SmartUni Education

SmartUni Education

Share

Memberikan maklumat kepada pekerja yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa.

12/05/2021

Selamat Hari Raya kepada semua umat Muslim di Malaysia.

30/04/2021

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021

12/04/2021

Salam Ramadan Al-Mubarak,
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada semua umat Islam.

11/04/2021

"Lihatlah perbezaan di antara tangan kanak-kanak prasekolah (kiri) dan tangan kanak-kanak berusia 7 tahun (kanan). Ingin tahu kenapa kanak-kanak prasekolah sukar untuk menulis?

Inilah sebabnya..

Tangan mereka masih berkembang dan belum terbentuk sepenuhnya. Jadi apa yang harus kanak-kanak ini lakukan bila berada di tahap prasekolah? Bermain!! Ya. Bermain dengan play dough, mewarna, melekat gambar, bermain di luar, lebihkan aktiviti yang menggunakan deria, eksperimen sains, aktiviti sukan dll. Semua perkara ini dapat membantu dalam perkembangan tangan mereka.

Apabila mereka secara fizikal bersedia untuk menulis, mereka akan mula menulis! Tidak perlu tergesa-gesa kerana mereka akan menunjukkan kepada anda apabila mereka sudah bersedia."

Sumber

27/03/2021

MENGENDALIKAN ANAK TANTRUM

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan.

Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.

Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, Tantrum adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.

Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.

Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

1. Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?

Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:

* Pastikan anak anda selamat.
* Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
* Jangan hukum anak anda.
* Jangan berikan ganjaran.
* Jika boleh, asingkan anak anda.
* Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum itu.

Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.

Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanip**asi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.

Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

2. Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

3. Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?

Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika Tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

Kredit : Portal KKM

Mula Dibuka Bermula 1 Mac, Ini Tarikh Pembukaan Semua Sekolah Di Malaysia | BuzzKini 19/02/2021

TERKINI: Tarikh sekolah dibuka semula 2021

Murid pra sekolah dan tahun 1 dan 2 akan mula kembali ke sekolah pada 1 Mac 2021. Tahun 3-6 p**a bermula 8 Mac 2021

Sekolah Menengah di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah mula dibuka pada 4 April. Manakala, murid di Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 5 April 2021.

Mula Dibuka Bermula 1 Mac, Ini Tarikh Pembukaan Semua Sekolah Di Malaysia | BuzzKini Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu sidang media petang tadi telah pun mengumumkan pembukaaan kembali semula sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut beliau, pembukaan sekolah akan diadakan secara berperingkat dimulai dengan murid pra sekolah serta pel...

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 14:00