
Apa itu peraturan / undang2?
pernah bertanya soalan ini pada diri?
pernah terlihat bagaimana kuasa undang2 ini terlaksana?
adakah ia terkecuali kepada sesiapa?
Lihatlah sekeliling, apa yang sedang berlaku pada waktu kini.
Adakah peraturan boleh dilanggar?
apa akibat jika ia berlaku?
siapa yang boleh mengatasi undang2?
kenapa mereka boleh mengatasinya?
adakah ia adil dan saksama?
Mari kita cuba jawab persoalan2 ini.
Dalam kita berhibur jangan kita lupakan orang sekeliling kita yg memerlukan. Selepas PKP, terlihat yg ekonomi dan keadaan setiap keluarga semakin susah.
Anak-anak yang tak tahu apa-apa hanya mengikuti dan jalani sahaja.
mari kita ringankan beban mereka yg memerlukan,
BANK RAKYAT
11-0207241-0
PERTUBUHAN HAMIM
PRIHATIN
Facebook
https://m.facebook.com/hamimprihatin/
Instagram
Instagram.com/hamimprihatin
Akal adalah sebuah komponen yang penting bagi manusia dan ianya membezakan manusia dan haiwan . Oleh Sebab itu, Allah sangat murka kepada manusia yang tidak mahu mempergunakan akalnya.
Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya. QS; Yunus(10):100
Tetapi, harus kita sedari bahawa akal yang dikurniakan bukanlah sekadar untuk manusia mencari keperluan perut, akan tetapi yang lebih penting adalah untuk kita mengenal sang pencipta manusia (Allah).
Persoalanya, bagaimana manusia dapat mengenal DIA yang ghaib??
Hidup ini bagaikan sebuah perjalanan. Ada jalan yang harus kita tempuh untuk mencapai tujuan yang ditetapkan oleh Allah.
Pertanyaannya adalah: seberapa yakinkah kita bahwa jalan yang sedang kita lalui sudah merupakan jalan yang benar?
Apakah benar sumpah-sumpah yang kita nyatakan itu ataukah ia sekadar ucapan yang mendustakan keberadaan Ia sebagai pemilik jiwa?
Adakah hari pembalasan itu semakin hampir pada kita?
Adakah kita masih lagi mempertahankan ide-ide sipolan-sipolan demi keberlangsungan hidup kita?
"Katakanlah, yang hak itu telah datang. Apabila yang hak itu datang, yang bathil pasti lenyap"
Renungkan
Yang mana faham tu, fahamlah... Apabila mereka beri amaran kepada rakyat mereka, bermakna bencana yang agak besar bakal berlaku.
Dan kita masih bergelut dengan politik, ekonomi tidak menentu, Kemaruk kuasa sana sini. Rakyat dikhayalkan dengan konsert, Sekali semua dihentam badai balaNYA Allahurabbi ....