
SRA An Nuriah
Nearby schools & colleges
mp
Dandupur Chris Nagar Varanasi
شارع عبد الواحد مسامير المتفرع من شارع الروضه
بابل بداية شارع 40 من جهة باب الحسين
Fulwaria
Tiringe Taplejung
Laman Facebook Rasmi SRA An Nuriah Sungai Selisek
Operating as usual


KEKUATAN DOA IFTHIROSH
Ketika duduk iftirosh iaitu duduk diantara dua sujud ada doa yang amat dahsyat. Sayangnya ramai umat Islam yang tidak mengerti doa ini dan membacanya dengan tergesa-gesa dan cepat tanpa memahami maknanya :
Robbighfirli - Ya Allah ampuni aku
Warhamni - rahmati aku
wajjburni - tutupi semua keburukanku
warfa’ni - angkat derajatku
warzukni - beri aku rezeki
wahdini - beri aku hidayah dan petunjuk
wa’afini - beri aku kesihatan
wa’fu anni - maafkan aku
Robbighfirli (Ya Allah ampuni semua dosaku)
Jika doa ini dibaca dengan sungguh sungguh dan ikhlas nescaya Allah akan mengampuni dosa kita yang telah lampau dan yang akan datang. Dengan pengertian pada masa mendatang Allah akan memelihara kita untuk tidak melakukan dosa besar dalam kehidupan kita didunia dan akhirat. Hati yang sudah bersih dari dosa akan bersinar dan mudah menerima hidayah serta petunjuk Allah. Ia akan mendapat bimbingan dalam mengambil keputusan dan melangkah. Sehingga selalu mendapat kemenangan dan keberhasilan dalam hidupnya.
Hati yang kotor tertutup dosa mejadi hitam gelap dan susah menerima hidayah dan bimbingan Allah. Hati yang hitam dan gelap cenderung mengikuti bisikan syaitan yang membawanya memperturutkan hawa nafsu dan mengambil keputusan yang keliru. Berbagai keputusan yang salah dan keliru membawanya pada kehidupan yang porak-poranda penuh kesulitan dan penderitaan. Ia akan mengalami kesengsaraan hidup didunia maupun akhirat.
Warhamni (Rahmati aku)
Orang yang membaca doa ini dengan khusuk dan bersungguh-sungguh akan dibukakan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi. Ia akan mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah dari segala penjuru. Di jamin hidupnya akan sejahtera berkecukupan. Tidak ditimpa kemelaratan dan kehinaan dimanapun ia berada. Dijauhkan dari kesedihan, duka cita, stres dan tertekan. Hidup bahagia dan sejahtera sepanjang waktu didunia maupun akhirat.
Wajburni (Tutupi segala aib dan keburukanku)
Orang yang membaca doa ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh nescaya akan ditutupi Allah segala aib, keburukan dan kekurangannya. Kita takut jika aib, dan kelemahan kita diketahui orang. Insya Allah Dia akan menutupi semua kelemahan dan kekurangan kita. Orang tidak tahu dengan kelemahan dan keburukan kita, orang hanya melihat sisi baik dari kehidupan kita. Sehingga kita dapat meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.
Warfa’ni (Angkat derajatku)
Orang yang membaca doa ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh nescaya akan diangkat darjatnya oleh Allah, dijauhkan dari kehinaan, penindasan, kemelaratan dan lain sebagainya. Dengan berkah do’a ini umat Islam tidak akan menjadi umat yang lemah, dizalimi, tertindas , dicurangi dan difitnah. Umat Islam akan menjadi umat yang kuat , disegani, dihormati oleh lawan dan kawan. Orang yang membaca do’a ini dengan khusuk dan bersungguh-sungguh akan mendapat kemuliaan hidup didunia dan akhirat. Dia tidak akan menjadi orang yang susah, sengsara, hina , papa, miskin,tertindas, dizalimi, hidup serba kekurangan dan lain sebagainya. Ia akan menjadi orang yang dihormati dan disegani dimanapun berada.
Warzukni (Beri aku rezeki)
Orang yang membaca doa ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh akan dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan. Ia akan hidup berkelimpahan dan dicukupkan semua hajat dan keperluannya. Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari langit, bumi dan seluruh penjuru yang diberkahi. Apa saja bidang usaha yang diceburi akan mendatangkan rezeki berlimpah baginya.
Wahdini (Beri aku hidayah dan petunjuk)
Orang yang membaca doa ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh akan selalu mendapat bimbingan dan petunjuk dalam menjalani hidupnya. Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apapun masalah yang menghadang dapat diselesaikannya dengan baik. Baginya tidak ada istilah putus asa. Ia tidak pernah mengalami kebingungan, kebuntuan dan putus asa dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan.
Wa’afini (Beri aku kesihatan)
Orang yang membaca doa ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah memiliki tubuh yang sihat dan kuat, jauh dari berbagai penyakit yang membuatnya lemah dan sulit menyelesaikan berbagai pekerjaan dan tugas yang dihadapinya. Bagi yang sentiasa sakit insya Allah akan mendapat bimbingan secara naluriah untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat.
Wa’fu anni (Maafkan aku)
Orang yang membaca doa ini dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah akan mendapat ampunan dan maaf dari Allah atas berbagai kesalahan dan kekeliruan yang telah dilakukan. Dengan mendapat keampunan dariNya insya Allah ia akan dapat memperbaiki berbagai kesalahan dan kekeliruan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dimasa yang akan datang.
Itulah doa- doa dahsyat didalam solat yang telah membawa kemenangan dan keberhasilan pada umat Islam dimasa lampau meraih kejayaan dan kemenangan. Dengan kekuatan solat umat Islam dimasa lalu mengalahkan musuh musuhnya dan menguasai dunia dimasa itu. Namun sekarang akibat mensia-siakan solat umat Islam di tindas dan dihina dimana mana. Mari kita perbaiki semua kekeliruan ini. Sedikit sekali umat Islam yang mengerti dan membaca doa Iftirosh dengan khusuk dan sungguh sungguh. Kebanyakan orang membacanya dengan cepat dan tergesa gesa, tanpa mengerti maksudnya.
Semoga Allah redha.
Kredit :
seketoi sha
hamba Allah paling lemah, faqir dan hina.



✅✅✅

Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..
Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.
Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..
Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.
Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka p**ang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.
Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.
"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"
Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”
Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..
Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.
Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..
Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.
Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,
"Hai manusia!"
Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”
"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..
Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.
Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".
Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".
Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".
Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.
Jagalah solat kita.
Allahuakbar!
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)
Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.
Aamiin Ya Robbal'aalamiin.
Semoga bermanfa'at.
“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang p**a sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.
Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada semua pembaca..

Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang s**a kepada Islam.
Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan p**ang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100.
Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.
Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.
Dia cuma tidak s**a Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.
Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak s**a. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.
Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"
"Doa." Balas saya.
"Doa apa?" Tanya dia.
"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya.
"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.
"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi.
Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.
Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak s**a. Dia kata, saya bukan maid dia.
Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.
Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.
Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.
Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."
"Percaya bagaimana?" Tanya saya.
"Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia.
Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.
"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."
Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.
Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.
Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.
Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.
Wallahu A'lam.
Simpan kat wall fb masing-masing ya
Kredit: Ameer Hamzah

Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 mcm bidadari syurga. Telanjang bogel tau..
dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.
Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"TIDAK. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
Kita kena selalu berpuasa sunat sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:
- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.
Macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. sangat laju!"
Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
Nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. siapa tak mengaku, derita.
Hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
"jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -
Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
"jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -
Nabi dah berpesan. Jom amalkan!
Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
Waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.
"kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara. tak boleh lari.
"dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -
Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan.
Neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.
Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. ni hadis Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
"yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -
☺ orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.
Share dan tag sahabat² anda yang lain. Semoga bermanfaat 🥰
Kredit : Fadzilah Hairudin

MAKEM' 24 | MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA AN NURIAH SRAANSS 2023 / 2024
Alhamdulillah selesai sudah MAKEM SRAANSS 2024.
Syabas dan Tahniah buat semua murid Sekolah Rendah Agama SRA An Nuriah yang telah berjaya mendapat tempat terbaik dalam sesi pembelajaran Diniyah dan Kepimpinan sepanjang tahun 2023.
Teruskan melangkah mencipta kecemerlangan dunia akhirat.
Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih buat Yang Berusaha Tuan Haji Amran, Mantan Penyelaras Dun Hulu Bernam atas kesudian hadir merasmikan majlis.
Terima kasih buat Yang Berusaha Puan Hajah Rosnani Ishak, semua asatizah dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus menjayakan MAKEM SRAANSS 2024
Cara Mengikut Imam Dengan Betul.

Susun urusan kita ikut waktu solat, bukan susun waktu solat ikut urusan kita.
This is deeeeep man 🥺

Ceritakan pada anak2 nanti❤️
Kredit pemilik gambar asal

| MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPKK 2023/2024 |
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Pada tanggal 16, 17, 18, 22 & 23 Januari 2024 ini, 33 orang anak2 SRAANSS yang kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan UPKK.
Oleh itu Ya Allah, Engkau Kurniakanlah Kesihatan Walfiah, Ketenangan Jiwa, Permudahkanlah Segala Urusan mereka, Bukakanlah Seluas-luasnya pintu ilham kepada semua 33 calon SRAANSS untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan tepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar memberi markah yang paling tinggi buat kesemua calon SRAANSS.
Ya Allah Yang Maha Esa,
Engkau Lapangkanlah dada anak2 SRAANSS kami untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh para asatizah kepada mereka. Engkau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang CEMERLANG dan MUMTAZ utk bekalan dunia akhirat buat kesemua 33 calon UPKK SRAANSS...Amin🤲
************************************************
Alhamdulillah, telah selesai Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena Peperiksaan UPKK 2023/2024. Program diadakan sebagai tanda persiapan rohani terakhir khusus dari 33 calon, ibu bapa dan para asatizah.
Terima kasih kepada semua ibubapa dan para asatizah yang turut bersama-sama mengaminkan doa khusus untuk kecemerlangan anak-anak SRAANSS.
Mudah mudahan usaha kecil ini mengiringi keberkatan perjuangan semua anak2 SRAANSS.


Alhamdulillah....permulaan awal persekolahan yang penuh bersemangat buat murid dan asatizah SRAANSS bagi tahun 2024.
Berseri-seri sekolah dengan wajah baharunya dan turut meriah suasananya dengan uniform baharu bagi semua murid-murid Sekolah Rendah Agama An Nuriah Sungai Selisek (SRAANSS).
Didoakan semoga keceriaan ni menjadi asbab dan motivational drive bagi murid-murid dan asatizah untuk terus istiqamah dalam mencipta kecemerlangan dalam sahsiah juga diniyah..aamin

Moh grab.. Ada defect sket... Jd kita let go murah2 ya....
KAFTAN VIRAL EXCLUSIVE✨⚡️⚡️
🔥 Penggunaan material cotton viscose
🔥 Saiz fit to XXL
🔥 V-neck bagi kaftan bercorak
🔥 Round neck bagi kaftan plain
🔥 Labuh anggaran 150cm-160cm
🔥 Kain sejuk dan tidak jarang
🔥 Sesuai di pakai keluar rumah atau waktu tidur
UKURAN SIZE : (Fit to XXL)
BAHU : 74cm/ 30inch
DADA : 79cm/63inch
LABUH : 133cm/53 inch
Ready Stok ✅
http://wasap.my/60123127853/kaftanviral

Alhamdulilllah sold out....

Alhamdulillah.. Sold out
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Sekolah Agama An Nuriah
Rajshahi Division
44020KUALAKUBUBHARU
Rajshahi Division
2 năm kinh nghiệm thực tế trong lĩnh vực coach Chiêm tinh, thần số và tarot
157 William Street, New York, NY 10038
Rajshahi Division
The Best Online Academic Assistance For Students We have a team of professionally PhD-level experts who will do your academic help and we are also helping the students with their exams for the last few years.
Rajshahi Division
English courses online English lessons for Preparations and secondary English Course for Children
Rajshahi Division
Persue courses in your choicable colleges and universities across India under PMSSS
Carrera 14c 74b 31 Sur
Rajshahi Division
Somos una institución de educación inicial privada.