30/03/2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2025/1446H
Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal p**a menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas penuh kemaafan, semoga segala salah dan silap dapat dimaafkan.
Semoga perayaan tahun ini disambut dan diraikan dengan rasa syukur kerana kita dapat bersama-sama ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan berkumpul dan ziarah menziarahi serta mengeratkan hubungan silaturahim.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
ikhlas daripada
UPK KVDSMZ
30/03/2025
Program Sedar Jaya Pelajar Diploma Tahun 1
25 Mac 2025
Di Dewan Bestari
30/03/2025
Taklimat Pengisian UPU bersama Pelajar Diploma Tahun 2 di Dewan Bestari pada 20 Mac 2025
01/03/2025
🌙 Selamat Menyambut Ramadan 2025 / 1446H 🌙
Marhaban ya Ramadan
Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih banyak ketenangan, keinsafan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua.
Ikhlas daripada :
Unit Psikologi & Kerjaya KVDSMZ
28/02/2025
Program Pengurusan Emosi dan Kesedaran Kesejahteraan Mental bersama semua pelajar kecuali pelajar 1 DVM
28 Februari 2025 (Jumaat)
8.30-10.00 pagi
Surau Nurul Huda
26/02/2025
Hari Kualiti Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin 2024
Hotel Mudzaffar Melaka
26/02/2025 (Rabu)
Alhamdulillah Terima Kasih tak terhingga kepada pihak pentadbir kerana telah menganugerahkan Unit Psikologi dan Kerjaya untuk Anugerah Pengurusan Sokongan Akademik Terbaik bagi Tahun 2024.
Penghargaan yang amat bermakna buat Unit Psikologi dan Kerjaya KVDSMZ.
26/02/2025
Sepanjang Minggu Serasi Pelajar Baharu Tahun 1 SVM 2025
18-21 Februari 2025 (Selasa-Jumaat)
18/02/2025
Selamat Datang ke Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin diucapkan kepada Pelajar Tahun 1 SVM 2025
Minggu Serasi Pelajar Baharu
18-21 Februari 2025 (Selasa-Jumaat)
Tulus Ikhlas daripada
Unit Psikologi dan Kerjaya KVDSMZ
25/11/2024
MAJLIS PELUNCURAN KIT ATUR GERAK DUTA SAHSIAH PEEKASAKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH TAHUN 2024
25 NOVEMBER 2024 (ISNIN)
DEWAN BESTARI, KVDSMZ
31/10/2024
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2024
Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra supaya hidup kita diterangi dengan kedamaian.
Semoga perayaan Deepavali pada tahun ini juga disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan disamping ahli keluarga tercinta.
“Deepavali Nal Vaalthukkal”
25/10/2024
Tips Penjagaan Minda Sihat
💞Uruskanlah Emosi Dengan Sebaik Mungkin
💞Sayangilah Diri Kerana Dirimu Begitu Berharga
💞Percayalah Sesuatu Yang Baik akan Hadir Tidak Lama Lagi
Ikhlas daripada
Unit Psikologi dan Kerjaya
11/10/2024
Program Semarak Kerjaya- Jom Masuk ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama pelajar Tahun 1 & 2 Diploma Teknologi Elektrik dan Elektronik
11 Oktober 2024 (Jumaat)
10.00-11.30 pagi
Dewan Bestari