PASTI Aulad Pintar 2

PASTI Aulad Pintar 2

Pusat Asuhan Tunas Islam

Operating as usual

21/04/2023

SALAM AIDILFITRI
1 Syawal 1444H


،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita semua
termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin

Diucapkan kepada murid-murid, ibubapa, sahabat handai, sanak saudara serta kaum keluarga. Tidak lupa juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Daripada saya,

SHAMSUL BAHRIN BIN MOHD SAAD
Pengurus
PASTI Aulad Pintar 2

18/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua ibubapa dan penjaga.

Tidak lupa juga kepada cikgu2 yg baik hati serta buat teman2 alam persekolahan...

❤️❤️❤️

27/03/2023
10/12/2022
14/10/2022
10/10/2022
24/09/2022
24/09/2022
Photos from English Learning's post 24/09/2022
22/09/2022
22/09/2022
31/08/2022
Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 31/08/2022

Program Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-65 kali ini meriah.

Perarakan murid-murid dari PASTI Aulad Pintar 2 dan 4 Tadika KEMAS...

Anjuran: KRT Taman Kebaya

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 03/07/2022

⚽ Kejohanan Sukan Pasti Kawasan Alor Gajah 🏀

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Sukan Pasti peringkat Kawasan Alor Gajah di Padang Kompleks Japerun Rembia, Sg Petai anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah.

Pasti Aulad Pintar 2 telah mengambil bahagian dalam acara bola jaring dan mendapat tempat ke-4. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan program pada hari ini.

Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan ibubapa.

Semoga Allah meredhai apa yang kita lakukan.

Sekian. Terima kasih

Daripada:

Pihak Pengurusan
PASTI AULAD PINTAR 2

19/05/2022

SELAMAT HARI RAYA DARI PASTI AULAD PINTAR 2!

MAAF ZAHIR & BATIN

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 19/05/2022

Majlis Sambutan Hari Raya PASTI Aulad Pintar 2 pada 12 Mei 2022...

Alhamdulillah selesai sudah majlis Jamuan Hari Raya peringkat PASTI Aulad Pintar 2. Seronok anak-anak murid meraikan Hari Raya bersama teman-teman mereka.

Terima kasih buat semua ibubapa yang menyediakan juadah jamuan pada hari tersebut..

Semua sedap-sedap belaka.. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

01/05/2022

SALAM AIDILFITRI
1 Syawal 1443H


،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita semua
termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin

Diucapkan kepada murid-murid, ibubapa, sahabat handai, sanak saudara serta kaum keluarga. Tidak lupa juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Daripada saya,

SHAMSUL BAHRIN BIN MOHD SAAD
Pengurus
PASTI Aulad Pintar 2

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 27/04/2022

25 Ramadhan - Sekitar program Sumbangan Duit Raya kepada semua murid dan guru2 PASTI Aulad Pintar 2.

Semoga ceria di Aidilfitri...

02/04/2022

Salam Ramadhan Kareem 1443H...

"Fajar Ramadhan menghampiri dunia, seperti selembar sutera yang menghapus noda, sucikan hati, dan bersihkan jiwa."

Saya En. Shamsul Bahrin sebagai Pengurus ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat berpuasa kepada ibubapa, guru-guru, murid-murid dan sahabat handai.

Semoga kita semua mendapat Keampunan & Rahmat di sisi Allah SWT.

☪️ ...ALLAHU AKRAM... ☪️

26/03/2022

Jumlah Murid dan PASTI Seluruh Negara Catat Peningkatan

1. Syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya, PASTI terus merekodkan peningkatan dari segi jumlah premis begitu juga jumlah pelajar.

2. Sebanyak 2,497 buah PASTI dan seramai 125,065 orang anak-anak berumur 4, 5 & 6 tahun berjaya mendaftar sebagai murid PASTI bagi sesi persekolahan 2022/2023. Rekod menunjukkan pertambahan 47 buah PASTI baru dan 3,841 orang murid berbanding tahun 2021 iaitu peningkatan 3.17%.

3. Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan masyarakat khususnya para ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka di PASTI.

3. Menyuntik semangat kepada seluruh warga PASTI untuk melakukan penambahbaikan dari segala aspek khususnya pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak agar menjadi insan soleh pintar.

4. Semoga operasi PASTI sepanjang sesi persekolahan ini dapat berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan oleh Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia.




Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 11/02/2022

MAJLIS IHTIFAL PASTI AULAD PINTAR 2 SESI 2021

Alhamdulillah Majlis Ihtifal PASTI Aulad Pintar 2 telah selesai melabuhkan tirainya hari ini.

Yang diraikan tentunya pelajar 6 tahun yang telah berjaya menamatkan sesi 2021 dalam keadaan penuh mencabar di saat pandemik COVID-19 melanda.

Tidak lupa kepada ibu bapa dan penjaga yang terus memberi kepercayaan pada guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh serta berjaya dunia akhirat.

Terima kasih juga diucapkan kepada para guru yang berdedikasi dalam mendidik anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam ini.

Mereka adalah:

i. Cikgu Rosezainee Binti Alwi.
ii. Cikgu Nor Khuzaifah Binti Sapari.
iii. Cikgu Asmaniza Binti Abd Aziz
iv. Cikgu Suraya Binti Roslan.

Ucapan penghargaan terima kasih juga ditujukan kepada Ust. Syahbudin bin Senin selaku YDP PAS Kawasan Alor Gajah dan Hj. Ali bin Latib kerana sudi hadir ke majlis ihtifal kami pada tahun ini.

Kami doakan semua anak-anak akan lebih berjaya di luar sana dan terus menjadi anak2 soleh dan solehah.

02/06/2021

Tahniah dan terima kasih kepada anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) atas kempen sumbangan yang berjaya mengumpulkan sebanyak RM650 ribu kepada saudara kita di Palestin.

Perjuangan pembebasan Palestin berpanjangan dan sambung menyambung dari satu generasi ke satu generasi. Maka di usia yang masih kecil ini, amat penting untuk dididik dan ditanam perasaan cinta dan kasih kepada Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin.

Parti Islam Se-Malaysia mengucapkan jutaan penghargaan khususnya kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia, PASTI Malaysia, PASTI-PASTI Negeri, Kawasan dan Cawangan serta para muallimah yang berjaya menggerakkan kempen ini.

Palestin,
Perjuangan Tidak Bernoktah,
Sokongan Tidak Bermusim.


Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 24/05/2021

Alhamdulillah...

Anak-anak murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bersolidariti bersama rakyat Palestin pagi ini.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga bumi Palestin BEBAS dari cengkaman Zionis satu hari nanti.

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 21/05/2021

💐 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗞𝗜𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗡𝗬𝗔 💐

Alhamdulillah hari ini ibubapa dan penjaga melalui anak mereka dari PASTI Aulad Pintar 2 telah menginfaqkan sedikit sumbangan bagi membantu rakyat Palestin.

MENDIDIK anak bersedekah perlu dilakukan seawal usia sesuai dengan kata pepatah, '𝑴𝒆𝒍𝒆𝒏𝒕𝒖𝒓 𝑩𝒖𝒍𝒖𝒉 𝑩𝒊𝒂𝒓𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒆𝒃𝒖𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂'. Anak - anak ini ibarat kain putih, kitalah yang dewasa ini yang mencorakkannya. Sikap golongan dewasa inilah yang berperanan besar dalam diri anak-anak agar dapat membentuk pekerti mulia dan akhlak yang terpuji dalam diri mereka.

Semoga amalan bersedekah ini akan berterusan sehingga mereka meningkat dewasa kelak.

InsyaAllahu Taala

16/05/2021

🆘🔊🆘🔊🆘🔊🆘🔊🆘🔊🆘🔊
Assalamulaikum....

Untuk makluman dan perhatian kepada penjaga:-

1️⃣ Anak2 akan mula bersekolah pada 17/5/2021(Isnin).
2️⃣ Pasti akan beroperasi seperti biasa secara bersemuka selepas cuti Raya Aidilfitri.
3️⃣Walaubagaimanapun,semua PASTI diminta memastikan SOP ketat yang telah dijalankan sebelum ini terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan warga PASTI.
🔊 Anak2 yang bergejala Demam, batuk, selesema dan sbgnya tidak dibenarkan masuk Ke Premis Pasti
🔊 Mohon anak2 dipakaikan penutup mulut @ face shield.
🔊 Pastikan penjaga menghantar dan jemput anak mengikut waktu yg telah ditetap
🔊 Semasa hantar dan jemput anak2 pastikan penjaga mengikut SOP
🔊 Setiap hari penjaga perlu isi GOOGLE FORM UNTUK ANAK2.

4️⃣Pasti akan beroperasi selama 2 minggu sebelum cuti pertengahan tahun.
🟡 CUTI PERTENGAHAN TAHUN🟡
📍 29 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021.📍

5️⃣Semoga dianugerahkan kemudahan urusan semua, dilindungi Allah sentiasa dari segala wabak dan penyakit yg memudaratkan. In Sya Allah. Aamiin.🤲🏻

6️⃣Kerjasama daripada semua pihak terutama penjaga amat kami hargai.

*️⃣Sekian makluman. Harap maklum. Terima kasih.

Salam hormat.

SHAMSUL BAHRIN BIN MOHD SAAD
Pengurus
PASTI Aulad Pintar 2

🔊🆘🔊🆘🔊🆘🔊🆘🔊🆘🔊🆘

16/05/2021

📚 Selamat Hari Guru

Terlalu berat pengorbanan untuk dihitung.

Terlalu besar jasa untuk dibalas.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia khususnya kepada warga Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Semoga para guru diberi ketabahan & kemudahan dalam mendidik para pelajar yang akan menjadi generasi peneraju kemakmuran negara pada suatu hari nanti.

Terima kasih.

BERGURU DEMI ILMU
BINA GENERASI BAHARU

SHAMSUL BAHRIN BIN MOHD SAAD
Pengurus
PASTI Aulad Pintar 2

12/05/2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H.

Diucapkan buat guru2, ibubapa/penjaga dan murid-murid Pasti Aulad Pintar 2 yang dikasihi semua...

Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Allah SWT menerima semua amal kita di sepanjang bulan Ramadhan dan di masa yang akan datang.

Ya Allah...terimalah puasa kami, ibadah kami, doa kami dan segala bentuk ubudiyyah serta taqarrub kami kepadaMu selama sebulan Ramadhan ini... Ampunkanlah segala dosa kami wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!

☪️ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ مِنَ العَائدِيْنَ والفَائِزِينَ ☪️

Daripada:
*SHAMSUL BAHRIN BIN MOHD SAAD*
Pengurus
PASTI Aulad Pintar 2

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 08/12/2020

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tamat sudah Majlis Kecemerlangan Pasti Aulad Pintar 2 bagi murid 4,5 dan 6 tahun.

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Rosela atas kesudian beliau hadir bagi menjayakan majlis anugerah ini.

Tidak lupa juga kepada ahli jawatankuasa yang terlibat. Yang baik semua datangnya dariNya yang Esa, yang salah dan alpa datang dari kelemahan kami sendiri.

Pasti Aulad Pintar 2.
Selasa | 8 Disember 2020

24/10/2020

PENDAFTARAN 2021 KINI DIBUKA!!!

19/08/2020

Salam Maal Hijrah diucapkan kepada semua...

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 16/08/2020

Alhamdulillah...

Tahniah diucapkan kepada Pn. Rosezainee binti Alwi, guru PASTI Aulad Pintar 2 yang menerima Anugerah Tokoh Guru Pasti Negeri Melaka hari ini.

Pihak pengurusan Pasti Aulad Pintar 2 mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada beliau. Semoga dengan anugerah ini cikgu Rosezainee akan lebih bersemangat dalam mendidik anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kami.

15/05/2020

Happy Teacher's Day!

18/03/2020

Surat Terbuka dari Pengarah Pasti Malaysia...

16/03/2020

ASSALAMUALAIKUM WBT....

MERUJUK KPD PENGUMUMAN YG TELAH DIBUAT OLEH YAB PM SEBENTAR TADI.

MAKA JABATAN PASTI NEGERI MELAKA MENGARAHKAN SUPAYA SEMUA PASTI-PASTI CAWANGAN BERCUTI TERMASUK KELAS KREATIF BERMULA:

18 MAC SEHINGGA 31 MAC.

JABATAN PASTI MELAKA AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA JIKA ADA MAKLUMAT TERBARU.

SEKIAN TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM.

سيروا على بركة الله.

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 12/03/2020

mengoyak dan menampal...utk mengasah motor kasar dan halus..

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 12/03/2020

aktiviti pelajar 4 tahun..mengasingkan warna...

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 11/03/2020

projek aulad dr pelajar 5thn..mini restoren...

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 11/03/2020

seni dan kreativiti...bt burung dr daun...

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 11/03/2020

projek aulad dari pelajar 6 thn...penanaman sayur...bertani itu satu ibadah...

Photos from PASTI Aulad Pintar 2's post 21/02/2020

kls kreatif pelajar 6 thn..buat lady birds..pelajar sgt teruja...

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

PENDAFTARAN 2021 KINI DIBUKA!!!
PENDAFTARAN SESI 2019 KINI DIBUKA...Mendidik anak seawal usia 4 tahun!!!✔️ mengaji, ✅solat, ✔️membaca ✅ mengira 😊😊 dalam...

Location

Category

Website

Address


KM3933, JALAN 3, TAMAN KEBAYA, PAYA DATOK
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Other Preschools in Alor Gajah (show all)
Bonda Preschool Masjid Jelatang Alor Gajah Bonda Preschool Masjid Jelatang Alor Gajah
KM29. 8 Masjid Jamek Jelatang (Masjid Lama)
Alor Gajah, 78000

Tadika & Taska Permata Firdausi Tadika & Taska Permata Firdausi
Jalan Anggerik 1, Taman Sri Bayu 2
Alor Gajah, 78000

Semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk menyerap dan belajar dengan lebih baik melalui aktiviti-

Tadika Nur Aulad Tadika Nur Aulad
Jalan Kasa Height 26
Alor Gajah, 78000

TADIKA NUR AULAD Untuk Kanak-Kanak berumur 4, 5 & 6 tahun. Dibuka pada : Isnin- Jumaat Masa : 7.00 p