31/12/2025
"Risaulah rasa, anak tahun ni nak exam UPKK. Tapi nampak tak fokus belajar. Haritu jumpa ustaz dia, ramainye, penuh satu kelas 40 orang. Anak saya yang tak fokus ni memang tercicirlah belajar"
Siapa kat sini struggle benda yang sama? Cuba komen 'SAYA' kat bawah.
Sebab itu, ramai ibubapa yang memilih SRI Khairaa. Di SRI Khairaa, kami menawarkan pembelajaran secara ekslusif dan tertumpu. Bilangan pelajar yang terhad memberi peluang guru untuk santuni, pantau dan tumpu kepada setiap pelajar.
✅Kelas yang selesa, ada air-cond
✅Bilangan murid 10 -15 orang satu kelas
✅Mengaji one-to-one dengan guru, boleh fokus bacaan yang lemah dan tajwid.
✅Tuisyen UPKK & PSRA 3 kali seminggu diwajibkan dari awal persekolahan. Memberi pendedahan dan persediaan jitu kepada pelajar dan terbukti berkesan!
Klik link WhatsApp di bio untuk secure seat anak anda di SRI Khairaa sekarang. https://wa.link/oaaql4
HASHTAGS:
21/12/2025
Penyampaian Hadiah dan Sijil Anugerah kepada pelajar Tadika Khairaa
21/12/2025
MAJLIS IHTIFAL KHAIRAA 2025
Penyampaian Hadiah dan Sijil Khairaa kali ke-28
Persembahan Kebudayaan Pelajar2 Tadika Khairaa
Sabtu
20 Disember 2025
29 Jamadil Akhir 1447H
Syukur setinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Dengan Rahman dan RahimNya, berlangsunglah Majlis Ihtifal Khairaa kali ke-28 dengan lancar dan jayanya.
Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan anak2 Tadika Khairaa, setelah bertungkus lumus berjuang menuntut ilmu. Juga berusaha berlatih membuat persembahan, memberi komitmen dan semangat yang jitu.
Terima kasih tak terhingga kepada semua ibubapa & penjaga yang sentiasa mendokong, membahu dan memberi sokongan. Guru-guru & staf-staf yang berjasa, tak dilupakan anak-anak pelajar Tadika Khairaa yang sentiasa bersemangat, berusaha dalam menjayakan majlis ini sebaiknya.
Semoga majlis ini memberi kenangan dan pengalaman terindah. Memberi manfaat dan membawa kebaikan kepada kita semua.
09/10/2025
https://www.srikhairaa.com/borang-pendaftaran-online-tahun-2026/
PENDAFTARAN BARU SRI KHAIRAA SESI 2026🏫🎉
• Kelas KAFA dan Fardhu Ain
• Peperiksaan UPKK & PSRA
• Silibus JAIS & JAKIM
• Kelas Al-Quran & Mengaji
• Pembelajaran secara selesa, selamat dan berkesan.
• Guru berpengalaman
PERKHIDMATAN TRANSIT SEKOLAH RENDAH & VAN DISEDIAKAN!
Boleh datang bertemu kami, atau daftar secara online. Sangat mudah kan.
https://srikhairaa.com/borang-pendaftaran-online-2026/
https://srikhairaa.com/borang-pendaftaran-online-2026/
https://srikhairaa.com/borang-pendaftaran-online-2026/
SRI Khairaa sangat komited memberi Pendidikan TERBAIK UNTUK ANAK ANAK.
jom daftar 📲
http://www.wasap.my/601123739813
18/07/2025
HEBAHAN PENGUMPULAN DANA UNTUK INFAQ TABUNG PENDIDIKAN SRI KHAIRAA 1447H/2025M
Untuk makluman ibubapa/penjaga, Tuan/Puan. Sistem pendawaian di SRI Khairaa telah uzur, setelah berkhidmat lebih 15 tahun.
Banyak kerosakan berlaku, mengakibatkan lampu, kipas dan pendingin hawa tidak berfungsi.
Jumlah kos yang diperlukan ialah sebanyak RM 3000 untuk menampung kos baik pulih dan selenggara semula pendawaian dan pendingin hawa.
Untuk itu, kami membuka 30 lot sumbangan bernilai RM100 setiap satu bagi mencapai sasaran ini.
✅ Jumlah Diperlukan: RM3000
✅ Jumlah Lot: 30 lot (RM100 setiap lot)
✅ Kaedah Sumbangan :ONLINE TRANSFER (ref : INFAQ PENDAWAIAN)
✅ Proses selenggara dilaksanakan segera setelah dana mencukupi
Bagi sesiapa yang ingin menyumbang, boleh terus ke akaun sekolah :
Sekolah Rendah Islam Khairaa
888 106 293 7508
Ambank
No.Tel : 018-949 7313
Marilah kita bersama-sama menyumbang demi keselesaan anak-anak murid menuntut ilmu agama. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang s**a berbuat kebajikan."
(Al-Baqarah: 195)
Jazakumullahu khairan.
12/07/2025
Program Maal Hijrah 1447 H,
Tadika Islam Khairaa 2025.
Menelusuri perjalanan hijrah Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A.