01/12/2025
*MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 (SATU) KE KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) KAFA SKPP 8(2) BAGI SESI AKADEMIK 2026*
Assalamualaikum wrt. wbt.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KAFA SKPP 8(2) telah membuka permohonan kemasukan Murid Tahun 1 kali ke -2 secara *atas talian* seperti ketetapan berikut :
📅 *Tarikh Permohonan* :
01 Dec 2025 - 5 Dec 2025
📩 *Keputusan Permohonan* :
Akhir December
📝 *Pautan Pengisian borang permohonan* :
https://forms.gle/83EbGnQpoxX1gQGc8
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
PENDAFTARAN KAFA SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) TAHUN 1 2026 (PENGAMBILAN KEDUA)
HANYA UNTUK MURID YANG BELUM MENDAFTAR SAHAJA
04/11/2025
Assalamualaikum wbt,
Pihak KAFA SK Putrajaya Presint 8(2) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada
✨ FARAH AQILAH BINTI AIZUDDIN ✨
atas kejayaan beliau meraih Naib Johan Acara Hafazan (P) MIISRA 2025!
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum.
Teruskan kecemerlangan dan semangat dalam menghafaz Al-Quran! 💫
(2)
29/09/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pihak sekolah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa peperiksaan berikut akan berlangsung:
📖 Peperiksaan UPSRA
📅 Tarikh : 29 September – 2 Oktober
Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid. Semoga anak-anak diberi ketenangan, dipermudahkan urusan menjawab soalan, serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
"Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah menjadi penolongnya." (At-Talaq: 3)
Sekian, terima kasih.
بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاح
19/08/2025
🌸 *Selamat Menduduki Ujian Percubaan UPKK & UPSRA 2025* 🌸
Semoga semua calon diberi ketenangan hati, kefahaman yang jelas, serta kelancaran menjawab. Usaha sudah dibuat, kini tawakkal kepada Allah.
📖 "Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupinya." (At-Talaq: 3)
🌺 بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاح 🌺
24/07/2025
*MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 (SATU) KE KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) BAGI SESI AKADEMIK 2026*
Assalamualaikum wrt. wbt.
Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyelaras Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 secara *atas talian* seperti ketetapan berikut :
📅 *Tarikh Permohonan* :
22 Julai 2025 - 22 Ogos 2025
📩 *Keputusan Permohonan* :
1 September 2025 - 5 September 2025
Ibu Bapa / Penjaga yang berminat untuk mendaftar di KAFA SKPP 8(2) boleh mengisi link yang disediakan.
📝 *Pautan Pengisian borang permohonan* :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdGZI2pgM5EZo_crLSWv7Tg9Dx8X1swP3kVI9cUE6De6Hut7g/viewform
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.